CARA MUDAH HILANGKAN JERAGAT MUKA, GELAP BAWAH MATA.. GUNA 2 BAHAN! - sayidahnapisahdotcom CARA MUDAH HILANGKAN JERAGAT MUKA, GELAP BAWAH MATA.. GUNA 2 BAHAN!
LightBlog

CARA MUDAH HILANGKAN JERAGAT MUKA, GELAP BAWAH MATA.. GUNA 2 BAHAN!

CARA MUDAH HILANGKAN JERAGAT MUKA, GELAP BAWAH MATA.. GUNA 2 BAHAN! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Semalam, umi mengadu katanya muka penuh dengan jeragat, bintik bintik hitam. Hmm, macam mana nak hilangkan ni? Mungkin sebab umi jenis yang tak pakai sunscreen/sunblock pada waktu pagi dan petang walhal umi kerja menjahit baju; tempatnya di tepi tingkap. So mestilah sentiasa terdedah dengan cahaya matahari UVA dan UVB kan.. tapi takde protection 'sun cream' di wajah. Thats why lah umi banyak jeragat. Plus, umi pun dah berumur. 50++.

Bila saya suggest umi pakai sunscreen, umi taknak. Malas. Sebab nanti sebelum sembahyang kena hilangkan dengan mencuci muka/ sapu dengan wet tissue/ guna makeup remover. Leceh umi kata. Pulakkk..! Hahaha. habistu?

Acamno kalau nak hapuskan jeragat tapi taknak pakai krim sunscreen? Kan?

Tup tup tup, taraaaa!


CARA MUDAH HILANGKAN JERAGAT MUKA, GELAP BAWAH MATA


Nak dijadikan cerita, saya terjumpa satu cara ni kat Facebook. Hanya guna 2 bahan sahaja 'resepi'nya. Senang, mudah, pantas dan efisen!

Tapi saya tak buat lagi lah cara ni hahaha. Belum tahu tahap keberkesanannya lagi. Tapi niat nak buat tu ada dah. Siap dah cerita kat umi cara ni. Sebab nampak senang dan tak melibatkan bahan yang susah pun. Bahan yang dah ada kat dapur.

Kalau umi nak hilangkan jeragat, saya ni nak hilangkan dark circle (lingkaran gelap) bawah mata ni hmmm.. Tu lah padan muka diri sendiri. Sebab suka tidur lambat kan dah kena haha.

Tanpa buang masa, jom! Kita belajar cara macam mana nak hilangkan jeragat di muka + gelap bawah mata~


2 BAHAN DAPUR UNTUK HILANGKAN JERAGAT DEKAT MUKA, GELAP BAWAH MATA

Ditulis oleh: Zana Mokhtar

Jeragat ni selalunya terjadi sebab hormon dalam badan tak stabil dan terdedah dengan cahaya matahari.

Lagi satu sebab penggunaan bahan kosmetik yang tinggi bahan kimia punca juga penyebab jeragat.

Kekna nak share petua ni in shaa ALLAH memang membantu sangat sangat untuk merawat. Bahan dia hanya guna kentang dan lemon je pun.
cara mudah hilangkan jeragat muka gelap bawah mata
cara mudah hilangkan jeragat muka gelap bawah mata
Kentang ni sangat tinggi oksidan jadi dia mampu menyingkirkan jeragat. Lagi satu kentang ni bagus juga untuk dark circle bawah mata tu.

Dan lemon pula sebagai agen pencerahan kulit yang bagus jadi ia bertindak peluntur kepada bintik bintik jeragat tu.
cara mudah hilangkan jeragat muka gelap bawah mata
cara mudah hilangkan jeragat muka gelap bawah mata
Cara - cara :

1. Kentang tu bersihkan betul betul dahulu dan kisarkan dia sehingga halus kejadiannya.
2. Kentang ya dikisar tadi campurkan dengan perahan lemon. Gaulkan sehingga sebati.
cara mudah hilangkan jeragat muka gelap bawah mata
cara mudah hilangkan jeragat muka gelap bawah mata
3. Masukkan dalam bekas kiub ais dan simpan dalam peti beku ye.
cara mudah hilangkan jeragat muka gelap bawah mata
cara mudah hilangkan jeragat muka gelap bawah mata
4. Bersihkan dulu wajah supaya kiub masker kentang ni dapat bertindak bagus dalam kulit.
5. Ambil seketul kiub masker kentang tu dan sapu pada keseluruhan wajah terutama dekat kawasan jeragat banyak sampai lah kiub tu cair.
6. Sapu dengan lembut k jangan sapu dalam keadaan kasar dekat muka tu.
cara mudah hilangkan jeragat muka gelap bawah mata
cara mudah hilangkan jeragat muka gelap bawah mata
7. Lepas tu badu lah bilas air bersih.
8. Boleh pakai setiap hari. Seeloknya sebelum nak tidur ye.

Ha mudahkan dan kos pun tak ada mahal mana pun. Rajin tak rajin je. Hahaha.

Selamat mencuba. Jangan lupa tekan button #SHARE supaya ia manfaat bantu kawan kawan lain yang ada masalah macam ni k.

#ObsesCantikBahanSemulajadi

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p