Staff Bank Kongsi Panduan - Syarat Tukar Duit Raya

by - June 17, 2017
Al-maklumlah lagi 7 hari nak raya, mesti ramai yang nak tukar duit raya di bank-bank betul tak? Mungkin ada yang dah settle tukar duit raya pun kan awal-awal. Nanti pergi lambat-lambat, habis stok haaa merana hehe.


Staff Bank Kongsi Panduan - Syarat Tukar Duit Raya


Tadi saya ada ushar di Facebook Penang Kini yang kongsikan panduan/tips yang diberikan oleh seorang pekerja bank berkaitan dengan penukaran duit raya ni. Nak tahu apa dia? Jom baca!

cara tukar duit raya
tukar duit raya [sumber gambar:Penang Kini]

Syarat nak tukar duit raya..

Daripada seorang staff bank.

Untuk makluman..
Duit Raya dah boleh mula tukar bermula Rabu (14/6/2017) sehingga la habis stok.. kami target nak habiskan sebelum Jumaat (23/6/2017).. jadi bersegeralah anda.. takut habis kang komplen pulak..

Waktu pertukaran pulak ialah jam 9.30am - 11.30am.. selepas tu.. kami tak layan.. kami banyak kerja lain nak buat..

PERLU DI INGATKAN....

1. Pertukaran hanya di kaunter

Pertukaran hanya di kaunter yang disediakan.. pada masa yang ditetapkan.. sebarang booking melalui telefon, sms, wechat, whatsapp dan seumpamanya tidak akan di layan.. kami bukan kerja call centre..

2. Tempahan pakai air liur tidak dilayan

Booking pakai air liur juga tidak di layan.. ayat "tukar pakai duit ko dulu" adalah ayat yang paling tak boleh diterima dek akal kami.

harus di ingat.. Banker bukan tokey kosmetik.. gaji kami cukup untuk anak beranak dan keluarga kami sahaja..

3. Tiada servis penghantaran ke rumah

Ayat "Ko bawak balik dulu.. nanti aku amik" juga tidak di layan.. Risiko buat kami.. kalau hilang bukan anda nak tanggung.. kami bukan keje kat Lazada boleh booking online atau FedEx boleh buat home delivery..

4. Tiada tempahan awal

Statement "Ko simpan dulu, nanti petang aku amik" juga kami tak layan.. pasai kami dah pernah kena.. simpan punya simpan.. anda tak muncul-muncul.. menyusahkan kami nak buat balancing petang-petang.. ingat.. kami pon ada keluarga.. nak balik awal berbuka.. jangan sebab nak tunggu anda, kerja-kerja kami tergendala..

5. Tiada layanan VIP untuk 'kawan/sedara musim raya'

Kawan/Sedara setahun sekali.. atau lebih dikenali sebagai 'KAWAN/SEDARA MUSIM RAYA' kami akan layan macam walk in customer.. bermakna tiada VIP untuk anda.. datang kaunter amik nombor dan Q (beratur) macam orang lain.. 

Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.. ada 12 bulan Islam, tapi kenapa anda hanya kenal kami masa hujung bulan Ramadhan je? Bila masuk Syawal terus hilang buat-buat tak kenal.. takut kena bagi duit raya kat kami ke??

6. Permintaan istimewa tidak dilayan

Special Request seperti "Aku nak duit baru, yg keras, ada balut stiker Bank Negara" juga kami tak akan layan.. kami akan bagi apa duit yang kami ada je.. nak request lebih-lebih.. sila pergi Bank Negara..

7. Tiada sampul lebih diberikan

Request "Bagi la kertas Ang Pow lebih sket" (lebih sikit tu bukan 2-3 helai tau.. lebih sikit tu kalau boleh.. 2 kotak dia nak..) juga kami tak akan layan.. kami bukan kerja kilang cetak sampul ang pow.. perlu di ingat.. sampul tu kami bagi free as a token of appreciation to our customer.. anda bukan sorang je customer kami.. ramai lg beratur nak benda free tu.. 

jadi fikirkan org lain sama.. jangan pentingkan diri sendiri.. sebab stok kami dapat pon tak banyak mana.. so terpaksa bagi sorang sikit..

Sekian.. Harap maklum..
#CopyPasteKuliBankPunya
#SayaBukanOwnerBank
#sayabanyakkerjalain
#sayamakangajitakdaextracash


Haaa bukan setakat tips pekerja tersebut bagi, tapi sekali pakej dengan bebelan dan luahan perasaan siap daripada beliau hahaha. 

Apa-apa pun saya tak pernah lagi tukar duit raya kat bank. So, tak tahu prosedure nya macam mana. So, lepas baca atas ni, nampak la sikit gambaran nya kan. Hehe.

Okay lah, selamat menukar duit raya di bank-bank yang berdekatan! :)

You May Also Like

4 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p