http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

BERJAYA BANTU BLOGGER MIMINADAM BELI DOMAIN !

By 3:13:00 PM , , ,

BERJAYA BANTU BLOGGER MIMINADAM BELI DOMAIN !

Dua atau tiga hari lepas kak mimin message teringin nak buat blog domain .com dan tanya berapa hengget sebulan. Aku pun jawab lah dia bukan sebulan tapi setahun. RM35 setahun jika under NetKL. Lepastu kak mimin suruh pasangkan domain di blog dia.

Memandangkan aku dah pernah buat domain sendiri sebelum ni, aku setuju je lah walaupun tak berapa nak yakin sangat. Kelmarin aku tolong daftar di NetKL dan belikan domain untuk kak mimin.

BERJAYA BANTU BLOGGER MIMINADAM BELI DOMAIN !
www.netkl.com

Ada 4 step nak kena buat. Lepastu kena bayar RM35 + RM3 untuk pihak NetKL set up kan sekali. Memang mengalami beberapa kesukaran semasa pasang domain ni. Kita tak tahu pihak NetKL dah buat ke belum, dah terima bayaran ke belum, dah siap ke set up nya, ada apa-apa details yang dia perlukan lagi ke. Macam-macam persoalan. 

Tapi bagi saya, saya senang je. Saya email je mereka (sales@netkl.com) apa-apa kegusaran saya atau apa-apa pertanyaan. Selepas saya bayar RM35 dan RM3 tu saya tak tahu mereka terima ke tidak Jadi saya pun email kepada mereka. Lepastu mereka jawab. Lepastu ada lagi pertanyaan, saya email. Lepas tu mereka jawab. Saya sangat puji pihak NetKL kerana servis layanan mereka sangat baik dan pemasangan domain pun tidak mengambil masa yang terlalu lama jika kena pada caranya.

Kalau malas nak email, nak senang call je terus pihak NetKL. Senang je settle. InshaaAllah :)

berjaya bantu blogger miminadam beli domain
miminadam.com


Kalau ada apa-apa nak tanya berkaitan dengan pemasangan domain, boleh email kepada saya sayidahsuperb@ymail.com atau tanya saja di ruangan komen ni. 

Yang nak beli domain tu, semoga berjaya! :D

Daa~wassalam :)


You Might Also Like

14 comments

  1. dh order tp belum bayar...kc tlg bayarkan boleh tak?ahahahhaha

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada domain sendiri...in sya Allah tiba masanya boleh akak minta tolong adik ye..

    ReplyDelete
  3. mana elok, beli dari netkL ke godaddy..

    ena x pernah beli sndiri.hihi

    dengar kata go daddy buat promo harga domain x sampai rm5 pon..kat sini : http://www.aeinnamusa.com/2015/09/cara-beli-domain-murah.html


    respon di komen di blog ena ye sbb takut x perasan

    ReplyDelete
  4. beli domain sendri nampak gah ok.. hihihi

    ReplyDelete
  5. syoknye ada domain.. salam kenal..follow u back

    ReplyDelete
  6. Saya memang tengah berkira2 untuk membeli domain untuk blog terbaru saya. Banyak juga nak krna belajar ni. Sebab banyak yangbtak thu..

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  8. klu dengan saya, jimat rm3. kikikiii

    ReplyDelete
  9. nad entah bila nak beli domain sendiri..hehe

    ReplyDelete
  10. berkenaan komen sayidah di sini : http://www.aeinnamusa.com/2015/09/cara-beli-domain-murah.html?showComment=1441632068276#c802119408824811228


    servis camne tu ye?

    sorry byk tanya sbb x pernah buat sndiri..hehe

    ReplyDelete
  11. bagusnyaaa. boleh bantu bv jugak ke? hhahaha XD

    ReplyDelete
  12. Ruby pun nk psg jugak yg net kl punya nanti

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.