bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)

by - August 12, 2017
1. CULTURE SHOCK

Budaya di sekolah berbanding dengan budaya di peringkat yang lebih tinggi (kolej/ matrik/ universiti) of course la berbeza. Totally different because we met new people. We experience new things. Lagi-lagi orang yang tak pernah masuk asrama (macam saya dulu haha) kena sedia lebih. Bukan nak takut-takutkan tapi nak beri gambaran awal. So that you don't be too shocked with the change of culture there.

BACA JUGA: apa yang perlu bawa ke asrama?
bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)
Kolej Enam Belas, UPM selepas habis orientasi
bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)
Kolej Matrikulasi Selangor
Okay lah mungkin korang tak nampak apa yang saya cuba katakan. So, saya beri example. Pengalaman saya sendiri di UPM:
--1 bilik kongsi 4 orang. Selama 4 tahun. Roomate bertukar-tukar. Setiap orang ada ragamnya yang tersendiri. Lebih seksa nya bila dapat jenis roomate yang tak se'bulu', tak sekepala dan tak sama sifat dengan kita.

Contoh:
-- dia tidur kena lampu buka. & kita jenis cepat tidur lena dengan lampu tutup
-- dia study/buat assignment buka lagu kuat-kuat. & kita suka suasana sunyi dan tenang baru boleh fokus.
-- dia suka lepak kat katil kita dan sembang 24 jam. & kita jenis yang really need some privacy and need to be alone.
-- dia baca dengan suara yang kuat time study. & kita jenis yang baca dalam otak/ baca perlahan.
-- dia pengotor, malas nak kemas. & kita pembersih, rimas kalau tempat tak bersih.

Itu antara contoh nya lah yang saya pernah dengar dan nampak. Saya tak ada la alami benda-benda tu 100% pun. Tapi kena ingat lah kan. Hidup kat asrama ni kena ada toleransi dan tahap kesabaran yang tinggi. Berbincang dengan cara yang baik. Kalau gaduh/ tak puas hati/ salah faham dengan roomate tu, alaa biasa lah tu. Thats why two ways communication is very important to solve the problems. Kalau asyik bertelagah dan susah nak bawa berbincang, pening weh kepala. Padahal banyak lagi benda yang lebih bagus untuk dipeningkan.

2. PRIVACY

You have to forget about a thing that called 'privacy'. Apa kau buat kat bilik, roomate kau tahu. Lagi-lagi yang duduk dalam bilik dorm yang kecil (macam saya juga muahaha) memang privacy zero. Null. None. Gone.

Nak salin baju? Nak bergayut? Makan maggi kari? Eksesais dengan semangatnya? Nonton drama korea? Tersengguk-sengguk sambil buat assignment? Pulun study sebab esok nak exam? Semuaa benda roomate kau boleh tengok. Nak sembunyi pun tarak guna hahaha. So.. Bertabahlah. And get used to it please haha. Tak payah nak tension sangat.

3. SUASANA PEMBELAJARAN (KELAS, KULIAH)

Mungkin a liitle bit different. Lagi-lagi kalau time kuliah. Contoh macam kalau di matrikulasi ada sesi kelas, ada sesi kuliah. Kalau kelas, masuk kelas macam biasa. Kuantiti pelajar dalam satu kelas lebih kurang 20-30 orang. Kelas ni untuk buat latihan, tutorial, presentation & lecturers give asssignments to do . Kalau kuliah pula, kena masuk dewan kuliah. Ramai students dalam 1 dewan sebab gabung kelas praktikum yang lain. Kuliah ni untuk kita belajar secara teori & lecturers give notes. 

Jadinya, bilangan pensyarah untuk satu subjek tu ada tiga. Satu pensyarah kelas, satu lagi pensayarah kuliah & satu lagi pensyarah di lab (makmal).

bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)
Kuliah Matematik sebahagan pelajar Modul 2 di Kolej Matrikulasi Selangor, KMS
Kalau di universiti pula, ada juga pecah-pecah cabang macam tu. Cumaaa, hanya di awal-awal semester/ tahun pengajian je ada kelas tutor. Masuk ke sem 5 (if i'm not mistaken) dah tak ada kelas tutor. Tapi yang ajar kelas tutor bukannya pensyarah pun. Tapi pelajar master atau PHD.

BACA: cara study - ikut style sendiri, jangan ikut orang.


bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)
English class at UPM

bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)
kelas akaun di UPM
Tutorial tu pula biasanya akan menyumbang 5 atau 10 markah ke dalam markah keseluruhan subjek tersebut. Nampak macam sikit but bear in your mind that walaupun sikit, ianya sangat berharga. Jangan sia-siakan! You will regret it if you waste it.

Mana markah yang selebihnya pergi? Pensyarah bagi subjek itu yang pegang. Satu subjek akan ada satu pensyarah sahaja. Pensyarah tu lah yang ajar kau, pensyarah tu lah yang beri kau kerja assignment individu & group, pensyarah tu juga lah yang akan beri kau markah & gred. Beliau menentukan kita derita atau bahagia bila dapat final result for the subject hahaha. So please be nice to them. Macam mana nak buat baik dengan pensyarah? Paling simple sekali - just do your assignment and sent them on time, datang kelas, tak buat hal depan dia. Kalau buat semua ni, pensyarah takkan ada 'bad impression' terhadap kita.

Pensyarah pun ada banyak jenis. There are many kinds of lecturers.
-- ada yang sempoi, relaks, slumber.
-- ada yang garang (kalau tak siap assignment, dia jadi hulk)
-- ada yang tegas (datang lambat lebih tiga kali, you are out!)
-- ada yang psycho (perli, asyik aim kita dalam kelas)
-- ada yang jenis tak kisah kau nak buat apa.

But no matter what kind of lecturer they are, berbaik-baik lah dengan mereka. It is because your marks of assignment, test and exams are all in their hands. Kau lulus ke, kau gagal ke.. dia yang tentukan. Mereka yang sediakan paper exam. Mereka tahu apa yang masuk, apa yang tidak. Mereka tahu apa mana topik yang perlu study lebih. Mereka tahu mana topik subjek yang perlu abaikan saja. They know so.. kalau baik-baik dengan dia tak mustahil dia akan bagi hints. Siapa yang untung? Kita jugek hahaaha.

Eh tapi bukan saya nak ajar korang jadi 'fake' buat baik dengan mereka. But at least respect. Hormat mereka. Dalam Islam pun.. restu, redha & doa guru/pensyarah sangat penting dalam keberkatan ilmu yang kita peroleh.


bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)
My classmates - Statistic & Mathematics students
Itu baru saya cerita dari segi kuliah dan pensyarah. Ni saya nak sentuh pasal rakan sekelas pula. Classmates. Ni penting juga. Why I said so? Sebab classmates lah yang akan jadi tempat untuk kita bertanya jika ada soalan tak faham, jika ada topik kita tak faham, jika kelas dibatalkan. Dan classmate juga la yang akan menentukan kerja berkumpulan (assignment group) kita cemerlang atau sebaliknya. So, kenalilah classmate anda. hehehe.

4. KAWAN

Berkawan dengan semua orang, tapi bersahabat lah dengan true friends. Sahabat sejati. Not fake friends. Sahabat yang you can put your trust on them. Sahabat yang will be there by you side no matter what. Sahabat yang boleh berkongsi gembira dan duka. Sahabat yang akan backup kau bila ad aorang fitnah kau. Sahabat yang boleh 'gila' sama-sama.



Bersahabat baik lah dengan kawan yang betul. Kawan rapat lah dengan mereka yang tidak terpesong. Jangan terpengaruh dengan kawan atau budaya yang 'tak sihat'.

5. PENGURUSAN MASA (time management)

Lagi-lagi matrikulasi. Sebab di matrik, isnin selasa rabu khamis jumaat ada kelas. sabtu ahad je tak ada kelas. Macam budak sekolah dah gayanya haha. Homework/tutorial banyak kena siapkan. Aktiviti kokurikulum pun kena join juga. Lab lagi. Kena buat report lagi. Tandas pula tiap pagi mesti beratur sebab masa kelas kuliah semua sama. Start pukul 8 pagi. So, kena cepat lah. Kalau nak elak 'traffic jammed' kat dalam bilik air, kena la mandi awal.

Kontra dengan masa di Universiti. Kat U, dalam seminggu tu boleh jadi 3 hari je ada kelas/kuliah. Mungkin di awal-awal tahun pengajian, kelas pack. Dari pagi sampai petang ada kelas, dalam seminggu 4 hari kelas. Tapi nanti dah tengah-tengah tahun pengajian, bila kita dah expert bab susun jadual masa kuliah dalam 1 semester, tak mustahil dalam seminggu tu 2 hari je kau pack. Hari lain licin hahaha. Caranya kena cepat daftar kursus (subjek). Kalau lambat, masa yang kita nak tu dah dikebas orang. 

Tapi kat U, kebanyakan kolej/asrama pentingkan merit. Kalau kau tak banyak merit, kau kena tendang dari kolej. Saya bernasib baik sebab memang dah ditempatkan ke kolej yang tidak mementingkan merit, iaitu Kolej 16. Kat UPM, Kolej Serumpun (Kolej 12,14,15,16) adalah kolej yang tak perlukan merit untuk survive dalam tu. So, kalau tak nak aktif dalam koko pun its okay. 


bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)
koko Bola Tampar, UPM
bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)
geng MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa) K16, UPM
bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)
join Program yang dianjurkan oleh Kolej 16, UPM
Tapi kolej selain dari kolej serumpun, kena pulun lah cari merit untuk stay dalam kolej. Tu yang ada student tak tahan, mereka apply untuk tukar kolej pergi ke kolej serumpun. Merit ni pula tak semestinya boleh dapat jika join kokurikulum, ianya boleh juga didapati contohnya kalau pergi ke sesuatu program ni, akan dapat 5 merit, kalau pergi ke ceramah ni akan dapat 10 merit, kalau pergi talk ni akan dapat 7 merit. Haa macam tu lah. Tapi sikit-sikit jelah. Kalau nak dapatkan merit dengan lebih tinggi, kena la join koko or sukan. Contohnya jadi ahli jawatankuasa sesuatu program, wakil kolej dalam sesuatu sukan. So, dengan adanya sistem merit ni, korang kena bijak menguruskan masa. Bahagikan masa dengan sebaik yang mungkin. Utamakan mana yang patut dulu.

Tapi bagi yang banyak masa lapang pun kena uruskan masa juga. Sebab banyak sangat masa terluang, possibility untuk lagha tu lagi tinggi. Bila lagha, tu kerja lecturer bagi tak siap lah. bangun kuliah lewat lah. presentation tak fully well prepared lah. So, jangan ingat bila kita tak busy dan banyak masa untuk buat assignment, kita akan goyang kaki dan too relax. Kena juga uruskan masa sebaiknya.


bersedia physically & mentally! (persediaan ke alam kolej/ matrikulasi/ universiti)
me in the front of Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Okay tu lah 5 benda yang saya nak bebelkan kepada mereka yang 'newbie' di luar sana. Jangan terpedaya dengan 'keseronokan' di alam kolej/matrik/universiti sehingga mengabaikan akademik. Seronok memang seronok kalau kau dapat kawan yang best. Tapi jangan terlalu lagha sehingga akhirnya mengecewakan ibu bapa sendiri di rumah/kampung. Jangan terlalu wasting your time dengan perkara yang tak sepatutnya. Later you will regret it. Be moderate and considerate :)


Sincerely,
SAYIDAH NAPISAH
(your graduated senior at UPM)

You May Also Like

3 comments

  1. Nice sharing kc.. Tak sabar nak sambung belajar 😍

    ReplyDelete
  2. rindunyaa time studyyy! btw u comel sngt.. hehe :p

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p