http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Sushi King The Mines Serdang - first time!

By 3:22:00 PM , , ,

Sushi King The Mines Serdang - first time!


Bismillahh~
Sushi King The Mines


Sushi King The Mines
Budak comel sesat posing


Haaa sushi-sushi yang ada di dalam Sushi King ni dia berjalan sendiri dekat tepi kita ni. Kita hanya ambil je mana yang berkenan di hati. Setiap plate tu ada warna dia tersendiri tau. Dan setiap warna tu ada harganya.

Plate Biru RM2
Plate Beige RM3
Plate Pink RM4
Plate Merah RM5
Plate Purple RM6
Sushi King The Mines


Sushi King The Mines


Cantik laa interior design Sushi King ni. Nampak mewah dan eksklusif. Bersih. Selesa.
Sushi King The Mines


Berjalan masuk ke dalam Sushi King dengan bergayanyaa. Haiyak~
Sushi King The Mines

Haaa order pesanan kat sini je. Tekan tekan je. Touch screen gitu.Tak payah ada waiter nak ambil pesanan. Jakun juga aku yang first time datang sini ni ha haha. Cara nak order dia, tekan ruangan My Cart di tepi kanan tu dulu. Lepastu baru pilih nak makan apa. Mudah je. Semudah alif ba ta.
Sushi King The Mines


Ini lah satu-satunya yang aku suka dan boleh telan setelan-telannya dan juga murah hahaha. Ringan je rasa dia. Untuk orang yang sangat tekak Melayu macam aku, boleh la telan sushi jenis ni. Plate dia warna beige. So, harganya RM3!
Sushi King The Mines


Sushi King The Mines


Ni nama dia Golden Ball. Haa kemain nama dia kan. Golden Ball ni antara best seller dekat Sushi King ni. Dalam dia telur. Atas tu ala-ala sayur mayonis. Luar dia rangup (bergoreng). Ni pun boleh tahan laa rasa dia. Tapi muak la sebab dia telur kan hehe. Aku telan separuh tu je.
Sushi King The Mines


Haaaa ni lagi satu aku suka! Bento Set nama dia. Serius la sedap benda ni. Ada nasi, ayam 3 ketul, ikan 2 ketul, sayur sikit. *sorry gambar gegar sebab tengah tak sabar nak makan bento set ni hahahah*
Sushi King The Mines


Minah comel ni posing lagi hahaha. Haa depan dia tu ada teh hijau ais. Tapi tu bukan sebarang teh. Tu teh hijau Jepun (Japanese Green Tea). Teh hijau Jepun tanpa gula. Nasib baik ada ais. Rasa dia boleh telan lagi. Sedap la juga. Tapi kawan-kawan aku ramai tak suka teh hijau Jepun ni maka mereka order air lain. Hehehe.
Sushi King The Mines


Dia sorang je order benda lain. Namanya gyudon. Yang lain semua order Bento. Tak sempat nak rasa dia punya, gyudon dah habis dah! Haha. Katanya dia dah offer kat aku mula-mula tadi tapi aku yang tak perasan. Cis.
Sushi King The Mines



Ni pula atas dia sotong. Aku rasa sikit yang ni. Boleh laa tahan rasa dia. Boleh ditelan.
Sushi King The Mines

Geng makan Sushi King kat The Mines - Q Nana Zana MiraBidin. DONE! 
Sushi King The Mines



So, keseluruhan nyaaaa~ aku tak berapa nak gemar dengan sushi dia tapi aku boleh telan set Bento tadi tu hehe. Seriuss tak boleh nak telan sushi sebab memang jiwa, tekak, perut aku sangat ke-Melayu-an. Hahaha. Tapi, kawan-kawan yang minat Sushi King ni ramai je. 

Depends kat orang tu sendiri. So, kena rasa sendiri Sushi King ni. Baru boleh komen. Lain orang, lain tastebud :D

Sedikit info tentang Sushi King The Mines di bawah.
  
Lokasi : Sushi King The Mines, Mines Shopping Fair Lot L1-FM1, Level 1 Jalan Dulang, Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Masa operasi Sushi King The Mines Serdang : 10AM-10PM

Laman web rasmi Sushi King : http://www.sushi-king.com/


Tak rugi pun nak cuba Sushi King ni sebenarnya. Berbaloi je pun nak pergi. Tapi kalau rasa tekak tu tekak Melayu, ermm tak payah kot pergi Sushi King ni haha.

Okay daa~wassalam :)


You Might Also Like

12 comments

  1. menarik pula cara order tu. xtau plak skrg leh order terus cmtu je. tq info

    ReplyDelete
  2. ok , yana sendiri tak pernah masuk tempat sushi sushi ni, tak rasa nak masuk pun sebab otak ni pikir memacam, btw green teh makan sodap!

    ReplyDelete
  3. cuma nak komen.. ermmm.. ermmm...

    "tak caya lah KC pandai makan guna chopstick....!! weekkk...." hehehehehe..

    by the way, nice review KC.. banyak gambar and tak membebel panjang.. hehehehee.. :) kak ain pun tak pandai sangat nak komen post orang, janji UV ribu-riban tu ok lah tu... hihihihiii.. cayang KC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi. UV ribu riban tu. Banyaknya. Boleh buat beli henbeg Coach satuuu ! Tehehe :p

      Delete
  4. KC ada sotong melkat kat gigi...hahahahaha larikkkkk next time leh pi Shogun2u kat One Utama..best woooo

    ReplyDelete
  5. Ena suka sushi king.. Sedappp tapi tak boleh makan selalu sebab harga dia mahal juga

    ReplyDelete
  6. Rasanya akak pun macam adik kot..hehe..tekak melayu..eh salah..tekak jawa akak ni..tapi boleh cuba..tak cuba tak tahukan..

    ReplyDelete
  7. Ai is melayu tulen yang hanya boleh telan sushi murah cap Aeon je. Uhuk uhuk T_T

    ReplyDelete
  8. Saya pun dulu tak boleh telan sushi tapi bila try betul betul pehh selalu 'mengidam' dah sekarang hahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.