Nombor Genap vs Nombor Ganjil | Matematik UPSR (Tahun 1-6) - sayidahnapisahdotcom Nombor Genap vs Nombor Ganjil | Matematik UPSR (Tahun 1-6)
LightBlog

Nombor Genap vs Nombor Ganjil | Matematik UPSR (Tahun 1-6)

Nombor Genap vs Nombor Ganjil | Okayy.. baru-baru ni saya ada ajar dua orang pelajar yang berumur 11 tahun (darjah 5). Dan dalam bab awal darjah 5 tu ada la terselit tentang nombor genap dan nombor ganjil. Ingatkan mereka dah tahu dan faham bab no.genap & ganjil ni. Rupanya....

Bila ada soalan latihan yang berkaitan dengan nombor genap dan nombor ganjil, mereka pun terkebil-kebil tak tahu. Blur jadinya.

Contoh soalan:
- kenalpasti manakah nombor yang berikut adalah nombor ganjil
- semua nombor berikut adalah nombor genap kecuali

Itu contoh soalan lah. Lebih kurang, not exactly words like that hahaha. So, saya pun terangkan lah .. senang je nak identify dan bezakan which one even number and which one odd number.
Nombor Genap vs Nombor Ganjil | Matematik UPSR (Tahun 1-6)
Nombor Genap vs Nombor Ganjil | Matematik UPSR (Tahun 1-6) | image: Google

Nombor Genap vs Nombor Ganjil | Matematik UPSR (Tahun 1-6)

Nombor genap : nombor yang apabila dibahagi dengan 2 - - > tak ada baki
Even number: the number that when divided by 2, there is no remainder

Nombor ganjil : nombor yang apabila dibahagi dengan 2 - - > ada baki
Odd number: the number which when divided by 2, there is remainder.

Dan secara logiknya, kalau nombor tu bukan nombor genap, dia nombor ganjil lah haha.


CARA MUDAH KENALPASTI NOMBOR GENAP DAN NOMBOR GANJIL


Nak senang cerita lagi, nombor genap ni senang je nak kenalpasti.. hujung nombor genap mesti berakhir dengan 0/2/4/6/8. Why?

Sebab nombor-nombor tu ada kat Sifir 2. Apa-apa nombor yang berakhir dengan 0/2/4/6/8, PASTI CONFIRM 100% ianya nombor genap! Tak kisah la nombor tu beribu berjuta sekalipun, kalau hujungnya berakhir dengan nombor 0, 2, 4, 6 atau 8.. nombor tu adalah nombor genap. Tak percaya?

Okay.. ce come out with any number yang hujung nya 0/2/4/6/8.

Lets say.. 76 898.

Cuba bahagikan 76 898 dengan 2 dapat berapa? Ada baki tak? Takde baki kann? Haaa. Bila tiada baki jika dibahagi dengan 2, nombor tu adalah nombor genap!

Dan ingat.. kalau nombor tu bukan nombor genap, dia nombor ganjil lah. So, kalau nombor tu berakhir dengan 1,3,5,7,9.. nombor tu confirm-confirm nombor ganjil.

Contoh: 878 919. Hujungnya adalah 9 kan? Tu adalah nombor ganjil. So easy.
Nombor Genap vs Nombor Ganjil | Matematik UPSR (Tahun 1-6)
Nombor Genap vs Nombor Ganjil | Matematik UPSR (Tahun 1-6)
In a nutshell.. lepas ni kalau jumpa mereka mereka yang kurang faham bab genap ganjil, just ajar je yang saya dah terangkan kat atas tadi tu. InshaaALLAH mereka cepat faham dan mudah bezakan antara dua category nombor tersebut.

Yela kan.. 'Teknik' dan cara penerangan ni kalau tak diajar dengan betul kepada anak-anak/ anak buah/ students yang susah bebeno nak faham konsep even number, odd number.. jadi makin tak faham nanti. Dan makin menaikkan suhu badan kita hahaha.

Okay itu sahaja.. moga bermanfaat!

Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

3 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p