8 Tips Mudah Bersalin & Cara Meneran Bayi Dengan Betul - sayidahnapisahdotcom 8 Tips Mudah Bersalin & Cara Meneran Bayi Dengan Betul
LightBlog

8 Tips Mudah Bersalin & Cara Meneran Bayi Dengan Betul

8 Tips Mudah Bersalin & Cara Meneran Bayi Dengan Betul | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okayyy sebelum kita pergi ke topik yang hendak dituju 'tips mudah bersalin', moh le kita melencong sebentar ke berita -- my most favourite artist in Malaysia sejak dulu, Dato' Sri Siti Nurhaliza yang sudah selamat melahirkan anak perempuan (cute and beautiful baby girl) seberat 3.55kg secara pembedahan semalam! Pada 8:17 pagi, hari Isnin, bertarikh 19 Mac 2018 bersamaan 1 Rejab 1439H, di sebuah pusat perubatan ibu kota. Alhamdulillah~ Tahniah Dato CT & her husband, Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa! Moga baby girl Siti membesar dengan sihat dan menjadi muslimah solehah penyejuk hati ayah bonda aminn hehe.

8 Tips Mudah Bersalin & Cara Meneran Bayi Dengan Betul
Tahniah Dato' Siti Nurhaliza & suami :) | credit image: Instagram ctdk
Okay dah Sayidah. Tak payah fenfeeling lebih-lebih hahaha. So, back to the topic~

8 Tips Mudah Bersalin & Cara Meneran Bayi Dengan Betul

Ada beberapa orang yang telah mengamalkan cara & tips ini ketika bersalin.. dan Alhamdulillah memang terbukti membantu proses meneran baby dengan lebih lancar. That's why saya nak share pada wanita-wanita mengandung & bakal bapa di luar sana. Semoga bermanfaat!


1. Angkat kepala dagu cecah dada.
2. Mata pandang perut.
3. Tangan pegang bahagian kaki yang berhampirang buku lali.
4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat.
5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.
6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas then sambung teran. Tiap kontraksi try 3 kali. Time kontraksi je push sebab time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa. ada kontraksi terus pus macam cara-cara tadi. Takde kontraksi, relaks.
7. Baca bismillah dan selawat.
8. Tips tambahan: kongsilah tips ini dengan suami supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit. Bila husband dah tahu senang la dia memberi panduan semasa anda bersalin.

credit: Mari Hamil
8 Tips Mudah Bersalin & Cara Meneran Bayi Dengan Betul
8 Tips Mudah Bersalin & Cara Meneran Bayi Dengan Betul
Walaupun saya belum ada experience dalam melahirkan anak, tapi dalam hati saya dah duk fikir "ingat ke aku tips-tips ni semua time sakit bersalin?". haha. Yelah kan, orang kata sakit bersalin ni adalah sakit kedua selepas mati/ sakit yang paling sakit di dunia.  Mana lah nak ingat benda-benda tu semua kan. Tapi nasib baik ada tips kelapan tu hehee.

Okay thats all. Daa~ wassalam! :)

Tag: tips mudah bersalin, cara meneran bayi dengan betul, cara meneran semasa bersalin, cara meneran baby dengan betul, cara meneran bersalin dengan betul, cara meneran bersalin, tips bersalin cepat dan lancar, tips meneran semasa bersalin, tips mudah meneran, tips untuk meneran semasa bersalin, tips meneran bayi, cara bersalin dengan betul.

Post a Comment

5 Comments

  1. Tahniah datuk siti n datuk k.. semoga anak sihat dan jadi anak solehah..

    ReplyDelete
  2. ada yg ingat ada yg hentam sjalah sbb tiga kali bersalin lain-lain pengalaman. hihiihi

    ReplyDelete
  3. kalau tak panik mungkin ingat lah kot. Tapi kes terkoyak sampai punggung tu kawan dah 2 orang kena. Memang azab.

    ReplyDelete
  4. Watching and guiding women given birth almost everyday, I can say all of these are correct and really used in the labor room 😊

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p