3 sebab utama 'takut' nak tukar template blog baru - sayidahnapisahdotcom 3 sebab utama 'takut' nak tukar template blog baru
LightBlog

3 sebab utama 'takut' nak tukar template blog baru

3 sebab utama 'takut' nak tukar template blog baru | Assalamualaikum dan selamat sejahteraa semuaa~! Hmm sebenarnyaa teringin sangat nak tukar template blog baru tapiiii... TAKUT! Hahaha. Tengok template blog orang lain lawa lawa, combination warna dan design yang marvelousss.. Membuatkan saya pun tergoda nak tukar baru.

Lagi satu macam dah boring dengan template sekarang kan. Bukan tak suka, cuma nak juga tukar wajah baru. Dah masuk tahun baru ni kan. Acah acah bila tahun baru, semua nak baru. Semua nak perbaharui. Eh ehh.

Hajat di hati memang ada. Sejak hujung tahun lepas lagi sebenarnya ada niat nak tukar. Tapi ha tu lah. Takut. Haha.

Takut nak tukar template blog baru sebab apa pula?


1. Pageviews jatuh

This is one of my biggest fear selepas tukar template baru. Because bila dah install template baru, dia akan take time untuk sesuaikan diri dengan 'persekitaran' sekeliling.

Ada orang yang lepas tukar je template baru, jatuh mendadak views total sehari. Nak naikkan, payah sangat. And secara tidak langsung, will effect the mood untuk berblogging. Jadi down dan tidak bersemangat update blog.

2. Ambil masa yang lama
3 sebab utama 'takut' nak tukar template blog baru
3 sebab utama 'takut' nak tukar template blog baru | image: Google
Nak pilih template yang ada semua ciri ciri kita nak bukan senang ye haha. Kadang kadang satu template ni mesra SEO tapi tak lawa. Ada satu ni pula kena dengan taste kita tapi tak mesra SEO. Haa kena cari yang lain.

Then, nak tengok 'kena tak dengan taste' kita, kena preview one by one. Satu satu kena apply ke blog kita. Perghhh banyak masa wohh spend kat situ. Tenaga dan keringat pun banyak terbuang.

Blog pun boleh terabai jika most of the time kita berikan untuk memilih template yang sesuai.

3. Tak serasi, tak ngam

Ciri ciri semua okay. Warna dan susun atur widget semua kita suka. So kita pun pilih template tu untuk dijadikan wajah baru blog kita. Then.. Bila dah pasang semua, ada yang tak kena. Mungkin dari segi ads (iklan), bounce rate, mobile version, tulisan, gambar dan apa apa lah. Haa dah sudah. Kena cari lain pula? Waduh waduhh, sakit sekali haha.


Itu lah 3 sebab utama saya takut dan agak trauma nak tukar template blog. Tapi tak ada lah sampai taknak langsung tukar. Nope. Memang niat tu ada. Cuma tak tahu lagi bila. Kena cari masa yang betul betul free, lapang dan tiada komitmen lain yang menganggu.
3 sebab utama 'takut' nak tukar template blog baru
3 sebab utama 'takut' nak tukar template blog baru | image: Google
Korang pula macam mana? Bila last tukar template blog? Ada tips apa apa ke jika nak tukar template dengan mudah dan senangnya? hehe.

Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

11 Comments

  1. Memang betul tu..
    Risiko no1 tu memang akan ada, kena sabar..

    Macam Sis, dah tukar yang skrg ni, dah okay PV dan BR, so kekalkan aje le, naik juling mata godeh coding huhuhu

    ReplyDelete
  2. hahahah haaa tu lah contoh untuk no.3. tak ngam sebab takde AFB Feed pula kan. satu hal nak kena cari lain/ luangkan masa lagi nak solve cari solution hee

    ReplyDelete
  3. betul juga tpi pageview tu mama baru tau.. sebab pageview mama sendu mungkin x terasa kut

    ReplyDelete
  4. last tukar 2017. rasa selesa dgn yg ni. kalau nak tukar pun mungkin thn 2023 bila dah masuk usia separuh abad. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Mmg takut la mau tukar, ada suggestion tak template mesra bounce rate .. ?

    ReplyDelete
  6. betul tu kc.. bercinta jgk la nak tukar template baru. paling takut bila dh siap smua. lepas tu kan rindu balik kat template lama.. hahaha. sakit wooo. hehe

    ReplyDelete
  7. Rabia dulu kerap tukar template blog. Ada template yg jatuhkan Pv blog juga. Tapi template blog denim yg Rabia pakai skrg makin naik Pv blog. Sebab tu dah tak tukar template dah. Sebab dah sayang template yg Rabia guna skrg.

    ReplyDelete
  8. sekarang ni selesa dengan template sedia ada, cuma nak fokus menulis ja =)

    ReplyDelete
  9. Saya tak pernah tukar lagi template memandangkan baru start blogging October tahun lepas. Setakat ni masih berpuas hati dengan template yang saya guna😂. Banyak lagi benda yang kena belajar sebab saya masih baru dalam bidang ni.

    ReplyDelete
  10. mmg bab pv jatuh tu yg buat down.. kak liez pulak tak tahu sgt bab-bab tukar template sendiri..lagi lah..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p