http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

MEMOTONG KUKU ll HUKUM,HIKMAH,CARA,Q&A.

By 1:32:00 PM

Assalamualaikum~!

Alhamdulillah. Harini hari Jumaat, penghulu segala hari. :)

Harini nak share pasal amalan memotong kuku. Nampak macam remeh kan potong kuku ni. Ada apa sangat lah dengan kuku ni kan. 

Tapi cuba bayangkan kita kuku panjang, air wuduk tak dapat menembusi ke kulit dah dikira tak sah wuduk. Haaa acano kalau macamtu?

Ni nak share niiiii~~


MEMOTONG KUKU ADALAH AMALAN SUNAT.

Hal ini disebut dalam hadis iaitu daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya 
 “Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah (sunnah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak). Berkata Zakaria “Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur”  -riwayat Muslim.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang bermaksud 
“Sudah ditentukan waktu bagi kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam”  -riwayat Muslim

Menurut Imam Shafie
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.





HARI MEMOTONG KUKU&HIKMAHNYA.

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penykit

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT


p/s: Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.  


SOALAN LAZIM YANG DITANYA(Q&A).
 
Q: Ustaz, apa hukum potong kuku pada waktu malam ?

A: Asal hukumnya makruh pasal gelap. Kalau tidak percaya, malam ini cuba kamu tutup lampu dan potong kuku. Menjeritlah kamu nanti. Tapi disebabkan keadaan sekarang tidak macam dulu lagi, sudah cerah ada lampu,hukum makruh itu gugur.
-Ustaz Azhar Idrus


Q: Apakah kita dibolehkan mengerat kuku atau rambut semasa dalam keadaan berhadas besar (janabah/haid)?

A: Menurut jumhur ulamak mengerat kuku dan memotong rambut ketika seseorang wanita sedang mengalami haid adalah diharuskan dan tidak dilarang, kerana tidak didapati dalil dari Al-Quran mahupun dari Al-Hadis yang melarang berbuat demikian. Demikian yang disebut di dalam kitab Al-Fiqh Al-Wadih. Bagaimanapun menyimpannya lalu dibawa bersama ketika mandi junub adalah lebih baik.
 

Al-Imam Al-Ghazali dari kalangan fuqahak Asy-Syafi'i menghukumkan makruh memotong kuku dan mengerat rambut ketika sesesorang perempuan itu sedang didatangi haid, atas alasan anggota yang dibuang itu akan disoal oleh Allah SWT pada hari Kiamat nanti. kerana itu amat wajar sekiranya ia kembali kepada Allah dalam keadaan bersih.  
-halaqah.net


Q: Apakah hukum menyimpan kuku panjang?

A: Sunat potong kuku lebih rendah dari jari. Harus simpan kuku di paras jari. Lebih dari jari, makruh. Panjang macam orang kafir(panjang yang melampau), haram.
-Ustaz Azhar Idrus.

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.