kalau terasa ubat gigi sampai ke tekak, batalkah puasa ?

by - June 16, 2017
I bet ramai yang wondering apakah status puasa kita kalau terasa ubat gigi sampai ke tekak? batalkah atau masih berpuasakah? kalau terasa ubat gigi sampai ke tekak, adakah ianya bermakna kita tak boleh gosok gigi selepas azan Subuh? Lets find out the answer!


kalau terasa ubat gigi sampai ke tekak, batalkah puasa ?


kalau terasa ubat gigi sampai ke tekak, batalkah puasa ?
kalau terasa ubat gigi sampai ke tekak, batalkah puasa ? [sumber: Google]
soalan:

saya ada dengar dalam radio ikim seorang ustaz berkata - menggosok gigi dengan ubatnya ketika berpuasa, jika lain rasanya melalui kerongkong, maka puasa terbatal. benarkah? jika kita jahil sebelum ini, adakah perlu diqadha puasa yang terbatal sebelum ini? 
Syukran jazila.


jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :

ada orang kata -tak boleh gosok gigi kalau pakai ubat gigi. sebab kalau terasa ubat tu di tekak, batal. jawapannya -tak betul. hukum menggosok gigi di bulan puasa ini adalah sunat.

yang berlaku khilaf bukan masalah ubat gigi. berlaku khilaf : masalah tengahari lepas zohor. 

pendapat muktamad dalam mazhab Syafie - tidak lagi sunat gosok gigi lepas zohor. 
pendapat kedua Imam Nawawi kata tetap sunat sampai ke maghrib karang boleh gosok lagi gigi. 

dua-dua pendapat ni mazhab Syafie belaka. boleh. mu nak letak ubat gigi ke, nak letak berus gigi ke... takde masalah. kerana yang membatalkan puasa ialah makan dan minum sahaja. iaitu lepas sesuatu daripada tekak dengan sengaja.

adapun kita bersihkan mulut, takdak masalah. ambil kayu sugi baru, kita sugi. lepas sugi, berasa kayu sugi. bau dalam mulut. maka, dimaaf pada syara'. yang tak maaf, pergi makan sikit-sikit sugi tu. begitu juga - ambil ubat gigi. hat (part) berus gigi bagus dah tapi dia telan sikit ambil untung. hat tu baru batal. tapi kalau rasa sedikit (ubat gigi) pada kerongkong (tekak), dimaafkan pada syara'. tidak batal (puasa).


kalau terasa ubat gigi sampai ke tekak, batalkah puasa ?

So, lepas ni kalau terasa ubat gigi kat tekak tu, jangan dicekau cekau leher supaya taknak benda tu terlepas daripada tekak hahahaha. #lawakhambar

Okay daaa~ wassalam :)

You May Also Like

3 comments

  1. tak batal sbb xmsuk perut dan tak kenyang ..hehe

    ReplyDelete
  2. ucing baca kat sini (^_^)info berguna di bulan puasa.

    ReplyDelete
  3. Hahaha kelako terbayang Gaya ckp uai. Tq for info ni yw

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p