MyVAC KERJA KOSONG SUKARELAWAN KESIHATAN DIPERLUKAN DI SELURUH NEGARA! - sayidahnapisahdotcom MyVAC KERJA KOSONG SUKARELAWAN KESIHATAN DIPERLUKAN DI SELURUH NEGARA!
LightBlog

MyVAC KERJA KOSONG SUKARELAWAN KESIHATAN DIPERLUKAN DI SELURUH NEGARA!

MyVAC KERJA KOSONG SUKARELAWAN KESIHATAN DIPERLUKAN! | SEBARKAN kepada semua~! Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) menawarkan KERJA KOSONG SUKARELAWAN KESIHATAN DI SELURUH NEGARA! Antara syarat utama - berumur 18 tahun ke atas.


'Gaji': RM25/RM50 sehari


Anggota Diperlukan:

Pegawai Perubatan

Pegawai Pergigian

Jururawat

Pegawai Farmasi

Penolong Pegawai Perubatan


MyVAC KERJA KOSONG SUKARELAWAN KESIHATAN DIPERLUKAN DI SELURUH NEGARA!

myvac kerja kosong kerajaan jawatan kosong
myvac kerja kosong kerajaan jawatan kosong


JAWATAN KOSONG DI SARAWAK PULA:

Pegawai Tadbir Gred N41

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Setiausaha Pejabat Gred N29

Penolong Juruaudit Gred W29

myvac kerja kosong kerajaan jawatan kosong
sarawak kerja kosong kerajaan jawatan kosong

myvac kerja kosong kerajaan jawatan kosong
myvac kerja kosong kerajaan jawatan kosong


Pengenalan MyVAC


MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai "Herd Immunity".


Oleh itu, MySukarela ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan MyVAC dengan berkesan. Ia membantu mengisikan keperluan tenaga kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan sukarelawan yang rela dan bersemangat dari semua lapisan masyarakat.


Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri. Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang bersedia dan berkemampuan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bagi mengurus dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 2021.


Semua orang dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dalam komuniti MyVAC. Daftar sebagai sukarelawan hari ini.


Pusat Pemberian Vaksin (PPV)


Kerajaan Malaysia merancang / telah menubuhkan 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia untuk memastikan liputan seluruh negara. Pusat Pemberian Vaksin akan dikendalikan oleh kakitangan dari pelbagai kementerian, agensi dan organisasi. 4 kumpulan kakitangan akan ditugaskan untuk memastikan pelaksanaan program dengan selamat dan teratur.


i) Pasukan Perubatan

ii) Pasukan Keselamatan

iii) Pasukan Sukarelawan Kesihatan

iv) Pasukan Sukarelawan Bukan Kesihatan


*Untuk mengetahui PPV berdekatan anda, sila daftarkan diri anda untuk menjadi seorang sukarelawan MyVAc


MyVAC Langkah-Langkah untuk menjadi Sukarelawan Bukan Kesihatan


Langkah 1


1) Daftar diri anda di laman web MyVAC @ www.myvac.com.my

2) Mengesahkan akaun anda melalui emel anda

3) Lengkapkan profil anda

4) Jalankan semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz

5) Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan


Langkah 2 - Laporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan yang berdekatan


1) Serahkan semua borang

2) Menerima dan menandatangani Surat Tawaran Sukarelawan

3) Pilih lokasi dan tarikh yang anda hendak berkhidmat

4) Terima Kit Sukarelawan anda


Langkah 3


1) Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri

2) Melaporkan diri di Pusat Pemberian Vaksin


Langkah-Langkah untuk menjadi Sukarelawan Kesihatan


Langkah 1


1) Daftarkan diri anda di laman web MyVAC @ www.myvac.com.my

2) Mengesahkan akaun anda melalui emel anda.

3) Pengesahan APC oleh KKM (4-5 hari bekerja)


Langkah 2


1) Lengkapkan profil anda

2) Jalankan semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz

3) Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan


Langkah 3


1) Menghadiri taklimat Sukarelawan Kesihatan “atas talian” (Dijadualkan setiap hari Jumaat)

2) Pilih lokasi dan tarikh yang anda hendak berkhidmat


Langkah 4


1) Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri

2) Melaporkan diri di Pusat Pemberian Vaksin dan serahkan semua borang kepada Penyelaras PPV anda


Skop Kerja Sukarelawan


Sukarelawan Bukan Kesihatan

1) Membuat saringan suhu dan gejala

2) Membuat pendaftaran penerima vaksin menggunakan sistem MySejahtera dan MyVAS

3) Membantu mengedarkan borang kebenaran menerima vaksin

4) Mengawal dan mengurus orang ramai di PPV

5) Memberi bantuan kepada Pasukan Kesihatan

6) Memastikan SOP Covid-19 dipatuhi


Sukarelawan Kesihatan

1) Membuat saringan penerima vaksin

2) Mengendalikan penerima vaksin yang mempunyai gejala

3) Memberi penerangan dan konsultasi berkaitan dengan pemberian vaksin

4) Mengawasi semua penerima di Ruang Permerhatian

5) Berkhidmat sebagai Vaksinator


Syarat-Syarat:

- Berumur 18 tahun ke atas

- Mempunyai Nombor Perubatan APC/ARC yang sah (hanya untuk Sukarelawan Kesihatan SAHAJA)

- Sihat dan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik atau ketidakupayaan

- Tidak mempunyai risiko pendedahan kepada jangkitan Covid-19 dalam tempoh 14 hari


Soalan Lazim MYVAC


Apakah itu inisiatif Sukarelawan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan – Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac)?


Inisiatif Sukarelawan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah satu inisiatif mobilisasi sukarelawan untuk membantu frontliners dalam urusan penyampaian vaksin kepada penerima. Sukarelawan bagi PICK akan menjadi pemudahcara urusan penyampaian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).


Apakah kelayakan untuk menjadi seorang sukarelawan?


Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Jika anda merupakan seorang pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan, pegawai pergigian, atau pegawai farmasi, anda layak untuk menjadi seorang Sukarelawan Kesihatan (tertakluk kepada Sijil Perakuan Pendaftaran Tahunan (APC) yang sah).


Apakah yang diperlukan daripada saya sebagai seorang sukarelawan?


Dapat memberikan sepenuhnya komitmen, bertanggungjawab, berintegriti serta patuh dengan arahan dari semasa ke semasa dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan demi bersama negara di dalam memerangi pandemik COVID-19 melalui program imunisasi kebangsaan.


Apakah skop tugas saya sebagai sukarelawan?


Sukarelawan boleh memilih sama ada menjadi sukarelawan kesihatan ataupun bukan kesihatan, berdasarkan kelayakan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri dan daerah.


Antara skop tugasan yang dikenalpasti:


Sukarelawan Kesihatan: Vaksinator, mengawal sick bay/kecemasan dan konsultasi Vaksin Covid-19

Sukarelawan Bukan Kesihatan: Membuat saringan gejala suhu, janji temu, pendaftaran, mengawal ruang menunggu.


Anda boleh membuat pilihan ini sewaktu pendaftaran di laman web. Bagaimanapun, untuk sukarelawan bukan kesihatan, bidang tugasan spesifik akan ditentukan oleh penyelia masing-masing di PPV nanti.


Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai sukarelawan?


Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web sukarelawan di www.myvac.com.my.


Apakah dia proses untuk saya menjadi seorang sukarelawan?


Di bawah adalah proses menjadi sukarelawan MyVac:


Mendaftar minat anda untuk di www.myvac.com.my

Mengesahkan pendaftaran anda melalui emel. Pengesahan APC oleh KKM akan dilakukan untuk Sukarelawan Kesihatan (jangkaan 5 hari bekerja).

Seterusnya, anda perlu menghadiri satu latihan secara maya dan lulus. Hanya untuk sukarelawan kesihatan, satu taklimat khas akan diberikan secara maya (tarikh taklimat akan diketahui dalam laman profil anda).

Lengkapkan profil anda dengan mengisikan butiran bank, butiran waris terdekat dan memuat naikan gambar profil anda.

Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan (borang-borang ini boleh didapati di dalam laman profil anda.

Kemudian anda dikehendaki untuk melaporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan berdekatan untuk menandatangi Surat Tawaran Sukarelawan dan mengambil kit sukarelawan.

Membuat pilihan tarikh, masa dan lokasi untuk bertugas. Kesesuaian dan kekosongan tarikh, masa dan lokasi akan diketahui serta-merta.

Tiga (3) hari sebelum tarikh lapor diri, anda dikehendaki untuk mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 di dalam laman profil anda

Hadir sejam lebih awal di PPV pada waktu tarikh tugas bermula (atau seperti dipersetujui oleh penyelia PPV).


Sebagai sukarelawan yang akan berkhidmat di Pusat Pemberian Vaksin, adakah saya perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan?


Tidak, Sukarelawan hanya perlu melakukan pengesahan deklarasi kesihatan di dalam laman web.


Bolehkan saya memohon surat sokongan untuk pelepasan sementara daripada tempat saya bekerja/belajar untuk menjadi sukarelawan?


Ya. Surat sokongan pelepasan boleh dikeluarkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Anda boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang terdekat dengan anda setelah anda disahkan berjaya menjadi seorang sukarelawan MyVac. Namun begitu, pelepasan daripada tempat kerja/belajar adalah dimuktamadkan oleh majikan/institusi pengajian masing-masing.


Berapakah bilangan jam yang perlu disumbang sebagai sukarelawan?


Jangka masa bertugas setiap sukarelawan adalah terbahagi kepada dua (2) sesi iaitu:


Satu Sesi: Enam (6) jam satu sesi. Sukarelawan MyVac perlu bertugas sekurang-kurangnya enam (6) jam bagi mendapat bayaran token minimum;

Dua (2) sesi: Maksimum 12 jam atau bergantung kepada waktu operasi PPV. Sekiranya terdapat PPV yang beroperasi kurang dari 12 jam, maka sukarelawan tersebut akan dianggap bertugas untuk satu hari.


Adakah ganjaran yang akan saya peroleh sewaktu menjadi sukarelawan?


Mengambil prinsip bahawa MyVac ini adalah satu program sukarelawan yang berlandaskan kepada semangat ingin melibatkan diri di dalam usaha memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin demi kesejahteraan negara, hanya bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:


RM50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV.

RM25.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.


Kami akan menyediakan kad pengenalan diri dan vest dan kepada setiap sukarelawan yang bertugas. Di akhir program PICK, kami akan mengeluarkan sijil untuk setiap sukarelawan.


Bolehkah saya memilih tarikh, jam dan lokasi untuk berkhidmat sebagai sukarelawan?


Setiap sukarelawan boleh memilih tarikh untuk bertugas. Setiap syif bertugas adalah untuk tempoh 6 jam. Pemilihan boleh dilakukan di dalam laman web setelah berjaya dipilih menjadi sukarelawan. Sukarelawan perlu bertugas sekurang kurangnya tujuh (7) hari berturut-turut.


Setiap sukarelawan boleh memilih kawasan bertugas, tetapi ia bergantung kepada kekosongan di lokasi tersebut.


Adakah terdapat kod etika tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang berkhidmat sebagai sukarelawan?


Menjaga nama baik Sukarelawan MyVac, mematuhi segala arahan dan Operasi Standard Prosedur (SOP) yang ditetapkan. Para sukarelawan juga tidak dibenarkan untuk bercakap dengan pihak media tanpa kebenaran daripada penyelia masing-masing di PPV.


Adakah saya perlu menghadiri latihan sukarelawan?


Latihan sukarelawan akan diberikan secara maya. Kesemua sukarelawan haruslah menghabiskan kesemua modul yang diberikan dan juga lulus kuiz yang termaklum dalam semua modul.


Sebagai sukarelawan yang akan berkhidmat di Pusat Pemberian Vaksin, adakah saya boleh memohon untuk mendapatkan vaksin lebih awal?


Tidak. Suntikan vaksin akan diberikan mengikut fasa yang telah ditetapkan.


Bilakah tarikh tutup untuk menghantar permohonan sebagai sukarelawan?


Buat waktu ini, tiada tarikh tutup yang ditetapkan untuk mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac. Anda boleh mendaftar melalui link www.myvac.com.my. Bagaimanapun, kekosongan untuk menjadi sukarelawan adalah bergantung kepada keperluan di PPV. Sekiranya bilangan sukarelawan di setiap PPV adalah mencukupi, anda akan diletakkan di dalam senarai simpanan dan akan dimaklumkan kelak sekiranya ada kekosongan di PPV.


Sumber: 

Post a Comment

3 Comments

  1. satu pekerjaan sukarela tapi dapat gaji. bagus ni

    ReplyDelete
  2. Sukarela apa nama, nama aku tak pepasal up pergi jadi "sukarela" walhal aku tak mintak. Aku buat bodoh-bodoh je la. Tak larat nak kerja dari pagi sampai malam, umur pun dah dekat 50. KKM sepatutnya "cari orang" dulu baru buat PPV banyak mana berdasarkan kepada input "manpower". Ini tidak, orang tak cukup, lepas tu pergi letakkan nama orang yang tak mohon. itu paksa buka rela!

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p