Petua Naikkan Seri Wajah Mempelai - sayidahnapisahdotcom Petua Naikkan Seri Wajah Mempelai
LightBlog

Petua Naikkan Seri Wajah Mempelai

Assalamualaikum semua~! Semalam ada dua invitation ke majlis perkahwinan yang saya dapat di Facebook. Sorang kawan sekolah, sorang lagi senior sekolah. Dua-dua majlis 2 Disember ni haha. Tapi memang ramai pun lah yang buat kenduri kahwin 2 December. Saudara saya belah Perak dan Pahang pun majlis 2 Dis ni. Okayyy tapi bukan nak cerita pasal tu sebenarnya hahaha. Fokusnya adalah bakal pengantin perempuan haaa. Saya ada jumpa kat surat khabar baru-baru ni : Petua Naikkan Seri Wajah Mempelai. Saya pun tertarik nak share dengan semua apakah 10 petua naikkan seri wajah mempelai itu. Bagi saya, ianya memang patut untuk bakal-bakal pengantin follow bagi nampak lebih berseri-seri pada moment penting dan hari bersejarah dalam hidup mereka.


10 Petua Naikkan Seri Wajah Mempelai

Pasti ramai yang mengetahui, banyak petua warisan nenek moyang yang boleh diamalkan bagi memastikan wajah bakal pengantin terutamanya wanita kelihatan lebih berseri berbanding hari biasa. Bukan setakat bergantung mekap pada wajah, tetapi petua diamalkan sebelum itu lagi dapat membantu menaikkan seri wajah, selain daripada amalan 'mengandam' yang dilakukan oleh juruandam.
Petua Naikkan Seri Wajah Mempelai
10 Petua Naikkan Seri Wajah Mempelai
Tidak perlu menggunakan kos terlalu banyak, bahan untuk menaikkan seri ini boleh diperoleh di sekitar kawasan rumah. 


Berikut adalah beberapa petua menaikkan seri wajah:


PETUA CANTIKKAN WAJAH

Bunga mawar bukan sekadar cantik dan wangi, tetapi ia juga mempunyai kelebihan bagi yang mempercayainya. Anda boleh mencuba makan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tiba hari pernikahan disertakan selawat ke atas Nabi.

PETUA BERSIHKAN KUKU

Kuku tangan dan kaki antara anggota badan yang perlu dihiaskan. Jangan sekadar meletakkan inai sudah memadai, sebenarnya ia juga perlu dipastikan cantik.

Gunakan kira-kira 10 keping asam keping dicampur dengan garam halus dan air suam. Rendamkan tangan dan kaki selama 30 minit dan lihat hasilnya. Boleh dilakukan seminggu sekali.

Petua Naikkan Seri Wajah Mempelai
Petua Naikkan Seri Wajah Mempelai
PETUA HILANG LEBAM BAWAH MATA

Menjelang hari bahagia, tidak cukup tidur mengakibatkan lebam di bawah mata. Untuk menghilangkannya, gunakan uncang teh yang sudah digunakan dan lekap bawah mata semalaman. Lakukan tiga kali seminggu.

PETUA PUTIHKAN GIGI

Pengantin baharu perlulah sentiasa senyum kepada tetamu yang hadir. Cara memutihkan gigi adalah ambil beberapa helai daun kelapa, bakar hingga jadi abu dan gosokkan pada gigi. Boleh menggunakan arang yang sudah menjadi abu.Gosok hingga berkilat.

PETUA HALUSKAN KULIT MUKA

Kadang kala muka terasa seperti berpasir dan tidak halus. Bagi mengembalikan kehalusan kulit wajah, anda boleh gunakan lebihan hampas teh atau kopi, dan gosok pada sekitar wajah selama dua minit. Anda akan merasai kehalusan kulit wajah.

PETUA MERAHKAN BIBIR

Bibir pucat nampak seperti anda tidak sihat. Sapukan madu lebah setiap malam di bibir dan ia akan mengembalikan warna merah pada bibir anda.

PETUA WANGIKAN RAMBUT

Ambila perahan air pandan wangi yang ditumbuk lumat dan sapukan pada kepala. Biarkan seketika dan basuh dengan air, selain itu, ia boleh mencegah rambut cepat beruban.

PETUA HILANGKAN DAKI

Daki di celah badan memang sukar dicuci. Caranya gunakan hampas kelapa dan gosok pada tubuh dan pelipat. Lama kelamaan ia akan hilang.

PETUA HILANGKAN JERAWAT KECIL

Ambil beberapa helai pucuk jambu batu, tumbuk bersama air asam sedikit hingga lumat. Kemudian letakkan ia pada wajah seketika. Lama-kelamaan jerawat berkenaan akan hilang.

PETUA MATA BERSINAR

Untuk dapatkan mata bersinar, letakkan kapas yang direndam dengan teh pekat. Lakukan beberapa kali dan mata akan kembali segar.

Sumber: akhar Berita Harian| ruangan aura. | ditulis oleh Saadiah Ismail (saadiah_ismail@bh.com.my)

Yang biasa saya dengar hanya dua je dari 10 petua ni; iaitu petua hilangkan lebam bawah mata & putihkan gigi. Yang uncang teh tu sebab saya biasa juga buat tapi tak selalu la. Kekadang malas wakakaka. Yang putihkan gigi guna arang tu tak pernah buat tapi pernah dengar orang duk kata. heee.


Okayy itu sahajaa. Daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

10 Comments

  1. Bagus petua ni, boleh try nanti

    ReplyDelete
  2. Dulu masa kak fiezz nak kahwin, ambik pakej rawatan kecantikan bakal pengantin kat SPA..Gedik sangat,kan...hehe

    ReplyDelete
  3. I nak buat la . tapi bukan sebab nak kawen la of course . haha

    ReplyDelete
  4. Yang dh kawen pun wajib apply kan petua ni. #petuatambathatisuami 😗

    ReplyDelete
  5. kalau dah kahwin , boleh amalkan petua ni tak KC...heeee

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya petua ni. Kaklong yang bukan mempelai ni pun nak buat juga la :D

    ReplyDelete
  7. Wah menarik petua kc ni..kak ami nak buat la..dah jd pengantin pon still kena jaga badan tao
    .hihi

    ReplyDelete
  8. Best juga apply untuk naik pelamin lagi sekali.. Hehe

    ReplyDelete
  9. Banyak kegunann teh ni kn.. bakal pngantin kena cukup rehat ntk tampak bseri..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p