Bahana 'Pinjam' Duit Ahlong! [KISAH BENAR] - sayidahnapisahdotcom Bahana 'Pinjam' Duit Ahlong! [KISAH BENAR]
LightBlog

Bahana 'Pinjam' Duit Ahlong! [KISAH BENAR]

Bahana 'Pinjam' Duit Ahlong! [KISAH BENAR]

Ditulis oleh: Bard Badrul
(Founder Touch Media Global Sdn Bhd.)

Selamat pagi, korang okay ke tu? 

Saya macam biasa lah, pagi pagi ahlong dah cari.

Bayangkan dulu saya hutang diorang dari RM10 ribu jadi RM100,000 dalam masa 9 bulan sahaja.

Nak tahu cerita bahana hutang ahlong ni? 

Saya cerita berdasarkan pengalaman hidup saya.
kisah benar bahana pinjam duit ahlong
kisah benar bahana pinjam duit ahlong
Buat siapa yang tak mengenali, saya director touch media global sdn bhd.

Company ni dah start dari tahun 2010. Dulu enterprise je pekerja pon saya dan sorang staff sahaja.

Dari kedai dalam uitm shah alam sampai lah pindah ke plaza alam sentral.

Sampai tahun 2015 bisnes saya masih ditahap sama dan saya pon ditahap sama.

Hari hari buat benda sama.
kisah benar bahana pinjam duit ahlong
kisah benar bahana pinjam duit ahlong
kisah benar bahana pinjam duit ahlong
kisah benar bahana pinjam duit ahlong
Ntah dari mana azam baru tiba tiba sampai, saya nak ubah diri dan kehidupan saya.

Saya fikir “Takkan sampai aku dah tua, ada cucu masih dalam kedai petak ni pegang screw driver baiki laptop lagi?”.
kisah benar bahana pinjam duit ahlong
kisah benar bahana pinjam duit ahlong
Penghujung tahun 2016 saya mulakan langkah baru untuk menuju impian saya, cewah. 

Saya cantikkan kedai, tambah staff, rangka sistem sop yang betul dan semua nya berjalan lancar.

Dah nampak dah ni, saya boleh dapatkan time freedom yang memang saya impikan dari dulu.

Penghujung tahun 2017 saya tambah pekerja. Setip bulan saya ambil pekerja sampai lah jadi 9 orang.

Satu hal lagi saya eager nak buka cawangan baru, sewa kedai setup cantik cantik 3 bulan kedai tak operasi. 

Tangggung bodoh je kedai tu. 

Kira-kira setiap bulan kos overhead saya dlm RM30k.

Awal tahun 2018 saya dah rasa sakit dan tenatnya syarikat ni. 

Dari januari sampai march saya tak ambil gaji, sales setiap bulan negatif, hutang dengan banyak supplier. 

Sedih wei, saya buntu tak tahu apa option yang saya ada kecuali dari meminjam ahlong.

Bulan march, permulaan kisah yang lagi menyedihkan. 

Ingatkan dugaan yang sebelum ni dah besar, rupanya yang akan datang ni lagi besar.

Saya pon contact ahlong 1, kenal pon dari recommend rakan bisnes. 

Beliau kata ahlong ni interest okay.

Saya mula pinjam 10k tapi tak dapat penuh ada gst, dapat 8k sahaja. 

Perlu bayar balik “hanya” 12k dalam tempoh 5 hari

Hari kira dari start dia bankin.

Dalam fikiran saya masa tu “oh okay, interest 2k so takdehal lah gigih lagi nak membayor nya”.

Dalam bulan march juga something unexpected berlaku dan syarikat perlukan dana lagi. 

Saya pinjam lagi 10k dengan interest dan ahlong 1 juga.

Pinjaman yang kali kedua tu lepas saya dah clearkan pinjaman yang pertama ya. 

Yang jadi kes apabila tarikh bayaran balik pinjaman kedua ni kena pada tarikh bayar gaji pekerja. 

Kos overhead 30k (tak termasuk kos supplier)  ditambah 12k.

Bayar lambat 1 hari ahlong1 akan tambah bunga rm500. 

So bila hari ke-5 saya tak mampu nak bayar, ada ahlong-ahlong contact saya.

“Bos mau pinjam ka?”

Interest & rate masih sama macam ahlong1.

Untuk clearkan hutang ahlong1 saya pinjam ahlong2 dan duit tu tak masuk dalam akaun saya pon.

Terus kepada ahlong1 

Total pinjaman ahlong2 : 14,500 (dapat 12,500) bayar balik 16,500

Tempoh pinjaman 10 hari dari tarikh bankin.

Mula mula saya tak perasan saya ingat hutang dah clear pada ahlong1. 

Janji manis, ayat putar belit dia perh memang menggoda. Lagi-lagi bila kita tengah terdesak.

Jadi kat sini hutang saya 

Ahlong1 : RM2000
Ahlong2 : RM16,500

Total : RM18,500

Yang lagi best bunga saya pada ahlong1 masih jalan.

Kemudian, pada tarikh bayaran ahlong2 tiba tiba ahlong1 contact minta bayaran.

“Eh tiber? Bukan dah clear ke?”

Saya tenguk balik baru saya sedar saya dah terjerat. 

Hutang ahlong1: RM7,000
Hutang ahlong2: RM16,500

Total : RM23,500

Sakit otak saya fikir benda ni.

Datang satu lagi ahlong, ahlong3 dia offer untuk tolong saya clearkan hutang. 

Ahlong3 kata dia takde kena mengena dan tak kenal dengan company ahlong1 dan ahlong2

Syarat yang dia tetapkan juga longgar dan tak terlalu membebankan..

Syarat yang ahlong3 tetapkan pinjam 10k dapat 10k tempoh bayar 6 kali setiap 7 hari sebanyak RM1,670 

Dapat full dan tiada bunga.

Fuh best dengarkan?
kisah benar bahana pinjam duit ahlong
kisah benar bahana pinjam duit ahlong
Bulan 6 & 7 bisnes dah start slow sebab dah dekat nak raya. 

Memang sangat terasa, lagi lagi bulan puasa dan cuti raya.

Penghujung bulan 6 selepas cuti raya saya terpaksa meminjam lagi pada ahlong untuk membayar gaji pekerja.

Saya meminjam pada ahlong3 kerana plan yang ditawarkan tak membebankn sangat. 

Saya pinjam 30k dgn interest rate 10k.

Bayaran balik setiap 7 hari juga amount dah tak ingat.

Mula mula ahlong3 ni memang best layanan dia, semua okay, bayar lewat okay, tapi tu semua janji palsu.

Lama kelamaan ahlong3 dah start agresif dan rules makin ketat dan bunga makin naik.

Ngam tarikh saya sepatutnya bayar pada ahlong3 saya tak dapat bayar atau bayar separuh, ahlong1 atau ahlong2 akan contact saya balik.

“Bos mau loan ka?”

Macam biasa, nak lepas dari hutang ahlong3 terpaksa pinjam pada ahlong1 dan ahlong2 dgn pelbagai “offer” yang menarik.

Orang kata terlepas dari mulut buaya, masuk mulut harimau.

Sampai hutang saya cecah 80k yang  contact saya nak bagi loan semua senyap.

Yang tinggal hanya ahlong yang nak tuntut duit diorang sahaja.

Struggle nak bayar balik ni.

Banyak saya korbankan dan Alhamdulillah bulan 10 pon bisnes dah start okay.

Dalam tempoh 2 bulan saya dah dapat clearkan semua hutang ahlong sebanyak 100k (sekali bunga).

Saya tak nafikan dalam tempoh ni gaji staff saya tak selalunya dapat ontime.

Ada yang dah berhenti, ada yang diberhentikan dan ada yang masih stay dengan saya sampai sekarang.

Fast forward harini, Alhamdulillah Touch media dah semakin stabil. 

Touch media dah ada 5 cawangan di sekitar lembah klang dan yang paling penting dah bebas dari bahana Ahlong.

Yang membaca thread ni doakan kami untuk terbang lebih jauh dan luaskan kawasan jajahan ya!

Lagi satu, kalau boleh elak dari perangkap ahlong tolong elakkan

Pinjam ahlong ni macam “sikit-sikit lama-lama jadi bukit” haha.

Post a Comment

5 Comments

  1. Cuak betul baca huhuhu. Jgn pinjam ahlong ya kalau tak desperate sgt. byk lagi cara. Semoga perniagaan berkembang maju

    ReplyDelete
  2. Tak payah pinjam, cari penyakit.Ah long ada lesen ke tak de lesen ke sama. Kalau lelaki dia guna pompuan untuk "cairkan" supaya kita "sangkut" dan pinjam. Sekali tu aku cakap kat pompuan ahlong tu, aku ribu-ribu tak main. Aku nak pinjam "14 trilion ringgit ko ada? Pompuan cantik tu punya bengang boleh mencarut dan blah dari situ!

    ReplyDelete
  3. Pengajarannya, jangan pinjam duit daripada along

    ReplyDelete
  4. Kalau bisnes maju dpt terbang jauh boleh bayar lah kan..kalau bisnes hangat2 taik ayam je, mamposs lah!

    ReplyDelete
  5. susah macam mana pun janganla pinjam duit ahlong..bukan setakat diri akan merana, family pun akan merana jugak

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p