23 fakta anak bongsu.. betul ke ni? - sayidahnapisahdotcom 23 fakta anak bongsu.. betul ke ni?
LightBlog

23 fakta anak bongsu.. betul ke ni?

20 fakta anak bongsu.. betul ke ni? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa anak bongsu kat sini angkat kakiii.

Me: *angkat kaki aggresively

Kahkahhh. Iyeww. Saya merupakan anak bongsu dari 5 beradik. I have 2 sisters, 2 brothers. And they're all already married (so takde chance nak ngorat nyee hahahaha!).

Saya ada terbaca tentang fakta anak bongsu di twitter haritu.

Tapi.. Fakta ke auta?

Kena lah baca dulu kan? Lets go through one by one.
fakta anak bongsu
fakta anak bongsu | image Google

23 fakta anak bongsu.. betul ke ni?


Nak kahwin dengan anak bongsu?

Ha, baca ni. pelan pelan kayuh la anda scroll ke bawah. mohon rajin sikit ye.

Siapa anak paling manja di rumah? Pasti ramai tahu jawapannya, pastilah anak bongsu.

Ini kerana ia antara salah satu fakta anak bongsu yang telah dibuktikan oleh sains sendiri!

Selain dilabelkan anak paling manja, mereka juga selalu dikenali sebagai anak yang paling tidak berdikari, tidak bertangungjawab, suka menarik perhatian, anak paling nakal dan yang selalu dilepaskan begitu sahaja.

Orang selalu rasa kasihan dengan anak bongsu kerana fikir mereka selalu dibuli abang dan kakak. hakikatnya dia yang degil kan.

Tapi.. jangan ingat anak sulung je yang baik kerana selalu memberi tunjuk ajar kepada adik-beradik yang lebih kecil.

Anak bongsu ada juga kebaikannya, malah sains membuktikan personaliti mereka lebih menggembirakan. Tak percaya?

1. Suka akan cabaran.

Tidak seperti anak sulung yang selalu jadi ketua kepada adik-beradik, anak bongsu perlu mencari personaliti mereka sendiri yang tidak dimiliki orang lain dalam keluarga. Yes suka cabar diri sendiri.

Anak bongsu lebih banyak mencuba, tidak konvensional, tidak takut untuk mengambil risiko dan suka menegaskan bakat serta identiti mereka sendiri.

2. Lebih bersikap terbuka dan mencari pengalaman baru.

3. Kelakar.

Eh yeke? katanya, keupayaan anak bongsu untuk menghiburkan orang, mungkin disebabkan keperluan untuk bersaing apabila mendapat perhatian ibu bapa mereka. Mungkin kerana mereka lebih muda di kalangan keluarga mereka tidak menunjukkan karakter yang lebih serius.

4. Rileks.

Anak bongsu juga lebih rileks berbanding dengan anak sulung. Ibu bapa juga turut lebih rileks apabila membesarkan anak kedua dan ketiga, disebabkan pengalaman keibubapaan membesarkan anak sulung. Apabila sampai giliran anak bongsu, ibu bapa akan bersikap lebih lembut.

5. Senang dapat kawan.

Walaupun anak sulung selalunya lebih tegas, anak bongsu pula, biasanya lebih suka bersosial dan mempunyai personaliti yang lebih menyeronokkan.

Ini mungkin kerana anak bongsu selalu perlu bersaing dengan adik-beradiknya, dan akhirnya belajar cara untuk mengawal situasi dan memanipulasi orang.

Sifat anak bongsu yang lebih lucu dan rileks, itu mungkin salah satu sebab mengapa mereka lebih mudah membuat kawan.

6. Lebih kreatif.

Walaupun adik-beradik lebih tua berkemungkinan mempunyai IQ yang lebih tinggi, anak bongsu selalunya lebih kreatif.

Bongsu ni biasanya sering memilih minat lain untuk mengelak mempunyai minat yang sama dengan abang atau kakak.

Anak bongsu lebih kepada anak manja keluarga dan mempunyai sifat yang agak susah untuk difahami dengan jelas.

Mungkin dengan thread panjang lebar ni boleh membantu memahami sifat sebenar anak bongsu atau persiapan untuk kahwin dengan pasangan anak bongsu. Semoga manfaat.

7. Agak susah nak faham.

Kerana mereka lebih memahami isi hati dan pandangan ibu bapa. Bila rasa kecewa, suka pendam sendiri.

Mungkin kerana pernah nampak abang akak mak ayah bersusah payah dulu.

8. Senang merajuk tapi cepat sejuk.

Tidak pernah merajuk cuma luahkan ekspresi dalaman supaya orang sekeliling faham dan menerima apa yang kita rasa.

9. Tak suka kena compare.

Atas diri masing-masing membesar dengan keluarga macam mana.

10. Selalu korban diri sendiri.

Kerana belajar dari ibu bapa apa erti pengorbanan. Duit bukan segalanya.

11. Jenis berani buat berani tanggung.

Betul?

Berdasarkan pengalaman abang-abang akak-akak, anak bongsu lebih memahami pepatah “Fikir dahulu sebelum bertindak".

12. Jenis yang suka ceria.
fakta anak bongsu
fakta anak bongsu | image Google
13. Sifat manja dan suka dimanjakan.

Kerana bermanja dapat mengurangkan stress, sifat manja keluar apabila keadaan disitu terlalu tegang. Mungkin bukan secara tersurat, mungkin secara tersirat.

14. Lemah dengan pengurusan duit, boros tapi suka belanja orang.. betul? haha

Pegangan anak bongsu “Harta boleh cari, kasih sayang hanya pada manusia”.

15. Tidak suka mengeluh dan menerima seadanya,

Sudah biasa memendam rasa dari kecil.
Tidak suka susahkan orang lain

Sebab sentiasa melihat kepayahan orang sekeliling semenjak kecil lagi, anak bongsu nampak senang tapi kesenangan untuk dikongsi. Anak bongsu nampak susah, tapi susah demi kesenangan masing-masing. :)

16. Anak bongsu pandai main politik. eh yeke?

17. Kalau dia cakap A, jangan berani-berani nak kata B atau C.

Anak bongsu ni sejenis yang tetap pendirian dan sedikit keras kepala. Tapi jangan risau, walaupun mereka macam tu tapi dalam hati tetap ada bunga. hahha

Bukan nak menakutkan, tapi ini antara sikap anak bongsu.

18. Orang kata anak bongsu ni kebanyakan berhati tisu, betul ke?

19 Untuk mengimbangi keseimbangan perasaan cemburu oleh orang sekeliling. Anak bongsu lebih suka perkara yang adil. Kalau salah, dia tetap salah.

20. Lagi satu.. dah biasa dimanjakan oleh mak dan ayah, tak mustahil dengan korang pun dia kan terlebih manja dan selalu inginkan perhatian kan?

Haa cari lah calon bongsu.

21. Walaupun kurang matang tapi pandai berdikari.

Sebenarnya matang tapi sesekali perlu bermanja. Bukan nak tunjuk ketidak matangan tapi lebih pada mengawal ketegangan dalam sesuatu situasi.

22. Kadang-kadang suka buat andaian.

23. Walaupun keluar paling lambat dalam dunia tapi lebih nampak perjalanan masa depan kerana belajar dari pengalaman yang atas-atas.

Siapa pasangan dia anak bongsu? Korang boleh ready la untuk segala kemungkinan yang ada ni. Hiks!
fakta anak bongsu
fakta anak bongsu

So... betul ke idok 20++ fakta anak bongsu di atas?

Sebagai seorang anak bongsu, I can say that most of them are right. Just ada few points yang tak kena dengan diri saya contohnya pandai main politik? Nope.

Senang merajuk tapi cepat sejuk? Nope. Saya kekadang lambat sangaattt nak sejuk hahaha. Kalau cepat suam, iye.

Kadang-kadang suka buat andaian? Excuse me? Bukan kadang-kadang okayyy... Tapi selalu juga lah kahkahkahh!

Selebihnya, memang kena dengan character saya.

Sebenarnya tak kisah pun perangai dan personaliti macam mana pun, asalkan kita tak buat apa yang Allah larang. Gitchuww.

And this post also just suka suka. Jangan take too seriouss okay?

Till next time, daa~ wassalam! :)


Post a Comment

7 Comments

  1. Sebagai anak bongsu saya menyokong usul ini. haha

    ReplyDelete
  2. haha betul la tu... kita bongsu, suami sulong...

    ReplyDelete
  3. sepertinya lebih separuh tak sama macam adik bongsu saya haha

    ReplyDelete
  4. saya bongsu tapi separuh tu macam bukan saya ja =)

    ReplyDelete
  5. proudly, saya bongsu.. tapi biasalah tak semua fakta ni kena, lagi lagi part main politik tu, haih.. bab duit tu lagilah tak betul.. nak beli roti rm.250 masa study pun berkira hahaha... bukan kedekut taoi berpada, yang agak terlampau

    ReplyDelete
  6. ye, semua di atas. Hidup anak bongsu! :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p