boleh ke guna inhaler & titik ubat mata (lens/eye drop) semasa puasa? - sayidahnapisahdotcom boleh ke guna inhaler & titik ubat mata (lens/eye drop) semasa puasa?
LightBlog

boleh ke guna inhaler & titik ubat mata (lens/eye drop) semasa puasa?

Lagi 4 hari kita nak puasa! Lagi 4 hari kita nak menyambut bulan Ramadhan yang mulia! 4 more days! Semoga kita sempat sampai ke bulan Ramadhan sabtu ni dan ber puasa dengan sempurna hendaknya aminnn. 

Okay, sempena kita nak countdown lagi 4 hari nak berpuasa ni, jom kita tambah ilmu sedikit tentang masalah-masalah yang kebiasaan masyarakat kita hadapi ketika menjalani ibadah puasa. Jom kita hapuskan kemusykilan yang sering berlegar-legar di minda kita selama ni.

Antara kemusykilan nya..

boleh ke guna inhaler & titik ubat mata (lens/eye drop) semasa puasa?


boleh ke guna inhaler & titik ubat mata (lens/eye drop) semasa puasa?
boleh ke guna inhaler semasa puasa? creditimage: emaze.com

Soalan: Apakah hukum menggunakan 'inhaler' (bagi yang berpenyakit asma) semasa berpuasa?

Jawapan: Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat hanya bergantung kepada penggunaan 'inhaler' (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (keadaan kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib menqqada' semula puasa tersebut.


hukum guna eye drop ketika berpuasa
boleh ke guna titik ubat mata (lens/eye drop) semasa puasa?
Soalan: Saya ingin bertanya apakah hukumnya sama ada terbatal ataupun tidak puasa sekiranya saya memakai kanta sentuh (contact lens) dibulan puasa kerana saya akan menitikkan ubat mata (lens drop) apabila mata saya kering.

Jawapan :  Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka.

[Sumber Q&A: Mufti Negeri Selangor ]

Haa terjawab sudaaa persoalan kita selama ni.

Moga bermanfaat! Esok kita kupas persoalan&kemusykilan lain yang berkaitan dengan puasa  ye. 
To be continued.....


Baca juga:

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah.. perkongsian yang ohsem..

    ReplyDelete
  2. Boleh tgk kat website jakim juga panduan pengambilan ubat semasa bulan puasa :-)

    ReplyDelete
  3. Eloklah selalu ingat mengingatkan.. moga #Ramadhan kali ini & seterusnya terus mendapat keberkatan..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p