http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

BLACK CANYON di Palm Mall,Seremban

By 10:00:00 AM ,

BLACK CANYON di Palm Mall,Seremban


Lokasi Black Canyon : Palm Mall Seremban, Lot G 37 (Tel 06765 6160)


Al-kisah, ada sorang budak tu balik mengejut petang semalam. Lepastu malamnya mengajak saya, umi dan abi pergi makan dan tengok wayang. Dia belanja makan. Saya belanja wayang. Hehehe.

Pusing-pusing-pusing-pusingggg kat Palm Mall cari restoran yang ada nasi especially dan nampak sedap. Harga tu belakangg kira sikit sebab ada orang nak belanja :p

Dah berapa kali naik turun eskalator, baru lah jumpa yang berkenan di hati. Tempat yang kami sudi makan malam di sana ialah Black Canyon!

Bila waiter bagi buku menu tak tahu nak pilih apa. Sebab banyak sangat pilihan yang menarik hati dan nampak sangat menyelerakan woh!! Rasa nak pilih semua je haha. Nasib baik lah iman masih di dada tak order semua.

Dan setelah berfikir 2,3,5,6 dan 7 dan 8 dan 9 kali. Kami pilihh :



Chocolate Glacier RM9.95


chocolate glacier



Cookies&Cream Frappe RM8.95
cookies&cre



Hot Green Tea Latte RM7.90
hot green tea latte



Iced Lemon Tea RM5.50
iced lemon tea



Kailan Salted RM9.90
kailan salted



Salted Fish Fried Rice RM10.90
salted fish fried rice



BBQ Chicken Fried Rice RM9.90
bbq chicken fried rice



Fusili Chicken TomYam RM11.90
fusili chicken tomyam



Prawn Fried Rice RM10.90
prawn fried rice


Chocolate Glacier bagi saya paling sedappppp! Sebab rasanya memang sedap. Pekat aumm!

Kailan dengan BBQ Chicken tu saya tak rasa. Tapi kuah tomyam fusili tu memang sedap gilosssss!! Kaw kaw rasa tomyam dia. Tapi fusili yang noodle curl curl tu agak kurang sedap. Prawn fried rice yang mana makanan saya, saya bagi 4 bintang! Lagi satu bintang out sebab banyak sangat sayur kahkahh. Sayur tu saya tolakkk pergi ke pinggan umi dan abi hikhik. Tapi salad dengan sawi tu saya makan tau!


Laman Web Black Canyon: http://blackcanyon.com.my/

BLACK CANYON di Palm Mall,Seremban



So, keseluruhannya semua best dan servis layanan di situ pun tiptop. Makanan nak sampai pun takde lah lama sangat sehingga kita kena berjanggut beruban baru nak sampai kan. Ada la dalam 10-15 minit. Okay la tu kan. Masa 10-15 minit tu kita boleh manfaatkan ia dengan bergambar dan berselfie. :p

Belanja gambar satu je ni dengan abang kandung kesayangan. Satu je. Nak lelebih (lelebih bukan typo nye~) PM (personal message) eh hehehe. Sekian :)


BLACK CANYON di Palm Mall,Seremban


psssstt.. yang dah meleleh air liur tu lap eh :p




You Might Also Like

10 comments

  1. nampaknya seperti menyelerakan nih.... tetiba jadi lapar oiii....

    ReplyDelete
  2. wah tergoda pulak tekak kzaza ni..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tengok gambar makanan... hehe

    ReplyDelete
  4. apesal gambar KC goyang? hehehe...

    ReplyDelete
  5. wah..nikmatnya nampak air tu tgh panas2 ni..

    ReplyDelete
  6. Wah...tomyam...tomyam...Cik Mimie pantang nampak tomyam, bagi bermangkuk2 pun xpe..hehe :)

    ReplyDelete
  7. Bikin terliur lihat semua menu tu..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.