http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

TERSEDAK MAKSUDNYA ADA ORANG SEBUT TENTANG KITA?

By 8:29:00 PM ,

TERSEDAK MAKSUDNYA ADA ORANG SEBUT TENTANG KITA?



TERSEDAK MAKSUDNYA ADA ORANG SEBUT TENTANG KITA?



Haaa. Kalau tak tahu macam mana 'tersedak' tu, cukup dengan melihat gambar atas nun. Gitu lah muka kita bila tersedak ye. 

Bila tersedak-uhuk uhuk uhuk-semasa makan, mesti umi abi tegur. 


Siapa lah yang menyebut nama kakcik tuuu~

Aku dah pelik dah ni. Aik masalahnya sekarang ni aku sedak sebab tak minum air dengan betul. Tercepat sangat minum tu sebab tersedak. Ada kena mengena eh dengan orang sebut-sebut tentang aku?

Logik ke disebabkan ada orang sebut-sebut nama kita atau tengah berbual atau 'mengumpat' pasal kita, kita akan tersedak ketika makan atau minum?

Tak tahu la logik ke atau tidak. Betul atau salah. Sahih atau tidak. Anda-anda pernah dengar ke tidak tentang ni. Tapi tiap kali aku tersedak, umi mesti tegur 


Siapalah mengumpat kamu ni haha.

Pulak dah. Hehehe. Apa-apa jelah. Asalkan jangan tersedak hingga membawa muat sudah lah. Nauzubillah.

Alaa sama lah macam orang kata.. kalau ada orang rindu, bulu mata kita jatuh. Ada orang lain pula lagi detail. Kalau bulu mata belah kiri jatuh, tanda orang jauh rindu kita. Sebaliknya, kalau bulu mata belah kanan jatuh, ada orang dekat rindu kat kita. 

Haih macam-macam lahai. Kesahihannya, wallahu'alam. Adakah ianya sekadar kepercayaan orang Melayu atau ianya betul dan benar? Wallua'lam. Yang pasti janganlah percaya hingga melampaui kepercayaan kita pada Allah ye. :)

Sekian wassalam :)

You Might Also Like

3 comments

  1. haha tula pasal. Macam macam spekulasi yang ada dalam adat resam orang melayu. Ena memang malas nak percaya sangat semua tu.

    ReplyDelete
  2. haha..selalu sangat dengar ayat ni..sampaikan bila tersedak, diri sendiri yg cakap 'siapa sebut2 aku ni?'

    ReplyDelete
  3. bese r kepercayaan org dulu2..hihi

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.