Search This Blog

lelaki.. makin meningkat usia, makin lembut hati?

By 2:00:00 PM ,

lelaki.. makin meningkat usia, makin lembut hati - kenyataan ni fakta atau auta? betul atau tidak?

lelaki.. makin meningkat usia, makin lembut hati?

Berdasarkan pemerhatian saya, yeap. Kaum lelaki ni memang bila makin meningkat usia, kelembutan hati dia pun meningkat. Seiring dan sejalan gituuu. Tak tahu la kenapa. Sebab hormon kah? haha.

Abi (ayah) saya dulu-dulu, time saya kecil, memang garang gilos nak mamps. Kalau dia bercakap sikit, saya dan adik beradik dah kecut perut. Memang tak berani nak membantah. Tak berani juga nak bergurau. Sebab most of the time dia serius. Dia punya aura garang tu, sampai satu masa saya rasa kalau dia tak ada kat rumah, lagi best lagi syok. HAHAHA.

Tapi sekarang? Abi dah umur 53 tahun sekarang. Memang berlainan sangat jika nak dibandingkan dengan dulu. Boleh mendengar kata anak-anak, bawa berbincang, boleh bergurau senda, kadang-kadang suka dimanjai dengan pujian, suka mengusik. Ermmm, mungkin anak-anak abi dah besar-besar & dah ada enam cucu dah. So, tahap lembut hati tu mungkin berada dekat dengan maksima.

Hati lelaki makin lembut seiring dengan masa. Tapi, ada juga yang makin kental. makin keras, nak ikut kepala dia aje. Tapi.. sebenarnya, semua lelaki ada soft spot dalam hati mereka. Cuma, kadang-kadang mereka harus cover supaya tidak nampak lemah dan lembik.

Dan semestinya.. Lelaki ni lebih lembut hati dengan insan yang dia sayang dan cinta. Yela, bila dah cinta, lautan api pun sanggup diredah ek? hahaha.

You Might Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.