"cepat la jawab kak.. akak bijak tak?"

by - June 04, 2017

"cepat la jawab kak.. akak bijak tak?"
my student - tutor matematik Darjah 4 - Afiq
Student tutor saya, darjah 4, diberi nama Afiq, tanya saya time kelas - "akak.. akak bijak tak?"

Saya pun pandang semacam. Dia mesti dah boring buat soalan matematik ni haha - "kenapa?"

Dia tak puas hati.. - "alaaa jawab dulu. akak bijak tak?"

Saya dengan rendah hati nya (sebab memang rendah pun) jawab - "tak."

Dia bertambah tak puas hati - "ala kak jawab la betul-betul, akak bijak tak?"

Dia memang nak lawan dengan aku ni - "Ya Allah.. betul la akak tak bijak pun."

Dia pandai menjawab - "Habis tu kalau tak bijak macam mana akak jadi cikgu, ajar orang"

Saya sengih je - "Alaa pandai ajar tak semestinya bijak. Ada yang lagi bijak dari akak"

Dia try semula soal den. - "Okay jawab. akak bijak tak?"

Dia ni kan ada lah tu nak kenakan aku - "Tak bijak." Bila dia pandang tak puas hati, saya pujuk "alaa tanya jelah soalan lepas tu"

Dia macam dah nak surrender. - "Cepat la jawab kak.. akak bijak tak?"

Budak ni kan aku cepuk kang - "Tak bijak."

- "2+2 berapa?"

Oh tu soalan dia. 
Dalam otak den fikir trick apa laaa dia nak bagi kat aku ni. Saya pun go with the flow - "2+2=4"

- "3+3?"

- "6"

- "4+4?"

- "8"

- "5+5?"

- "10" . Dalam hati saya dah debar-debar, part mana dia nak kelentong aku ni.

Dia teruskan - "6+6?"

- "12"

- "7+7?"

- "14"

Dengan muka pelik dan dahi berkerut, tiba-tiba dia tanya - "Apa eh yang saya tanya mula-mula tadi kak? Lupa lah"

Tanpa berfikir panjang, saya terus jawab - "2+2"
Then, eh saya baru teringat tu bukan soalan pertama dia! Soalan pertama dia adalah ..... tak sempat saya nak betulkan jawapan, dia dah teriak..

"Salah! Yeay yeay! soalan saya mula-mula adalah akak bijak ke tak. Bukan 2+2"
Dia tergelak kemenangan sambil kekekkee kat saya.

=.=

Kbai afiq kbai akak tak nak dah ajar kau hahahaha. Eh gurau jee. Berani den tak ajar dia? Mak dia dah bayar duit kat den haha. Lagipun, best ajar dia ni. Dia di antara my student yang paling cepat catch up dan boleh dikategorikan pandai macam cikgu dia (a.k.a me) muahahaha.

Cerita ni sekadar hiburan seperti terhiburnya afiq kenakan saya haha. So, semoga anda terhibur juga hehee. Daa~ wassalam :)


Baca juga:


p/s: Anyone yang Area Seremban, boleh hire me as Matematik/ Matematik Tambahan tutor for you or your son/daughter. Level: sekolah rendah, menengah, matrik, universiti (degree). Just whatsapp me at 0172008642 (Sayidah) :)

tutor matematik seremban
Tutor Matematik/Matematik Tambahan di Seremban

Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Faktor (Bab 2 Tingkatan 1).



Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Pola Nombor (Bab 2 Tingkatan 1).



Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) & Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) (Bab 2 Tingkatan 1).



Matematik : Cara Menjawab Soalan Kertas Model Peperiksaan PT3 2017. Topik - Faktor Sepunya (Bab 2 Tingkatan 1).

You May Also Like

3 comments

  1. Hahahaa bijak jugak budak ni.. ekekkee. terkena pulak kak cik.

    ReplyDelete
  2. Hahahaa boleh tahan jugak kenakan kakak ye..:)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p