Lirik Lagu Berserah - Zizan Razak feat Ismail Izzani | lirik rap mantop! - sayidahnapisahdotcom Lirik Lagu Berserah - Zizan Razak feat Ismail Izzani | lirik rap mantop!
LightBlog

Lirik Lagu Berserah - Zizan Razak feat Ismail Izzani | lirik rap mantop!

Lirik Lagu Berserah - Zizan Razak feat Ismail Izzani | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tajuk lagu terbaru hasil Alif ini - 'BERSERAH' dan artis yang menyanyikan lagu berserah ni adalah Zizan Razak dan Ismail Izzani. Uishh. Dalam hati, 'harapnya best lah'! First time saya dengar - di Youtube; video lirik lagu Berserah; and yassss best! Padu pergh! Muzik, melodi, rentak lagu, lirik rap dan chorus sangat serasi dan umph! Tak tipu.

Oh. Lagu ni lagu islamik ye. Bukan lagu cintan cintun 'budak-budak', patah hati dan sebagainya. Maybe sempena meraikan bulan Ramadhan yang bakal datang. And I love it!

Bila hayati betul betul lirik Berserah time Zizan rap.. memang bravo dan hashtag deep! Saya paling suka part lirik "jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku" & "jangan nak berdiri antara aku dan pencipta". Fuhh. Mantop!

Jom layan!


Lirik Lagu Berserah - Zizan Razak feat Ismail Izzani

Lirik Lagu Berserah - Zizan Razak feat Ismail Izzani
Lirik Lagu Berserah - Zizan Razak feat Ismail Izzani
Chorus

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepada Mu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepada Mu
Tapi ni pilihanku

Verse 1

Sesamar malam, nampak kelibat balik bamboo
Terdengar berlagu keliru pungguk atau hantu
Atau mungkin aku, yang masih lagi ragu-ragu
Hingga terbalik baju masih jumpa jalan buntu

Satu dua kali salah, ada peluang lagi
Tapi jadi tiga kali, mana lagi mahu lari
Banyak hati ku sakiti dan janji yang diubah
Bukan bersama Jebat walau gaya tolak Tuah

Bukannya tak sedar aku kekhilafan
Kadang ku diduga untuk baiki kesilapan
Jadi alang-alang nekad, kusorokkan hakikat
Biar aku berserah kalau neraca ku diangkat

Chorus

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepada Mu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepada Mu
Tapi ni pilihanku

Verse 2

Tiada benci yang kekal, tiada kasih yang kekal
Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal
Dibolak-balik pasti, dimainkan emosi
Diorak-arik dalih menghalal yang tidak boleh

Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu
Indah yang dirasa berbeza tak macam di lagu
Rawan mencengkam hati, disalah dan dicaci
Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci

Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku
Selagi ada nyawa taubat itu hak aku
Jangan nak berdiri antara aku dan pencipta
Itu saja yang ingin ku pinta

Chorus

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepada Mu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepada Mu


Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepada Mu
Jika salah silap puncanya aku

Ku berserah kepada Mu
Tapi ni pilihanku

Outro

Satu kali salah, dua kali salah
Tiga kali sampai berapa kali boleh salah
Lumrah manusiawi bila lebih dua kali
Takkan kita diberi peluang lagi

Ku berserah, 

Bukan cuba tegakkan benang yang basah
Yang ku lakukan ini salah tetap salah
Tapi ini saja jalan walau jatuh hukum
Jumpa lagi nanti, salam.
Assalamualaikum.
Lirik Lagu Berserah - Zizan Razak feat Ismail Izzani
Lirik Lagu Berserah - Zizan Razak feat Ismail Izzani
#ZizanRazak #IsmailIzzani #Berserah
Artis : Zizan Razak feat Ismail Izzani
Lagu : Berserah
Composer: Alif
Lyricist: Ariz for Talegas Production


Official Video Lirik Lagu Berserah - Zizan Razak feat Ismail Izzani






Post a Comment

3 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p