Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA

by - July 24, 2017
Start dari last week, ada beberapa orang yang tanya saya berkaitan dengan Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik. Tanya "macam mana nak buat surat tunjuk". Ada yang tak faham apa yang kena beliau mulakan dulu bila dapat result PNG under 3.00. So, saya pun ushar di website esilav JPA. mencari jawapan kepada soalan yang diutarakan kepada saya. Oh, mungkin ada yang tak tahu apakah kriteria ataupun berapakah pointer yang melayakkan seseorang pelajar itu WAJIB ambil tahu dan hantar Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik kepada pihak JPA.


PEMAKLUMAN BERKAITAN BORANG TUNJUK SEBAB KEMEROSOTAN AKADEMIK PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) (DALAM NEGARA).


Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA
Pemakluman Berkaitan Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA
Pelajar-pelajar tajaan JPA (Dalam Negara) peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja yang mendapat GPA/ PNG atau CGPA/ PNGK di bawah 3.00 (salah satu atau kedua-duanya) atau mendapat keputusan 'Gagal' (bagi pelajar bidang perubatan & pergigian) dikehendaki mengisi dan melengkapkan Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik sebelum urusan bayaran biasiswa pada semester berikut dilaksanakan.

Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA
Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik
Borang berkenaan boleh di muat turun di laman web http://esilav2.jpa.gov.my dan hendaklah dihantar ke Jabatan ini melalui emel lspdn@jpa.gov.my sebelum atau pada 8 September 2017. Bagi pelajar hang mengemukakan borang berkenaan selepas tarikh yang ditetapkan, bayaran biasiswa pelajar akan lewat diproses/ lewat dikreditkan. Hanya pelajar yang mengemukakan borang yang lengkap diisi sahaja akan diproses bayaran penajaan.


Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik


Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA
Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA
Dokumen-dokumen yang diperlukan:

1. Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik yang lengkap diisi (sila pastikan pelajar mendapatkan pengesahan / tandatangan daripada Penasihat Akademjk (PA)/ Ketua Jabatan/ Dekan); DAN

2. Transkrip peperiksaan pelajar.

Kesemua dokumen tersebut boleh diimbas (dalam bentuk .pdf) & dihantar terus ke Jabatan ini melalui emel lspdn@jpa.gov.my (lspdn = latihan sebelum perkhidmatan dalam negara); ATAU dihantar terus (secara pos) ke Jabatan ini melalui alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 2, Blok C2, Kompleks C
62510 Putrajaya
(U.P. : Unit Pembangunan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara))

borang tunjuk sebab tersebut boleh download di https://drive.google.com/file/d/0B5qVTUF0YlkyOGtlbjgtaVV6OGM/view ATAU di bahagian tepi (sidebar) website esilav jpa

bornag tunjuk sebab kemerosotan akademik
Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik di website esilav JPA
Semoga entri ini bermanfaat kepada mereka yang blur apakah yang perlu dibuat.

Don't worry guys. Saya pun pernah dapat result bawah 3.00. Sekali jelah haha. Time tu sem 7 (second last sem). Dapat PNG 2.83 lebih kurang. Sebab ada satu subjek yang dapat C dan yang lain tu ada B, B+. Rasa down gilosss. Padan muka pun ada haha. Sebab saya ambil tiga subjek maths killer, yang hardcore punya susah dalam satu sem. Serves you right sayidah! Haha. 

Tapi nak dijadikan cerita, saya tak hantar pun borang tunjuk sebab kemerosotan akademik kepada JPA (jangan tiru aksi ini!) sebab.. bukan saya tak nak. Tapi saya tak pasti sama ada saya dah terlepas due date hantar borang tunjuk sebab tu atau saya ingat tak penting pun sebab PNGK saya atas 3.5. Antara dua ni lah the reason why saya tak hantar borang tunjuk sebab. (more to excuse actually hahaha)

Tapi Alhamdulillah la duit biasiswa JPA pada sem 8 (last sem) saya okay je masuk. phewww legaaa weh! Hahaha. Nak lagi lega tu, tak ada lah surat JPA sampai ke rumah mengatakan saya perlu kemukakan borang tunjuk sebab result menurun. Lega uitttt. Sebab saya tak beritahu pun umi abi result saya sem ke-7 tu dapat under 3.00. HAHAHAHA. Shhhhhhhh diam-diam je tau :P Yang pasti, jangan tiru aksi saya tu kay! 

Nasihat saya... jangan down sangat dengan result korang yang bawah 3.00 tu. Nak down tu boleh. It's normal. But dont be too down until you dont know what to do, until you dont want to study anymore, or you keep blaming yourself. It's wrong! Instead of doing that, you must think WHY. WHY you receive such a bad result? adakah sebab hubungan awak dengan parents/ pensyarah tak memberansangkan? adakah sebab banyak main-main sebelum final exam? adakah sebab awak lebih fokus terhadap kokurikulum awak berbanding studies? adakah sebab cara awak study salah menyebabkan result awak teruk? adakah sebab Allah nak tunjuk bahawa effort awak tak cukup umphhh lagi? find out the reason WHY. after you find it, CHANGE. change to something better. change slowly. do it constantly. hope it will lead to a BETTER result inshaaAllah :)

Fighting! Chaiyok!


Baca juga:

You May Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p