done bayar zakat fitrah! (Negeri Sembilan) - sayidahnapisahdotcom done bayar zakat fitrah! (Negeri Sembilan)
LightBlog

done bayar zakat fitrah! (Negeri Sembilan)

Pagi tadi pergi Seremban Prima mall, shopping baju raya. Maklumlah ada orang nak belanja haha. Lepastu, terjumpa pula satu kaunter ni berdekatan dengan escalator, namanya kaunter Fitrah. Sebenarnya saya lupa langsung tentang zakat fitrah hahaha. Yela sebab baru 1st Ramadhan kan (ceh cover). Tapi alang-alang dah terjumpa kaunter ni, terus la bayar zakat fitrah terus.

kaunter fitrah
Kaunter Fitrah - tunaikan zakat fitrah

zakat fitrah seremban prima
Kaunter Zakat Fitrah di Seremban Prima


done bayar zakat fitrah!


Bayaran zakat fitrah di Negeri Sembilan adalah yang paling murah haha iaitu RM6.50, bersamaan 2.751 kg beras. Ni first time tau saya bayar sendiri zakat fitrah. Excited woh! hehhe. Sebab biasanya sebelum-sebelum ni, abang/kakak saya yang wakil bayarkan zakat fitrah bagi diri saya & umi abi. Tapi kali ni, memandangkan saya dah kerja dari rumah dan boleh jana duit pendapatan sendiri, so saya bayar la sendiri. Sedar-sedar diri sikit. Haahhaha.

Daripada Ibnu Umar (r.a.) berkata: "Rasulullah S.A.W. telah memfardhukan zakat fitrah satu gatang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa daripada kaum muslimin dan diperintahkan untuk menunaikannya sebelum keluar untuk menunaikan sembahyang (raya)" [Riwayat Bukhari-Muslim]


Lafaz Akad Zakat Fitrah


Bismillahirrahmanirrahim...

DIRI SENDIRI
"Inilah nilai harga beras fitrah yang wajib atas diri saya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

DIRI DAN TANGGUNGAN
"Inilah nilai harga beras fitrah yang wajib atas diri saya dna tanggungan saya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

WAKIL
"Inilah nilai harga beras fitrah yang wajib atas (nama penuh si pewakil) dan tanggungan yang mewakilkan saya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

lafaz akad zakat fitrah
Lafaz Akad Zakat Fitrah

resit zakat fitrah
Resit Zakat Fitrah

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2017/1438H di Malaysia

Sabah RM7.00
Melaka RM6.70
Perak RM7.00
Kedah RM7.00
Pahang RM7.00
Johor RM7.00
Penang RM7.00
N.Sembilan RM6.50
Perlis RM7.00
Wilayah Persekutuan RM7.00
Sarawak RM7.00
Terengganu RM7.00
Kelantan RM7.00
Selangor RM7.00

kadar zakat fitrah
kadar zakat fitrah mengikut Negeri pada tahun 2017/1438H
Zakat fitrah ni bila-bila boleh bayar dalam bulan Ramadhan. Yang penting, kena jelaskan sebelum sembahyang raya. Pagi 1 Syawal pun boleh lagi nak bayar. Tapi kang takut jammed, kelam kabut ke, haaa naya tak sempat nak bayar. 

So, don't forget to bayar zakat fitrah kay! :)

Baca juga: Jenis-jenis Zakat

Post a Comment

3 Comments

  1. Tahun ni nk bayar awl skit. Sllu CR byar last minit.huu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dah selesai. Selalunya ayah yang tolong bayarkan, without me knowing -.-

    ReplyDelete
  3. Akak pun sempat merasa bayar sendiri beberapa tahun.. hehehe. Sekarang encik suami yang bayarkan dan akak tukang ingatkan..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p