Search This Blog

tips tingkatkan trafik blog #2

By 10:30:00 AM ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okay semalam saya dah share tips tingkatkan trafik blog yang pertama kan? Mana yang tak baca lagi, boleh baca di SINI. Hari ni saya nak share tips tingkatkan trafik blog yang kedua pula. Ready guys?


tips tingkatkan trafik blog #2
tips tingkatkan trafik blog #2


tips tingkatkan trafik blog #2


Make sure SEO Blog 100%


Ape benda alah SEO tu?

SEO - Search Engine Optimization. SEO ni adalah satu tool atau teknik membantu entri-entri blog kita melekat di Carian Internet seperti Google, Yahoo Bing. So, sila pastikan SEO blog anda 100% dahulu. Baru lah probability untuk blog kita naik di page Google atau seangkatan dengannya tinggi.

Mana nak tahu peratus SEO blog kita berapa?

Haa kalau nak check berapa percentage SEO blog kita, boleh check di laman web Chkme

Cara check SEO blog:

Bila dah masuk ke chkme tu, dia akan keluar seperti di bawah. Then, masukkan URL blog kita ke tempat kosong tu. Kemudian, klik Check SEO Score. 

Contoh: www.sayidahnapisah.com

tips tingkatkan trafik blog #2
tips tingkatkan trafik blog #2

tips tingkatkan trafik blog #2

Yeay 100%! Hahaha. Dulu dulu time saya masih jahil tentang SEO blog ni, SEO blog saya rendah sangat. Ada la dalam 20% macam tu. Which is not good. Tapi sekarang dah 100% hehe. 

So.. macam mana cara nak buat SEO blog 100%?

Ada dua entri yang boleh korang rujuk dalam bab ni. Boleh ushar di entri dua blogger otai yang saya hormati ini:


Follow je step dan cara-cara yang telah diajar oleh dua blogger tersebut. InshaaAllah sekelip mata je SEO blog boleh dapat 100%!

Susah la nak buat. Tak faham step-step dia.

Tak boleh la den nak tolong kalau cenggitu tapiii kalau korang tak berapa nak faham dan tak tahu nak buat sangat.. sama lah situasinya macam saya dulu hahaha. Saya faham step-step yang ditunjuk tu tapi bila nak buat sendiri macam blur dan tak pasti kan? Insecure gitu. So, apa saya buat? Saya minta tolong expert AFB (Abe We/ Peceyyel) ajarkan hahaha. Bila saya tak faham, mereka tolong jelaskan. Mereka lah yang guide saya sehingga SEO blog saya dapat 100%.

Eh, apa pula AFB tu?

AFB - Auto Feed Blog. AFB ni satu group blogger. Kalau korang perasan kan, di sudut atas blog saya ni ada AFB FEEDS. Nampak kan? Haaa itulah dia. AFB Feeds ni konsep nya adalah blog kita akan mempamerkan minimum 5 entri terkini blog lain secara AUTO SCHEDULE FEED. Setiap hari feed akan bertukar sesama ahli AFB secara AUTOMATIK. 

Alaa AFB ada AFB Feeds je ke? Ada apa lagi yang menarik?

Faedah-faedah or advantages join AFB:

  • promote blog dalam kalangan AFBians (meningkatkan trafik UV PV blog)
  • kembangkan network blogger yang positif 
  • ketahui lebih mendalam tentang ilmu blog (SEO blog, SEO entri, template responsive, Adsense, Google Analytics)
  • ada medium untuk memberi dorongan dan nasihat berblog (boleh bertukar-tukar pandangan&pendapat)


Kalau nak join AFB boleh ke?

Boleh, apa salahnya. Tapi ada term & condition nya. Tak susah pun, mudah je. Kalau nak tahu lebih lanjut atau berminat nak join AFB, boleh whatsapp saya di 017-2008642 atau Kak Irra (www.irrayyan.com) 013-3560192.

Saya tengah promote AFB ke ni?

Iye saya hahaha. Sebab bagi saya, AFB lah yang banyak tolong saya yang dulunya hanya UV seciput tapi sekarang makin meningkat. Kerana saya terapkan ilmu SEO & ilmu blog yang saya belajar dari AFB ke dalam entri saya. Bila saya down dalam berblogging, ahli-ahli AFB lah yang banyak beri sokongan dan galakan. So sweet kan? Eheee well semanis kurma gituu~

Okay tu je untuk tips kedua tingkatkan trafik blog harini, iaitu pastikan SEO blog 100%!

Esok saya share tips ketiga pula. Stay tuned~ :)

You Might Also Like

26 comments

  1. wahh bagusnya tips ni. Tapi SEO saya yang saya check tadi baru 89%. Hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, boleh jadikan 100% tu heehe.chaiyok!

      Delete
  2. ok.. dah 100% SEO cikgu.. lagi..?
    heheheheee.. (anak murid tak menyabor.. mohon cikgu jangan marah)..

    :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabau ye anak murid. boleh datang blog ni lagi sekali esok untuk tips seterusnya hahaha.

      Delete
  3. wahhhh menarik nih . thanks share !

    ReplyDelete
  4. salam singgah. thanks for sharing, awak ^_^

    ReplyDelete
  5. Good info awak. Nanti nak cuba lah. :)

    ReplyDelete
  6. Seo kak PC semput..87% je dik..apa pun alhamdulillah...terima kasih perkongsian ini ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, takpe kak PC. boleh follow step2 entri PCL/Abe We untuk jadikan SEO Blog 100% ;)

      Delete
  7. bersyukur join AFB, eh ne promo jugak ke.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kak mijah baru join AFB pun rasa best kan? tu nak promote sekali ye? bagus2 hehehe

      Delete
  8. trima kasih sgt2, gagah dari tadi Ju baca satu2 step upgrade SEO blog. tips awk sgt2 mbntu newbie mcm Ju. xsabar tggu next tips !!! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh yeke alhamdulillahh. bagus bagus! okay tungguuu~ :D

      Delete
  9. saya boleh join ke ni ya....? ada syarat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak join, whatsapp saya di 017-2008642 atau Kak Irra (www.irrayyan.com) 013-3560192. jangan segan silu ;)

      Delete
  10. menarik .....namun saya ni kene belajar face to face...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dalam whatsapp pun boleh belajar. belum cuba, belum tahu ;) boleh whatsapp saya di 017-2008642 atau Kak Irra (www.irrayyan.com) 013-3560192.

      Delete
  11. Kak Sue pun pening juga nak buat yang nie nasib baik dah join AFB..tq Abe yang membantu ;) tq KC good sharing..suka..suka..

    ReplyDelete
  12. Saya berminat nak join AFB --- mohon bantuan dan prosedur. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh whatsapp saya di 017-2008642 atau ketua AFB Kak Irra (www.irrayyan.com) 013-3560192.

      Delete
  13. Thanks for the tips !! Akan cuba praktikkan teknik SEO ni ^_^

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.