Soalan Percubaan PT3 2017 Matematik + Skema Jawapan | MRSM, Melaka & Kedah

by - September 25, 2017
Wah wah PT3 nak dekat dahh. Tak sampai 2 minggu dah rasanya PT3 akan berlangsung. Pergh mesti debau debau kan students PT3? hehehe. Takpe takpe. Jangan gabra, jangan panik.. teruskan buat latih tubi dan biasakan dengan formula-formula semua. Sebut tentang latih tubi, antara soalan yang bagus untuk dijawab --- soalan percubaan PT3 2017 negeri & MRSM. Orang kata kalau soalan paper trial susah, paper sebenar akan lebih mudah. Tapi bukan lah mudah sangat, just easier than trial. Tapi kalau paper trial senang? Jeng jenggg. Ehehe. That's why kena buat soalan percubaan pt3 2017 matematik. 

Kalau rasa susah, kena lah buat lagi dan lagi. Tingkatkan usaha. Mana soalan tak faham or tak tahu, tengok jawapan. Tengok jalan penyelesaian macam mana dia buat. Tengok skema pemarkahan / panduan penskoran. Tengok markah diberi di mana. So that kita tahu ohh bahagian ni dia bagi marks, ohh jalan kira kecil ni pun penting. 


Senarai Soalan Percubaan PT3 2017 Matematik (Math)

Soalan Percubaan PT3 2017 Matematik + Skema Jawapan | MRSM, Melaka & Kedah
Soalan Percubaan PT3 2017 Matematik + Skema Jawapan - MRSM
MRSM (Maktab Rendah Sains Mara)

Melaka (MK)
Soalan

Kedah
Soalan



Sebenarnya kan.. antara tips nak skor kertas peperiksaan; tak kisah la UPSR, PT3 atau SPM.. tips nya ialah awak kena tahu topik soalan apa yang awak nak skor. Awak kena target topik or jenis soalan macam mana yang awak nak. Bila dah tahu dan dah target, senang lah. Fokus kan saja yang tu. Nak kata risky tak juga sebenarnya. Sebab..

Format dan topik soalan-soalan UPSR or PT3 or SPM sama je setiap tahun. Mungkin ada yang lain sikit. Tu kena analisis or buat je soalan-soalan percubaan. Tapi ada je bab yang setiap tahun mesti keluar. Haaa bab tu lah yang kena study. Bab tu lah yang kena tekankan.

Pahe dop? Hehehe.

Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Faktor (Bab 2 Tingkatan 1).



Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Pola Nombor (Bab 2 Tingkatan 1).



Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) & Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) (Bab 2 Tingkatan 1).



Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Faktor Sepunya (Bab 2 Tingkatan 1).



BACA: Tips Skor A Kertas Matematik (PT3 & SPM)

Goodluck! Jangan mengalah sebelum berjuang. Dan berjuanglah sehingga ke penghujungnya (peperiksaan). Fighting!

Daaa~ wassalam.
Soalan Percubaan PT3 2017 Matematik + Skema Jawapan | MRSM, Melaka & Kedah
TUTOR/ TUSYEN MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN (Lokasi: Seremban, Negeri Sembilan) | mengajar matematik any level until ijazah

You May Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p