Korang tahu tak? Neraka Saqar ada 19 malaikat yang tidak ada perasaan kesian..... - sayidahnapisahdotcom Korang tahu tak? Neraka Saqar ada 19 malaikat yang tidak ada perasaan kesian.....
LightBlog

Korang tahu tak? Neraka Saqar ada 19 malaikat yang tidak ada perasaan kesian.....

Korang tahu tak?
Dalam neraka saqar ada 19 malaikat yang tidak ada perasaan kesian. Dibantai sampai sakit, kemudian dia akan tetap bantai lagi dan lagi dan lagi.

Kita (InshaaAllah) kalau masyuk syurga akan tinggi seperti Nabi Adam, iaitu 60 hasta. Sebab syurga itu besar.
1 batang gigi ahli neraka sama besar dengan badan seorang ahli syurga. Sebab nak bagi rasa lagi sakit, contoh terbakar 1 jari dengan terbakar 1 tangan mana lagi sakit?

Korang tahu tak?
Malaikat Malik adalah ketua kepada 19 malaikat tadi.
Malaikat Zabaniyah.

Korang tahu tak?
Malaikat mungkar dan nakir akan datang dalam 1 warna.
Iaitu hitam kebiruan atau biru kehitaman.

Korang tahu tak?
Taring 2 malaikat tadi sampi ke tanah.
Rambut beliau pun begitu.

Korang tahu tak?
Suara malaikat munkar nakir ni bila bercakap ibarat petir dan mulut mereka mengeluarkan api. Mata mereka ibarat kilat dan berwarna biru.

Korang tahu tak?
Tempoh untuk mayat itu didatangi 2 malaikat tadi ibarat... Sembelih kambing, lapah dan bahagi-bahagi daging itu. Itu la tempoh mereka nak datang.
Maksud kalau korang duduk 1 malam pon mereka tetap datang.

Korang tahu tak?
Kayu pemukul mereka, jika diletak di bukit Uhud necsaya hancur bukit itu.
Tu baru letak. Kalau ketuk?

Korang tahu tak?
Jika dikumpul semua manusia dan jin untuk mengangkat pemukul tersebut nescaya tidak akan terangkat.

Korang tahu tak?
Sesungguhnya soalan kubur itu benar!
Tapi apa yang akan dijawab bukan ilmu, tetapi amalan.
Ada orang selesai ditanya sekejap, ada mengambil masa 70 tahun untuk jawab 1 soalan.
Korang tahu tak? Neraka Saqar ada 19 malaikat yang tidak ada perasaan kesian.....
Korang tahu tak?
Korang tahu tak?
Soalan yang memalukan ialah bila 1 mayat ditanya tentang seorang lelaki yang diutus kan. Ramai tak dapat jawab.
Bahkan di zaman Rasulullah S.A.W. pun ada yang tak dapat jawab.

Korang tahu tak?
Jika berdirinya Malaikat Maut, mata beliau di lauh mahfuz, kaki beliau seolah-olah di bumi.

Korang tahu tak?
Malaikat Maut, kita ni hanya di antara kedua mata beliau. Ibarat amik bola pingpong (bumi) letak depan mata.
Seolah-olah itu gambaran.

Korang tahu tak?
Malaikat Maut boleh datang dengan berubah rupa atas amalan seseorang itu. Tidak seperti mungkar nakir yang datang hanya 1 bentuk.

Korang tahu tak?
Malaikat Israfil sudah pun meletak kan 'trompet' beliau di mulut.
Dan hanya menunggu isyarat dari Allah.

Korang tahu tak?
Malaikat Israfil ada 1200 sayap.
600 kiri 600 kanan.
1 sayap boleh tutup rupa sebenar Jibril dan langit.

Korang tahu tak?
Malaikat Israfil dari telinga ke bahu memakan masa 70 tahun perjalanan.

Korang tahu tak?
Malaikat penanggung arasyh Allah. Telinga ke bahu 700 tahun perjalanan.

Korang tahu tak?
Setiap langit dipenuhi malaikat.
Setiap langit ada malaikat yang sujud, ada malaikat yang rukuk.

Korang tahu tak?
Di langit ke 7 ada Baitul Makmur.
Baitul makmur ini terletak di atas kaabah.
Tempat tawaf bagi malaikat.

Korang tahu tak?
Jika air laut dituang ke atas malaikat-malaikat tadi.
Nescaya tiada setitik pun akan tumpah.

Korang tahu tak?
Malaikat penjaga gunung pernah minta izin Malaikat Jibril untuk jumpa Rasulullah untuk menghempap penentang Rasulullah.

Rasullullah menolak tawaran malaikat kerana sayang dan cintanya pada umatnya. Rasullullah malah berdoa pada Allah supaya umatnya diberikan hidayah petunjuk. Betapa mulianya hati kekasih kita itu.

Korang tahu tak?
Malaikat memayungi majlis ilmu.
Sehinggakan orang yang hanya singgah untuk ke tandas di majlis itu pon mendapat berkat.
Korang tahu tak? Neraka Saqar ada 19 malaikat yang tidak ada perasaan kesian.....
Korang tahu tak? CAHAYA MAJLIS ILMU
Korang tahu tak?
Tiap-tiap kita Allah serta kan malaikat Hafazah untuk mengimbangi hasutan jin pendamping iaitu qarin.

Korang tahu tak?
Iblis pernah menjadi ketua pada para malaikat suatu ketika dulu.
Tetapi dia dilaknat kerana sombong dan tidak ada adab.

Adab mengatasi ilmu.

Korang tahu tak Nabi Ibrahim pernah dibakar?
Ketika Nabi Ibrahim A.S. dibakar, cicak la binatang yang turut menghembus untuk memarakan api.
Sunat bunuh cicak.

Korang tahu tak pada umur berapa Nabi Ibrahim dapat anak?
Nabi Ibrahim dapat anak (Nabi Ismail) pada umur 90 tahun.

Korang tahu tak saat Nabi Ismail di sembelih?
Ketika Nabi Ibrahim sudah pun menarik pisau di leher Nabi Ismail, ketika itu baru lah Allah tukarkan kepada kibas.

Korang tahu tak kibas pada hari Nabi Ismail kena sembelih?
Kibas itu adalah kibas yang diangkat ke langit ketika peristiwa 2 anak Adam Qabil dan Habil.

Korang tahu tak lepas peristiwa sembelih tadi?
Nabi Ibrahim sujud sebanyak 4 kali.
Sujud pertama bersyukur kepada Allah.
Sujud kedua bersyukur terlepas dari kesedihan.
Sujud ketiga bersyukur dan memohon akan redha Allah.
Sujud keempat bersyukur korban nya diganti dengan kibas.
Waktu ni terjadi lah solat zuhur.

Korang tahu tak siapa bapa Nabi Ibrahim?
Bapa Nabi Ibrahim adalah tokey berhala. Akan tetapi tidak pernah Nabi Ibrahim biadap kepada bapa nya.

Korang tahu tak kenapa Nabi Ibrahim digelar bapa kepada Nabi-Nabi?
Kerana dari dialah lahir Nabi dari keturunan Bani Israel (Nabi Ishak) dan nabi dari keturunan Arab (Nabi Ismail).

Korang tahu tak Nabi Ibrahim duduk di langit ke berapa?
Nabi Ibrahim duduk di langit yang ke 7.

Korang tahu tak nama sebenar Imam mazhab korang?
Nama dia Muhammad bin Idris.
Syafie adalah nama moyang beliau dan salah sorang keturunan dan sahabat Rasulullah S.A.W.

Antara sikap Imam Al-Shafie ialah..
Semakin aku tahu akan sesuatu ilmu.. Maka semakin itu aku berasa aku tidak tahu apa-apa..

Sekadar renungan~

Kredit: Telegram Hati Remaja



Post a Comment

8 Comments

  1. Allahh. Entry yang sangat bermanfaat. Semoga syurga tempat utk kita semua. Amin. Salam Jumaat.

    ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/book-review-kacau-by-ariff-adly.html

    ReplyDelete
  2. ALLAHUAKBAR! pepagi ni buka blog baca entry awak dulu. tq dik ingatkan :) ilmu nih

    ReplyDelete
  3. nauzubillah semoga kita dijauhkan

    ReplyDelete
  4. Mama tag kc http://www.mamapipie.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html?m=1

    ReplyDelete
  5. allahuakbar. semoga kita semua selamat ke Jannah akhirat kelak.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  6. Rasa gerun dan betapa kerdil diri ini..

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian

    Jemput singgah | pendidikan4all |

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p