TUNGGAKAN PTPTN vs APPLY LOAN KERETA | Cara Penyelesaian - sayidahnapisahdotcom TUNGGAKAN PTPTN vs APPLY LOAN KERETA | Cara Penyelesaian
LightBlog

TUNGGAKAN PTPTN vs APPLY LOAN KERETA | Cara Penyelesaian

TUNGGAKAN PTPTN vs APPLY LOAN KERETA | Cara Penyelesaian

Ditulis oleh: Azeri Azaman
(twitter @azreys)
Ex Snr Auto Banker | Writer Ebook Rahsia Lulus Skim Graduan and Proses Beli Kereta Baru

PTPTN & LOAN KERETA..

Sebelum boleh apply loan kereta, tunggakan PTPTN kena settle dulu. 

Jadi dalam thread kali ini, aku akan mengulas mengenai hubungan loan kereta dan PTPTN, serta cara menyelesaikannya. 

Meh la sama sama belajar. If ada salah maklumat tegur la ye.
ptptn loan kereta
tunggakan ptptn vs apply loan kereta
Dulu PTPTN tak wajib pun settle tunggakan, tapi sejak dah masuk dalam CCRIS Report dah jadi benda wajib untuk settle.

If tak bayar PTPTN, jom tengok apa yang bakal berlaku:

1) 12 bulan setelah habis graduate.

2) Pinjaman PTPTN dah masuk dalam CCRIS Report.

3) Bayaran tidak diterima atau tidak konsisten.

4) “Payment attitude” ini dapat dilihat dalam CCRIS Report.

5) Bank lihat CCRIS Report dan tengok korang bukan pembayar pinjaman yang baik.

6) Sistem Scoring Bank secara automatik akan bagi markah rendah.

7) Loan anda tidak dapat diluluskan kerana scoring low.

Jika “payment attitude” dalam mana-mana loan menunjukkan sifat peminjam yang culas dan tidak konsisten untuk membuat pembayaran, bank tidak akan memberi apa-apa jua pinjaman.

Walaupun peminjam membayar semua tunggakan bulanan, dia masih perlu menunggu untuk rekod “payment attitude” cantik kembali.

Kadang-kadang sampai setahun perlu menunggu untuk cantik kembali rekod. Jadi tak boleh dibuat main.

Tapi don't worry, pinjaman PTPTN merupakan satu pinjaman yang sifatnya sedikit istimewa.

Walaupun “payment attitude” korang tidak baik pada mulanya, tetapi setelah melunaskan tunggakan yang ada, korang boleh terus memohon pinjaman baru. 

Cuma jika korang kembali tidak membayar setelah selesai bayaran tunggakan bulanan PTPTN, Bank tidak akan menerima permohonan pinjaman baru.

Ada sesetengah customer yang apabila loan kereta mereka tidak lulus, mereka mula tidak membayar balik PTPTN. Bila nak apply balik loan, bank dah tak bagi peluang approve. Tiada peluang kedua ya. Sekali sahaja dan gunakanlah sebaiknya.

Bagaimana bayaran balik pinjaman PTPTN ditetapkan?

1) Bayaran balik berkuatkuasa selepas 12 bulan telah habis pengajian. Walaupun korang tak terima sebarang surat dari PTPTN, ia automatik.

2) CCRIS Report telah mula direkodkan apabila sampai tempoh 12 bulan habis pengajian.

3) Kos upah dimasukkan pada bulan ke-13.

4) Peminjam perlu membayar secara konsisten pinjaman PTPTN.

Bagaimana hendak lakukan bayaran balik pinjaman PTPTN?

Bayarannya boleh dilakukan secara bayaran penuh, setengah bayaran ataupun secara bayaran bulanan.

Bagaimana hendak mengetahui sama ada kita mempunyai tunggakkan ataupun tidak?

1) Semak pada CCRIS Report.

Boleh rujuk artikel ini jika tidak tahu caranya: Cara Mudah Dapatkan CCRIS Report Anda Segera!

2) Semak dengan PTPTN.

Apakah proses yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tunggakkan pinjaman PTPTN?

PERTAMA: SEMAK NAMA KORANG

Boleh rujuk di atas bagaimana hendak semak.

KEDUA: PTPTN

Ada dua cara hendak berurusan dengan PTPTN. Pertama,  boleh terus ke cawangan yang berdekatan.

Kedua, boleh berurusan secara online melalui WhatsApp. 

Boleh semak cawangan PTPTN yang terdekat dan dapatkan nombor telefon pegawai PTPTN di website PTPTN. Rujuk di sini https://ptptn.gov.my/seksyen-khidmat-pelanggan-side.

Boleh juga terus bertanya di laman sosial Facebook PTPTN.

Aku suggest hubungi secara online dulu untuk semak tunggakkan dan dapatkan advice mengenai kemampuan korang untuk membayar pinjaman serta mengenai reschedule payment.

KETIGA: Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Now dah tau kan berapa tunggakan? Ada 3 choices. Nak settle full, half or settle tunggakan je.

If full settlement, selalunya ada diskaun.

Selalunya peminjam memilih untuk menyelesaikan tunggakan dan membuat reschedule payment untuk mengurangkan bulanan pinjaman mengikut kemampuan. 

KEEMPAT: Menyelesaikan Tunggakkan PTPTN

Korang boleh pilih nak settle tunggakan cash or guna akaun 2 KWSP melalui e-Pengeluaran. 

Sekarang aku ceritakan mengenai cara menggunakan akaun 2 KWSP untuk membayar tunggakkan PTPTN.

1. Daftar i-Akaun KWSP

Pergi cawangan KWSP yang berdekatan. Daftar i-Akaun menggunakan kad pengenalan. Kod pengaktifan akan diberi. Tempoh kod boleh pakai 30 hari je. Buka website KWSP (http://kwsp.gov.my) dan klik pada Pengaktifan i-Akaun (Login kali pertama). Isi maklumat yang diminta.

2. Login  i-Akaun 

Untuk memulakan transaksi klik pada Klik Tab Pengeluaran, e-Pengeluaran dan klik Permohonan Baru.

3. Tunggu mesej di inbox atau SMS

Proses cepat. Less than a week akan dapat SMS Pengesahan. Within 14 days dapat SMS, kena pergi cawangan KWSP terdekat untuk buat biometric.

Jika gagal hadir means korang tak nak teruskan permohonan dan automatik permohanan dibatalkan.

4. Dokumen Sokongan

Dokumen yang perlu dibawa ialah ic serta salinan, dokumen pengesahan permohonan pengeluaran, sijil akademik serta salinan, dan surat tunggakan PTPTN jika ada.

5. Hadir di Pejabat KWSP

Kehadiran korang bertujuan untuk melakukan pengesahan identiti melalui biometric, mengemukan dokumen yang diperlukan dan mengesahkan korang mahu melakukan pengeluaran untuk tujuan menyelesaikan tunggakan PTPTN.

6. e-Pengeluaran selesai

Permohonan e-Pengeluaran akan dihantar pada PTPTN dan bayaran balik akan diproses dalam masa 2 minggu. Setelah selesai, dorang akan keluarkan dokumen rasmi pengesahan bayaran pada PTPTN. Korang dah boleh check PTPTN Statement korang.

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan akaun KWSP 2 untuk menyelesaikan tunggakan seperti tiada had pengeluaran, boleh dikeluarkan lebih dari sekali, tiada caj proses dan jimat dari segi kos upah pentadbiran.

KELIMA: Penstrukturan Semula PTPTN

Dah settle di KWSP, contact pegawai PTPTN yang korang berurusan pada mulanya, beritahu mengenai pengesahan pengeluaran akaun 2 KWSP. Pegawai akan bagi form untuk dicetak.

Print semua borang tersebut dan lengkapkan. Kemudian, baru pergi ke cawangan PTPTN yang berdekatan. Selesaikan semua urusan di sana.

KEENAM: Surat Pengesahan Pembayaran Balik Tunggakan

PTPTN akan bagi surat pengesahan melalui email. Kalau tak dapat call dan minta. Surat inilah yang ditungu-tunggu untuk apply loan.

Setelah membayar tunggakan pinjaman PTPTN adakah loan kereta saya akan diluluskan?

Tak tentu jugak. Banyak syarat lain lagi hehe.

Semoga thread ini bermanfaat pada semua.

Q: Kalau ada tunggakan ptptn affect tak untuk apply credit card?
A: Credit card taktau la pulak haha.

Q: Macam mana nak tahu berapa jumlah yang kita kena bayar bulan bulan?
A: Call ptptn. Selalunya akan sampai surat kat rumah.

Q: Kalau MARA? Adakah sama jugak macam PTPTN?
A: Tak sama. Mara okay je.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p