9 Mac 2016 Berlakunya Gerhana Matahari! - sayidahnapisahdotcom 9 Mac 2016 Berlakunya Gerhana Matahari!
LightBlog

9 Mac 2016 Berlakunya Gerhana Matahari!

9 Mac 2016 Berlakunya Gerhana Matahari!

Tidak asing lagi info yang mengatakan bahawa esok 9 Mac 2016 akan terjadinya fenomena Gerhana Matahari! Di Universiti Putra Malaysia (UPM), Physics Club's Astronomy Interest Group mengajak semua pelajar UPM untuk turut sama menyaksikan gerhana matahari yang jarang-jarang berlaku di bumi ni. Tempat event ini diadakan di padang sebelah Fakulti Ekologi. Wahhh macam seronokkk jeee macam seronok je. Macam nak joinnn tapiii tapii event ni start pukul 7.24 pagi hahahaha. Dan mungkin gerhana matahari esok ni dijangka akan berlaku pada pukul 8.24 pagi dan akan berakhir pada 9:31 pagi.

9 Mac 2016 Berlakunya Gerhana Matahari
Event menyaksikan Gerhana Matahari di UPM, Serdang

Saya tak pernah sebenarnya menyaksikan fenomena hebat ni, tak pernah sekali seumur hidup menyaksikan dengan kedua bijik mata sendiri gerhana matahari berlaku. Memang teringin tapi tu lah. Nak pergi ke fakulti ekologi tu kena tunggu bas semua hehe memang malas le kan. Jadi, saya solat sunat gerhana matahari dekat bilik je lah. Nasib baik esok pagi tak ada kelas. Boleh laa solat sunat dengan tenangnya kat kolej.

Haaa tahu tak kaifiat/tatacara solat sunat gerhana matahari ni? 
Saya pun tak pernah buat sebenarnya. Tapi disebabkan Ustaz Don kata solat gerhana matahari ni ialah sunat mu'akkad (sunat yang dituntut) kerana Ibnu Abbas pernah meriwayatkan Nabi pernah solat gerhana matahari berjemaah dengan mereka. Makanyaaaa, jom kita tanamkan azam untuk solat kusuf ni. 

**kusuf=matahari

9 Mac 2016 Berlakunya Gerhana Matahari
Solat Gerhana Matahari - Solat Kusuf

Cara Melakukan Solat Sunat Gerhana Matahari/Solat Kusuf

1) Lafaz niat Solat Gerhana Matahari

Ertinya : Aku niat solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala

lafaz niat solat sunat gerhana matahari dan bulan

2) Takbiratul ihram

3) Membaca doa iftitah

4) Membaca Ta'awudz ('auzubillahiminasyyaitonirrajim)

5) Membaca surah Al-Fatihah

6) Membaca mana-mana surah (lebih afdhal surah yang panajng seperti Al-Baqarah)

7) Rukuk dan membaca tasbih

8) Iktidal (bangkit dari rukuk). Selepas iktidal jangan terus sujud tapi baca surah Al-Fatihah dan mana-mana surah (lebih afdhal surah Ali-Imran)

9) Rukuk (rukuk kali kedua) dan membaca tasbih

10) Iktidal

11) Sujud dan bertasbih

12) Duduk antara dua sujud

13) Sujud kembali

14) Berdiri ke rakaat kedua. **rakaat kedua sama seperti rakaat pertama cuma hanya bacaan dan gerakannya lebih singkat. 

15) Memberi salam

9 Mac 2016 Berlakunya Gerhana Matahari
Perjalanan fenomena Gerhana Matahari


Catatan :

  • Apabila gerhana masih berlangsung setelah solat selesai, maka hendaklah berzikir dan berdoa sampai gerhana berakhir, dan tidak mengulang solat.      
  • Apabila gerhana selesai dan dia masih solat hendaklah dia sempurnakan solatnya dengan khafifah (dipercepat),jangan berhenti solat begitu saja.
  • Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( Assolatu jami'ah)
  • Sunat menyaringkan suara pada bacaan, Al-Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari
  • Disunatkan mandi untuk solat sunat gerhana, seperti hendak solat Jumaat

Persoalan : Boleh ke kalau solat sunat gerhana matahari secara perseorangan?

Jawapan : Boleh. Kalau berjemaah, sunat ada 2 khutbah. Tapi kalau berjemaah sesama wanita tak perlu khutbah.

Info sumber dari : Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang


Entri AGAMA menarik yang lain :

Solat Isyak Sunat Dilewatkan?
38 Kesilapan Umum Di Sekitar Solat
Solat Sambil Mendukung Bayi

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p