RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap - sayidahnapisahdotcom RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap
LightBlog

RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Sebelum ni saya ada buat entri tentang RPK dan RSM JPJ, tapi saya nak buat lagi sekali entri RPK dan RSM JPJ dengan lebih lengkap, kemas, mudah dihafal dan diingati oleh mereka yang nak menghadapi ujian JPJ. Jom baca!

RPK dan RSM JPJ: cara mudah ingat dan keterangan lengkap

kereta axia jpj
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap 
credit image: belajarmemandu.wordpress.com
RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)

RPK ni ada empat bahagian. Mulakan dari depan kereta, kemudian kanan, kemudian belakang, kemudian bahagian kiri kereta. Make sure ikut turutan tu untuk mudah ingat. Dan lagi satu! Jangan lupa semasa terangkan komponen-komponen RPK, sila sentuh dan pandang apa yang kita terangkan tu. Kalau tengah terangkan tentang tayar, make sure kita sentuh dan pandang tayar tu.

axia jpj
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap 
1. Bahagian hadapan kenderaan

a. Cermin - "CERMIN HADAPAN dalam keadaan baik/retak"
b. Bonet - "BONET HADAPAN dalam keadaan baik/kemek"
c. Lampu - "LAMPU HADAPAN KANAN&KIRI dalam keadaan baik/pecah"
d. Lampu isyarat - "LAMPU ISYARAT HADAPAN KANAN&KIRI dalam keadaan baik/pecah"
e. No. plat pendaftaran - "NOMBOR PLAT PENDAFTARAN HADAPAN XXX1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah"
f. Bumper - "BUMPER HADAPAN dalam keadaan baik/pecah"

2. Sisi kanan kenderaan

a. Tayar hadapan - "TAYAR HADAPAN KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
b. Lampu isyarat sisi & cermin sisi - "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KANAN dalam keadaan baik"
c. Cermin pintu hadapan & belakang - "CERMIN PINTU HADAPAN & BELAKANG, KANAN dalam keadaan baik"

*buka pintu hadapan (pemandu) dan tarik tuil bonet hadapan, boot belakang
*tutup pintu

d. Tayar belakang - "TAYAR BELAKANG KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"

3. Bahagian belakang kenderaan

a. Cermin - "CERMIN BELAKANG dalam keadaan baik"
b. Lampu brek ke tiga, lampu brek & lampu belakang - "LAMPU BREK KE TIGA, LAMPU BREK & LAMPU BELAKANG KANAN&KIRI dalam keadaan baik"
c. Lampu isyarat - "LAMPU ISYARAT BELAKANG KANAN&KIRI dalam keadaan baik"
d. Bonet - "BONET BELAKANG dalam keadaan baik" (merujuk kepada penutup boot)
e. No. plat pendaftaran - "NOMBOR PLAT PENDAFTARAN BELAKANG XXX1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah"
f. Bumper - "BUMPER BELAKANG dalam keadaan baik/pecah"

*BUKA BONET (PEMERIKSAAN RUANG BOOT)

g. "Dilengkapi dengan SEGITIGA AMARAN"
h. "Dilengkapi dengan TAYAR GANTIAN, tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
i. "Dilengkapi dengan TOOLS - spana pembuka tayar / pemutar jek / jek / jumper"

*TUTUP BONET

4. Sisi Kiri Kenderaan

a. Tayar belakang - "TAYAR BELAKANG KIRI tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
b. Cermin pintu hadapan & belakang - "CERMIN PINTU HADAPAN & BELAKANG, KIRI dalam keadaan baik"
c. Lampu isyarat sisi & cermin sisi - "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KIRI dalam keadaan baik"
d. Tayar hadapan - "TAYAR HADAPAN KIRI tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"

(optional) Tempoh sah cukai jalan - "cukai jalan masih sah tempoh sehingga XX/XX/XX"

5. Bahagian hadapan kenderaan (ruang enjin)

*BUKA BONET (PEMERIKSAAN RUANGAN ENJIN)

ruang enjin kereta viva
pemeriksaan ruang bonet/enjin perodua viva
a. Bateri

+ "BATERI SEL BASAH dalam keadaan baik" , (buka salah satu penutup) - "paras air bateri/ elektrolit mencukupi/tidak mencukupi" (ada tanda min/max)
+ "BATERI SEL KERING dalam keadaan baik", (jika ada penunjuk) - "warna penunjuk berwarna hijau/hitam/putih, bateri dalam keadaan baik/perlu dicaj"

**apa beza bateri sel basah dan sel kering?

sel basah

  • ada penutup kat atas. 
  • ada aras elektrolit (air), ada min/max

sel kering

  • tak ada penutup. dia rata je di bahagian bateri tu. 
  • ada indikator warna (optional).

b. (buka penutup) "Paras AIR TANGKI SIMPANAN RADIATOR mencukupi/tidak mencukupi"
**kalau mencukupi - air di aras maksimum

air tangki simpanan radiator
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap 
c. (buka penutup) "Paras AIR TANGKI RADIATOR mencukupi/tidak mencukupi"

air tangki radiator
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap 
d. (picit hos) "HOS AIR dalam keadaan baik/retak"
**bentuk hos macam paip hitam

hos kereta
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap 
e. (cabut dipstick yang panjang hitam tu, bersihkan dengan tisu, masukkan semula, cabut semula) "Paras MINYAK PELINCIR/ENJIN mencukupi/tidak mencukupi"

**WAJIB sediakan tisu awal-awal atau kalau ada tisu disediakan di tempat RPK tu, ambil je kat situ.

f. (tekan ke bawah) "TALI SAWAT dalam keadaan baik/terlalu tegang/terlalu kendur"

g. (jika ada)(buka penutup) "Paras MINYAK STEERING mencukupi/tidak mencukupi"

h. (buka penutup) "Paras CECAIR BREK mencukupi.tidak mencukupi"

i. (buka penutup) "AIR WIPER mencukupi/tidak mencukupi"

*TUTUP BONET

Macam kalau saya time JPJ test haritu, RPK dilakukan sebelum RSM. Time RPK tu, bonet ruangan enjin dan boot memang dah tersedia buka. So, saya buat pemeriksaan ruang enjin sejurus selepas menerangkan komponen/item bahagian hadapan kenderaan (No.1). 

Maksudnya... kebiasaannya kan saya dilatih untuk ikut turutan mula-mula bahagian hadapan > kanan > belakang > kiri > ruangan enjin. Tapi time rpk jpj ni, dia ikut turutan : bahagian hadapan > ruangan enjin > kanan > belakang > kiri. Mungkin pihak pemeriksa nak mudahkan kerja kita dan kerja mereka.

Tapi! Apa-apa pun tengok lah orang sebelum kita dia buat macam mana. So that kita pun boleh ikut turutan dia macam mana hehe.

Nota:
1) Time saya test JPJ haritu, kereta viva digunakan semasa RPK. Kereta kancil/kereta viva pula digunakan semasa ujian di litar. Manakala, kereta axia digunakan semasa ujian di jalan raya.
2) Klac (cekam) bagi kereta viva dan kereta kancil lama memang tinggi. Saya haritu ujian JPJ dapat kereta kancil di dalam litar, saya dah lepaskan banyak klac pun kereta still tak gerak-gerak. So, kena lepaskan banyak-banyak klac, baru kereta jalan. =.= okay tak ada kaitan dengan topik, abaikan haha.


RSM (Rutin Sebelum Memandu)

Bilakah nak buat RSM? 
Dua kali kena buat RSM ni. First, buat sekali dengan RPK. Second, buat RSM sebelum memulakan ujian memandu di jalan raya.

18 rutin sebelum memandu:

1. Masuk kereta, duduk dan HANDBREAK (brek tangan) dalam kedudukan brek (jika kereta manual, handreak ditarik)

2. Laraskan TEMPAT DUDUK (seat)

3. Tentukan kedudukan tangan pada STERENG dengan betul - kedudukan pukul 10-2 atau 9-3

cara pegang stereng dengan betul:

a) kedudukan tangan pada stereng pada pukul 9 & pukul 3

cara pegang stereng dengan betul
cara pegang stereng dengan betul
credit image : pandulaju.com
b) kedudukan tangan pada stereng pada pukul 10 & pukul 2


teknik memegang stereng dengan betul
teknik memegang sterengan dengan betul
credit image: shannons.com.au


4. Laraskan CERMIN PANDANG BELAKANG DAN SISI (cikgu saya ajar pastikan tangan sentuh cermin pandang belakang dan sisi walaupun sedikit semasa melaraskan. Yang penting, kena nampak effort tu!)

*ON-SUIS KERETA*
panel instrumen kereta
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap
panel instrumen kereta
penunjuk pada panel board kereta
penunjuk pada panel board kereta
rsm jpj papan pemuka saga automatik
panel board untuk kereta saga (automatik) JPJ


5. TOLOK BAHAN BAKAR (ada huruf E F) berfungsi/tidak berfungsi

tolok bahan bakar jpj
tolok bahan bakar
6. TOLOK SUHU ENJIN (bentuk macam termometer, ada huruf C H) berfungsi/tidak berfungsi

tolok suhu enjin jpj
tolok suhu enjin
7. LAMPU AMARAN HANDBREAK (bentuk tanda seru) berfungsi/tidak berfungsi

lampu amaran brek tangan jpj
lampu amaran brek tangan
8. LAMPU AMARAN TEKANAN MINYAK ENJIN (bentuk macam bekas siram bunga) berfungsi/tidak berfungsi

lampu amaran tekanan minyak enjin jpj
lampu amaran tekanan minyak enjin
9. LAMPU AMARAN BATERI (ada caj + - ) berfungsi/tidak berfungsi

lampu amaran bateri jpj
lampu amaran bateri
panel instrumen axia
panel instrumen pada board kereta Axia
10. Pastikan GEAR dalam keadaan bebas (N-neutral) bagi kereta manual (kedudukan 'P' bagi kereta auto)

11. HIDUPKAN ENJIN dengan menekan klac(manual)/brek(auto) tanpa menekan pedal minyak

pedal clutach, pedal brek dan pedal minyak
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap
credit image: nazrulentertainment.blogspot.com
12. LAMPU ISYARAT berfungsi/tidak berfungsi

13. LAMPU HADAPAN berfungsi/tidak berfungsi

lampu hadapan kereta
lampu kereta
14. LAMPU HAZARD berfungsi/tidak berfungsi
*kalau kereta kancil, lampu hazard berdekatan dengan stereng, kedudukan di tengah-tengah.

lampu hazard
lampu hazard / lampu kecemasan
15. HON berfungsi/tidak berfungsi

16. PEMANCUT AIR/pengelap cermin (wiper) berfungsi/tidak berfungsi

17. TAKOMETER (meter RPM) berfungsi/tidak berfungsi

takometer / meter rpm
takometer
18. MENGUJI keadaan tali pinggang keledar kenderaan (dengan cara MENYENTAP dan MENARIK TALI PINGGANG kenderaan)  & MEMAKAI tali pinggang kenderaan dengan sempurna.

maksud indikator kereta
maksud indikator pada panel board kereta
Fuhhh~ semoga berjaya! Yang penting jangan cuak sangat time nak buat RPK & RSM, terutamanya RSM. Yela RSM lagi cuak sebab pegawai JPJ duduk sebelah kita kan. Tapi tarik nafasss hembus, bertenang. Tunjukkan confident anda, terangkan satu-satu dengan tenang dan teratur seperti yang saya ajarkan susunan rpk dan rsm di atas. InshaaAllah full marks! 

Goodluck guysss!


Baca juga entri berkaitan dengan lesen kereta:

Post a Comment

41 Comments

  1. argh tringt masa mula2 bljar mmandu hahahhaa

    ReplyDelete
  2. Assallammuallaikum..salam ukhuwah.

    ReplyDelete
  3. Tetiba teringat belajar kereta 6 tahun yang lalu tapi tak ada ajar sedalam ni.. tp siyes, bagus sistem skrg sebab sepanjang ena ada dan bawa kereta ni, info2 tu semua berguna sangat.. xde la jadi cam ena, mati akai juga kalau kereta tetiba meragam

    ReplyDelete
  4. wahh..thanks kaycee, nina baru nak test jpj bulan depan..harap soalan bocor ni berguna utk dia..

    ReplyDelete
  5. saya nak amik test jpj lagi brape hari.. saya ada tengok youtube but still stuck in the middle.. tapi tq lah sbb snggup tolong org org yg mcm kami ni nk amik test walaupun akk dh lulus ... 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.ilmu bermanfaat kena share sama sama dik. goodluck test jpj nanti! moga lulus amin :)

      Delete
  6. woww. sangat berguna. kena bookmark ni. tak lama lagi nak amek leses. huhuu

    ReplyDelete
  7. Akak test jpj esok pagi ni..mcm2 perasaan ada..tlg doakn ye smoga akak lulus n smoga allah prmudhkn..
    Insha alla..aamiin..

    ReplyDelete
  8. Salam Sayidah. Terima kasih tau entry ni. Semalam saye test JPJ, ALhamdulillah lulus. Saye banyak rujuk entry2 awak hihihi. TQ Again. Lepastu kan, pusat memandu pun sama. Pusat Memandu Cemerlang.

    ReplyDelete
  9. Saya pun berdebar rasa nya . Mudah Allah permudah kan urusan untuk menghadapi ujian test jpj besok .

    ReplyDelete
  10. Tq share info yg bguna ni.

    ReplyDelete
  11. Selasa ni bt Rsm dn Rpk,harap2 blh bt dgn jayanya.

    ReplyDelete
  12. TQ.. byk tips yg berguna sebagai rujukan..

    ReplyDelete
  13. puan, ade lgi satu tertinggal. lampu reverse dlm keadaan baik

    ReplyDelete
  14. Terima kasih. Sangat-sangat membantu. 🙂

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah,sgt bermanfaat. Semoga sentiasa dijaga dan dilindungi Allah SWT.

    ReplyDelete
  16. terima kasih.. memng padat.. ckgu pn tak ajar padat laguni..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah.....terima kasih kenapa berkongsi....sgt bermakna dan boleh digunakan untuk test JPJ nnty

    ReplyDelete
  18. Thanks very helpful infos

    ReplyDelete
  19. 3 August hari tu test JPJ, beria baca rpk n rsm last last pegawai jpj tu macam tak layan je kita cakap. Nasib baik lulus sekali jalan. Jalan raya pun dapat jalan paling dekat

    ReplyDelete
  20. kalo kancil enjin dpn cmni jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak exactly sama dari segi kedudukan nya. tapi komponen nya sama je tak silap saya. so.. yang penting ingat ciri-ciri setiap komponen enjin tu.

      Delete
  21. Thank u for info. Esok sya test jpj..doakan sya lulus..nervous sangat nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so macam mana test jpj awak? lulus tak? hope lulus :D

      Delete
  22. wahh banyak info. terima kasih.

    ReplyDelete
  23. Bagus dengan pakai cara ni. Mudah dan jimat masa.

    ReplyDelete
  24. Hari ni saya test jpj dekat imkeda cheras.. Semoga Allah permudahkan segala urusan ..

    ReplyDelete
  25. Tq dik.info sgt be4guna doakan sis today test rayuan .jpj..2 tahun lesen mati xrenew.skali kna test balk.with new rules ni..*sighhh*

    ReplyDelete
  26. terima kasih :)) sangat2 bermanfaat utk saya yang baru nak ambil lesen ni hehehehe

    ReplyDelete
  27. terima kasih atas info ini...doakan saya lulus test jpj hari ini ye

    ReplyDelete
  28. tqvm, very helpful. nervous ni, test on 26th june. wish me luck!

    ReplyDelete
  29. Tq sis! Really helpful.

    ReplyDelete
  30. Kat sekolah memandu saya tu, cikgu siap tolong karang ayat sebab dia kata ramai yang lupa intro. Awal sekali ialah bagi salam, sebut nama penuh dan nombor kad pengenalan dan bagi tau yang kita nak buat RPK atau RSM. Untuk RPK benda pertama kena buat ialah tunduk dan tengok bawah kereta dan bagi tau tiada tumpahan minyak atau halangan bawah kereta. Lepas tu baru proceed ke next step. Dalam test form tu takde pun tapi cikgu kata nak tunjukkan yang kita ni prihatin. Ada yang buat test sorang2 dan ada juga buat ramai2. Kalau buat ramai2, pastikan suara lantang dan lancar. Kalau dapat tester bagus, dia biarkan ja kita bebel sorang2. Kalau dapat yang suka menguji, maybe kena repeat balik. Yang dah hafal/ingat pun boleh jadi lupa bila berpuluh mata pandang.

    ReplyDelete
  31. Terima kasih. Doakan saya lulus ya. Dah tua2 baru nak ambil lesen

    ReplyDelete
  32. Tq sis... Calon Jpj 2022 hadir

    ReplyDelete
  33. tq abe abe/sis sis.. calon JPJ 2023 hadir!!

    ReplyDelete
  34. Thank you so much. Sangat membantu😬

    ReplyDelete
  35. Thanks for your info

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p