LIRIK LAGU OST FILEM DESOLASI : BUKAN PROPAGANDA - SYAMSUL YUSOF & MAWI

by - December 07, 2016
Malam semalam kebetulan teralih ke channel Astro Ria ada rancangan MeleTop. Tengok ada Syamsul Yusof. Terus berhenti dari alih ke channel lain. Pelik sebab ada Syamsul Yusof, "eh buat apa kat Meletop ni?". Lepastu tengok sebelah Syamsul Yusof ada heroin Cinta 11 Syarat - Bella Dally (isteri Nazim Othman). Rupa-rupanya mereka tengah promote filem terbaru lakonan mereka yang bakal keluar di panggung wayang 8 Disember 2016. Filem Desolasi. Wow! Tengok poster Desolasi yang Syamsul Yusof tengah pegang masa tu pun rasa macam besttt je filem tu. Oh kalau nak tahu, pengarah filem Desolasi ni adalah arahan adik Syamsul sendiri iaitu Syafiq Yusof. Okay la nanti saya cerita sinopsis Desolasi pada next entri ye, sekarang jom cerita tentang Lirik Lagu Ost Filem Desolasi : Bukan Propaganda nyanyian Syamsul Yusof dan Mawi. Wah wah sebelum ni lagu OST Filem Munafik Syamsul dan Mawi juga, kalini OST Filem Desolasi Bukan Propaganda pun gandingan mereka. Yang pasti, gandingan mereka berdua ni dalam sesuatu lagu memang best dan torrbaek!

LIRIK LAGU OST FILEM DESOLASI : BUKAN PROPAGANDA - SYAMSUL YUSOF & MAWI

LIRIK LAGU OST FILEM DESOLASI : BUKAN PROPAGANDA - SYAMSUL YUSOF & MAWI
LIRIK LAGU OST FILEM DESOLASI : BUKAN PROPAGANDA - SYAMSUL YUSOF & MAWI
credit image: youtube.com


LIRIK LAGU OST FILEM DESOLASI : BUKAN PROPAGANDA - SYAMSUL YUSOF & MAWI
LIRIK LAGU OST FILEM DESOLASI : BUKAN PROPAGANDA - SYAMSUL YUSOF & MAWI

Lirik lagu Ost Filem Desolasi : Bukan Propaganda 

Ramai manusia yang tersilap sangka,

Ketenangan hidup hadir dari harta,

Harta kuasa bukan segalanya,

Harta kuasa tidak semestinya,

Insan bahagia tenang jiwanya,

Tolonglah oh Tuhanku.


Yeah tiada jalan mudah ke Jannah

Kerana Jannah itu bukannya murah 
(Bukannya murah)

Yes! 

Mampukah kau menjadi seperti Siti Khadijah

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah



Dia yang Maha Esa

(Dengarkan aku berbicara)

Bicara tentang kita dan Maha Kuasa

(Bukan propaganda pasal dunia)

(Hah,Sampai bila?)

Wahai manusia berbaloikah ini semua?

(Sampai bila aku tanya hey?)

Selagi namanya dunia 

engkau takkan ke mana..

Takkan kemana yeah 

Hidupmu pastikan kecewa jika kau bergantung harap pada manusia,

Kawanmu boleh ‘blah-blah-blah’

Bestfriendmu boleh ‘blah-blah-blah’

Tapi Dia,Ya Dia..

Takkan tinggalkan kita 

Bergantung haraplah pada-Nya



Ramai manusia yang tersilap sangka (Jangan pernah kau lupa)

Ketenangan hidup hadir dari harta (Tanamkan dalam jiwa)

Harta kuasa bukan segalanya,

Harta kuasa tidak semestinya,

Insan bahagia, tenang jiwanya,

Tolonglah oh Tuhanku.


Miskin kaya, miskin kaya,

Aku kamu sama saja,

Aku kamu hanya hamba,

Tiada apa nak dibangga.

Sedihnya bila dunia menilai kejayaan insan,

Dari sudut pangkat dan harta..Kau sedarlah!

Dia Yang Maha Esa

(Dengarkan aku berbicara)

Bicara tentang kita dan Maha Kuasa

(Bukan propaganda pasal dunia.Hah,sampai bila?)

Wahai manusia berbaloikah ini semua?

(Sampai bila aku Tanya hey?)

Selagi namanya dunia engkau takkan ke mana.


Hidup ini bagaikan penjara,

Pada mereka yang mencari makna hamba,

Sebenarnya kadang-kadang aku lupa, aku leka, terkesima, kerana apa huh?

Konspirasi, kontroversi, 

Aku benci illuminati.


Ramai manusia yang tersilap sangka (Jangan pernah kau lupa)

Ketenangan hidup hadir dari harta (Tanamkan dalam jiwa)

Harta kuasa bukan segalanya

Harta kuasa tidak semestinya

Insan bahagia tenang jiwanya

Tolonglah oh Tuhanku.




(Ini bukan lagu propaganda)

Kekejaman dunia manusia sering buta

(Betapa ramai yang menderita)

Mengapa hati mudah tertipu dengan agenda-agenda?

(Kerana kau terlalu cinta dunia)

Tanyakan pada dirimu, apakah harta kamu akan menyelamatkan mu?

Yeah satu perkara aku mahu cerita 

(Apa cerita?)

Sememangnya di dunia,

Engkau tidak akan nampak siapakah yang bakal pergi ke syurga,

Tapi kau kan nampak siapakah yang benar-benar mencuba.


Ramai manusia yang tersilap sangka (Jangan pernah kau lupa)

Ketenangan hidup hadir dari harta (Tanamkan dalam jiwa)

Harta kuasa bukan segalanya

Harta kuasa tidak semestinya

Insan bahagia tenang jiwanya

Tolonglah oh Tuhanku.


Ramai manusia yang tersilap sangka (Jangan pernah kau lupa)

Ketenangan hidup hadir dari harta (Tanamkan dalam jiwa)

Harta kuasa bukan segalanya

Harta kuasa tidak semestinya

Insan bahagia tenang jiwanya

Tolonglah oh Tuhanku.

Artis: Syamsul Yusof & Mawi
Komposer : Syamsul Yusof  (Arteffects Production)
Lirik : Syamsul Yusof  (Arteffects Production)
Penerbit: Hafiz Hamidun
Pengarah MV : Syafiq Yusof

LIRIK LAGU OST FILEM DESOLASI : BUKAN PROPAGANDA - SYAMSUL YUSOF & MAWI
LIRIK LAGU OST FILEM DESOLASI : BUKAN PROPAGANDA - SYAMSUL YUSOF & MAWI
Amacam? Best tak lagu ni? Mungkin saya bandingkan dengan lagu Munafik time first time dengar lagu Bukan Propaganda ni. So, rasa macam biasa-biasa je. Tapi kali kedua saya dengar, saya tengok sekali lirik lagu Bukan Propaganda ni. Perghhhhh! Lain 'feel' dia tau bila dengar lagu ni tanpa tengok lirik dengan tengok lirik. I mean bila kita tahu bait-bait lirik lagu Bukan Propaganda, kita akan lebih menghayati.

Saya dah download dah pun lagu ni di YouTube. So, saya dah banyak kali dengar lagu ni. Memang minat habis lah dengan lagu ni. Dah repeat berapa kali entah. Sampai dah boleh ikut rap Syamsul Yusof hahha. #kauhado

Tapi, part lirik lagu ni yang paling menusuk tersusuk ke dalam hati saya:

Sememangnya di dunia,

Engkau tidak akan nampak siapakah yang bakal pergi ke syurga,

Tapi kau akan nampak siapakah yang benar-benar mencuba.

Part lirik lagu yang paling catchy bagi saya:

Kawanmu boleh 'blah-blah-blah'

Bestfriendmu boleh 'blah-blah-blah'

Sebenarnya kadang-kadang aku lupa, aku leka, terkesima, 

kerana apa huh?

Konspirasi, kontroversi.

Aku benci iluminati.

Secara keseluruhannnnya, saya beri 5 per 5 bintang lagu ni! Lirik, melodi lagu, penghayatan penyanyi semua cukup. Best! 

Apa pendapat korang pula? :)

You May Also Like

1 comments

  1. Stylo lah cerita ni ,memang lain dari yg lain, tak sabar nk tengok nanti...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p