Pernahkah ke korang terpikir nak berhenti kerja, nak jadi penternak ke? bela ikan ke? atau menanam sayur sayuran ke. Ramai sekarang balik kampung ada yang tanam sayur, bela ikan, dan ada gak yang menternak binatang seperti lembu, kambing, rusa, ayam.Aku sendiri bela ikan keli, tilapia, dengan patin dan juga ternak ayam penelur. Harini aku nak cerita sikit mengenai bela ayam penelur jenis Lohman Brown.
Kalau korang terpikir nak bela ayam penelur untuk makan sendiri atau bisnes kecil kecilan artikel ni memang sesuai untuk korang. Aku akan terangkan secara lengkap tentang bela ayam Lohman Brown ni mengikut Real Pengalaman aku sendiri selama hampir 2 Tahun NI.Korang boleh tengok kos dan keuntungan agak agak berbaloi ke tak.
JOM TENGOK VIDEO DEKAT BAWAH NI.
Sebelum tu kita perlu tau apa Itu Ayam Lohman Brown?
Ayam Lohmann Brown ialah baka ayam penelur yang berasal dari Jerman dan sangat terkenal dalam industri telur. Ayam ini dipilih kerana:
* Cepat bertelur
* Pengeluaran telur tinggi
* Telur bersaiz besar
* Kurang agresif
* Mudah dijaga
* Sesuai untuk penternak kecil dan besar
Kenapa Ramai Pilih Ayam Lohman Brown?
1. Pengeluaran Telur Sangat Tinggi
Inilah sebab utama orang bela baka ini. Ayam ini memang fokus kepada penghasilan telur, bukan daging.
Kalau korang bela 100 ekor:
* Anggaran 80–95 biji telur sehari
* Sebulan boleh cecah lebih 2500 biji telur
2. Cepat Mula Bertelur
Biasanya ayam Lohman Brown mula bertelur pada umur:
* 18 hingga 22 minggu
Ini lebih cepat berbanding sesetengah baka lain.
3. Jimat Makanan
Ayam ini tidak makan terlalu banyak tetapi hasil telur tinggi.
Purata makanan:
* 110g hingga 120g sehari seekor
Kalau formula makanan betul, memang boleh untung.
Berbaloi Ke Bela Ayam Penelur?Topik paling best dekat sini.
Jawapan dia jom kita sama2 kira.
Modal Permulaan Bela Ayam Lohman Brown
50 Ekor
Anak Ayam Usia 2 Minggu - RM9.50 X 50 = RM475.00
Reban +- RM300.00 (Buat Sendiri)
Bekas Makanan Air & Makan : RM50.00
Makanan / Dedak Biasa 4 Bulan Sebelum Ayam Bertelur
RM150.00 X 4 Guni (Sebulan Untuk Seguni) = RM 600.00
Total Cost Sebelum Ayam dapat Hasil = RM1425.00
Kos Pengurusan Ayam
Vitamin + EM4 (Untuk kurangkan bau busuk + Air Minum Ayam) ni biasa aku guna RM50.00/Bulan atau kadang kadang berbulan tak guna pon.
Jom Kita kira pulak anggaran pendapatan / kos makanan / dengan kos pengurusan setiap bulan.
Anggaran Makan 120gram/Hari Untuk Seekor Ayam = x 50 ekor = 6000g / 6KG sehari
Harga Dedak RM138.00 / 50KG (ni tempat aku ye ) so bersamaam RM2.76/kg / RM0.276/100gram
Anggaran Ayam Bertelur setiap Hari 50% atau 25 ekor sehari bersamaan 25biji telur.
Anggaran Makanan 6KG X 30 HARI = 180KG ( Anggaran 4 Guni) RM2.76 x 180kg = RM496.80 sebulan kos makanan ayam.
Harga telur Ayam RM10.00 / 30 Biji = +- RM0.34/Biji (ni harga jual dekat kampung orang kampung beli dengan pasaraya pon harga murah sekarang.
Jadi target 25biji sehari x 30 hari = 750Biji x RM0.34 = RM255.00
Kos RM496.80 - Pendapatan RM255.00 = RM241.80 (Kos Kerugian)
This is Reality = KERUGIAN
Ya ni apa yang aku lalui is Real pengalaman. Apa aku buat pada ayam tu? sekarang aku dah kurangkan tinggal 20 ekor dengan anggaran dedak seguni sebulan + ketum ayam dan azola (tumbuhan air) aku campur dengan dedak. boleh lah cover sedikit tapi masih tidak untung, bela cuma untuk makan telur segar. kadang kadang terlebih bayak stok ak open order dekat orang kampung.
Penutup.
Bagi aku sape yang nak bela ayam penelur pikirlah banyak kali dahulu. Tapi akalu korang pandai buat makanan sendiri aku rasa baik teruskan niat korang nak jadi penternak tu.
Kalau ada pakar yang baca harap komen share idea, pandangan dan ilmu agar dapat dikongsi bersama. next aku nak cerita bela ikan keli pulak.




0 Comments
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p