tips tingkatkan trafik blog #1 - sayidahnapisahdotcom tips tingkatkan trafik blog #1
LightBlog

tips tingkatkan trafik blog #1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okay pagi ni jom kita cerita tentang tips tingkatkan trafik blog dari segi UV (Unique Visitors) & PV (PageViews). Saya pernah suatu masa dulu PV sehari tak sampai 1,000 pun. Tapi sekarang... PV blog dah boleh cecah 5K+ sehari. Dulu UV blog saya ciput sangat. 200 macam tu je. Sekarang dah boleh tarik nafas lega sikittt sebab UV blog cecah 2K+ sehari. Ramai yang tanya saya "macam mana nak dapatkan PV UV beribu macam kakcik?", "apa rahsia dapat trafik tinggi?", "ada apa-apa tips tingkatkan trafik blog tak?". Mestilah ada. Dengan itu, saya share...

tips tingkatkan trafik blog #1


tips tingkatkan trafik blog #1
tips tingkatkan trafik blog #1

Tips tingkatkan trafik blog yang pertama: 

PERBANYAKKAN BUAT ENTRI BLOG


Itu first tips. Kena selalu up entri blog. Kena rajin taip entri di blog. 

Kenapa nak kena selalu update entri pula? 

Yela, cuba kalau tak update? Agak-agak ada orang nak baca entri di blog? Agak-agak ada tak orang nak masuk blog kita? Ada orang datang blog nak komen entri? 
**Oh ya, kalau orang komen di blog kita pun boleh meningkatkan trafik blog kita tau. 

Saya sangat-sangat galakkan blogger untuk selalu update entri blog sebab .. dengan harapan moga-moga antara entri-entri yang kita up tu ada lah yang tersangkut beberapa ketul dekat Mr Google. Yela, mungkin kita tak nampak hasilnya sekarang, tapi nothing impossible. Jangan terkejut, mungkin suatu hari nanti entri-entri yang anda buat akan meletoppp! Ramai yang kunjung.

Tapi...

Tak ada idea nak buat entri?

Banyak sangat sebenarnya benda nak dikarang dalam entri tau. Resepi, makanan, tempat yang pernah dilawati, tutorial blog, tips, fakta, kata hikmah, review movie/drama/novel/games/produk, ulasan buku, persoalan agama, cerita seram, isu semasa, wordless, lagu, lirik lagu, giveaway/segmen, viral.

Okay kalau tak ada idea sangat nak buat entri, saya sarankan supaya pergi blogwalking. Sebab bila kita blogwalking, tengok entri blogger lain, ushar tajuk entri di bloglist blogger lain.. mungkin kita akan dapat idea atau ilham nak karang entri apa.

Kalau tak ada idea juga selepas blogwalking, sila up entri perkara yang sedang anda fikirkan ketika itu. A.k.a personal. Entri yang lebih berbentuk peribadi/pandangan/perbincangan. Spontaneous. Keluarkan je apa yang anda fikir masa tu. Atau perkara yang sedang merungsingkan anda. Atau perkara yang anda suka ke. or whatever. Any topic you want. Just write.

Tapi...

Takut tak ada orang nak baca entri kita?

Eh sama lah dengan saya! Saya pun bimbang tak ada orang nak baca entri saya ni. Lagi-lagi kita ni hanya blogger picisan , blogger ikan bilis kan.. siapa la nak baca entri kita ni.

Okay stop!

Please jangan fikir macam tu. Boleh je nak beranggapan begitu, tapi sila jadikan benda tu sebagai motivasi pada diri sendiri untuk lebih giat karang entri. Kena la fikir 
"peduli apa tak ada orang nak baca, who cares", atau 
"mungkin sekarang tak ada orang nak baca, tapi nanti in the future kot-kot entri ni ada beri inspirasi kat orang ke", atau 
"aku niat tulis entri ni kerana Allah".

Haaa deep tak yang last sekali tu? Hahaha. 

tips tingkatkan trafik blog #1
tips tingkatkan trafik blog #1
Okay tu saja, ingat ye.. antara cara nak dapat UV PV ribu riban - selalu lah up entri di blog.

Esok kita sambung tips yang kedua pula ye. Stay tuned ~ :)

Baca juga:

Post a Comment

32 Comments

  1. sgt deep ayat tu HAHAHAHA. okok tips yg sgt bguna, buat masa ni ju mmg alami bnda ni smua sb bru lagi then kdg2 nak kerah idea untuk new entry sgt2 susah then mmg decide utk BW. Ju sokong tu, sb dgn BW mmg mbantu idea tu kluar

    ReplyDelete
  2. Patutlah dapat PV dan UV ribu-ribu..rajin up entry rupanya..btw, teruskan usaha, semoga lebih hebat lagi PV dan UV tu..

    ReplyDelete
  3. thanks share ! hehe memang membantu :D

    ReplyDelete
  4. fuyooo.. pinjam sket traffic.. masyukkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengadanyaaaaa abg feroz. trafik blog abg feroz lagi tinggi.

      Delete
  5. TQ Kak Cik,good sharing..kena lebih rajin nie..hihi..

    ReplyDelete
  6. Hebat. Baik.. Saya akan jadi lebih rajin mulai sekarang. :D

    ReplyDelete
  7. Rajin gak up entry, tp xdpt pun uv riban2 mcm kc 😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni baru tips yang pertama CN, kena ikuti tips2 seterusnya hehehe

      Delete
  8. Good tip .. teruskan berikan tips macam ni .. ramai lagi yang nak tahu

    ReplyDelete
  9. Selalu gak up...tp xle lawan kc. Acaner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cuba tips yang ketiga pula kak linda http://www.sayidahnapisah.com/2017/01/tips-tingkatkan-trafik-blog-3.html :)

      Delete
  10. Done baca tips. Thank you for the info ^_^

    ReplyDelete
  11. Which one is better entry panjang ke entry pendek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua-dua okay. kalau entri panjang, jangan boring sangat. sertakan dengan gambar menarik supaya orang tak jemu baca.

      Delete
  12. Betul... Saya setuju, klu xde idea, g blogwalking... InsyaAllah idea tu datang

    ReplyDelete
  13. tengah blogwalking mencari tips tersinggah smpai ke sini. TQ sharing

    ReplyDelete
  14. Wah, terima kasih sudi share awak! InshaAllah akan cuba berusaha sebaik mungkin! :)

    ReplyDelete
  15. Tahniah.. Saya ada 400 entri dlm blog.. Trafik sekitar 500 je.. Saya nak upkan entri hingga 1000 entry.

    ReplyDelete
  16. tq share.. kuat kan semangat untuk terus menulis blog

    ReplyDelete
  17. dalam gambar yang last tu ap benda KC?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu trafik blog semasa (current) kita di histats.com. boleh baca dengan lebih lanjut di http://www.sayidahnapisah.com/2016/09/cara-tengok-trafik-statistik-blog.html

      Delete
  18. tq sharing KC..baik, akan bykkan up entry...

    ReplyDelete
  19. tq sharing KC..baik, akan bykkan up entry...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p