http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

"kalau jumpa telur lipas, pecahkan dia"

By 12:17:00 PM

Ahli keluarga saya semua tahu saya ni takut lipas. Ye sangat! Binatang yang paling saya anti adalah lipas. Saya pernah menangis hanya disebabkan lipas ni. Sebab umi abi suruh saya bunuh sendiri lipas dalam bilik time tu. Huwaaaaaaa! How could abi umi membiarkan anak bongsu mereka yang comel ni dalam ketakutan menangis teresak-esak terpaksa kejar seekor lipas untuk membunuh lipas tersebut. Tapi tu time saya kecil la. Dah besar ni, kalau nampak lipas saya terus lari zuppp! Hhahaha. Pastu mengadu kat umi abi ada lipas. Pastu umi la yang bereskan. Saya beri sokongan dari jauh je haha. Haihhhh nampaknya kena cari suami yang tak takut lipas la ni.

Sejak dua bulan lepas, macam makin banyak pula lipas dalam rumah saya tau. Pelik nau. Then, haritu umi panggil saya ke dapur. Saya pun menurut jela menonong ke dapur. "Kenapa umi?" "Haa kakcik, kalau kakcik jumpa benda ni (telur lipas), pecahkan dia" Sambil tu, umi demo macam mana nak pecahkan telur lipas. Bukan guna tangan tau pecahkan telur lipas tu euwww, tapi guna la apa-apa lapik. Surat khabar ke, plastik ke or so whatever. Pastikan telur tu pecah dan keluar cecair sikit. Maksudnya nyawa lipas dalam tu dah mati.


"kalau jumpa telur lipas, pecahkan dia"
telur lipas
credit foto: Amir Aiman Akashah
Gambar atas ni saya search di Google. Dan saya sangat menyesal sebab tak tangkap gambar telur lipas sendiri di rumah saya ni hahaha. Bila search je 'telur lipas' di Google Images, ohmaiiiiiii! Eeeii keluar la segala benda yang ada kaitan dengan lipas. Terus rasa nak termuntah haha. Cepat-cepat save image telur lipas yang berkenan.

Tapi kan, walaupun saya takut lipas, saya tak takut dengan anak lipas. Sebab apa? Sebab anak lipas tu kecil je kot haha. Lagi satu, dia tak boleh nak terbang merata seperti lipas besar. Sebab utama saya takut lipas besar adalah : satu, dia boleh terbang (nanti dia attack saya dari atas atau belakang macam mana? dia masuk dalam telinga saya macam mana? dia masuk dalam baju saya macam mana? huwaaaaa!). kedua, bila dia terbang, dia ada keluar bunyi. ketiga, saya geli. Hahaha. 

So, kalau anak lipas kan kecil, tak boleh terbang..berani lah saya nak bunuh dia. Tapi, kalau lipas besar, minta maaf le. Saya teruss lari. Selamatkan diri.

You Might Also Like

5 comments

  1. yalah..takut lipas apa lagi cicak.lagi takut.(^_^)

    ReplyDelete
  2. ok. 1 telur lipas ada berapa anak? hehehe.

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
  3. merembak tengok telur lipas ... memang x blh tgk bnda2 mcm ni

    ReplyDelete
  4. uuu anis pulak jumpa 3 telor lipas ni dlm almari baju , mentang2 la 4 bulan takdak kat rumah -.-

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.