Cara perempuan pujuk lelaki merajuk - sayidahnapisahdotcom Cara perempuan pujuk lelaki merajuk
LightBlog

Cara perempuan pujuk lelaki merajuk

Cara perempuan pujuk lelaki merajuk | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Orang kata kalau perempuan merajuk senang nak pujuk. Tapi kalau lelaki merajuk.. scary! Seram! Horror! Sebab lelaki ni susah nak merajuk, so kalau sekali dia merajuk, suasana sekeliling pun jadi suram. Kita yang perempuan nak pujuk pun berani berani takut je.

Tapi betul ke lelaki susah nak merajuk? Yeap. Jika nak dibandingkan lelaki dan perempuan, mengikut fakta.. perempuan lebih beremosi berbanding lelaki. Perempuan ni hatinya rapuh. Lelaki lebih tough jiwa dia. So kalau lelaki tersalah sikit atau tertinggi suara sikit pun kat perempuan (especially time kaum Hawa sedang period), dah boleh buat perempuan merajuk berkilo kilo hehe. Tapi tak semua la perempuan macam tu dan kalau merajuk pun, tak lama kecuali perkara/kesalahan besar yang dilakukan oleh si lelaki. Ehh dah kenapa pula saya cakap tentang perempuan merajuk ni adoii lari topik betul hahaha.

Okay okayy back to the topic. Kalau lelaki merajuk, apakah inisiatif si perempuan untuk memujuk? Lelaki in general ye. Tak semestinya lelaki pasangan kita je. Ayah, abang, atuk, sepupu lelaki, kawan lelaki semua termasuk dalam topik ni.


Cara perempuan pujuk lelaki merajuk

Cara perempuan pujuk lelaki merajuk
Cara perempuan pujuk lelaki merajuk | credit image: Google
1. Buat lawak tak kelakar
2. Belanja makan
3. Ucap maaf
4. Dia yang merajuk


Eh ehh no.4 tu hahaha. Tapi betul la kan? Hehe. 4 cara di atas ni kredit to @NakBebel. Cara di bawah ni adalah daripada saya sendiri:

5. Mengaku salah - turunkan ego dan mengaku salah (kalau betul salah). tell the truth. don't beat around the bush. lelaki tak suka konar konar.

6. Jangan kacau, beri ruang - lelaki ni kekadang bila otak tengah kusut dan rimas, dia tak suka dikacau. so biar dia 'sejuk' dulu

7. Tulis surat or tinggalkan short note - cara classic sikit laa. bagi ayat manis dan pickupline sikit ke. dengan harapan dia akan cair haha.

8. Buat/beli apa yang dia suka

Siapa nak tambah tip cara memujuk lelaki yang merajuk, boleh letak di ruangan komen di bawah tau hehe.


Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:



Post a Comment

3 Comments

  1. Waaaa nice tips...kadang makin dipujuk makin meroyan...baiknya bila di diamkan...

    ReplyDelete
  2. alahai comel la lelaki merajuk..hahahaa

    ReplyDelete
  3. Untuk suami isteri boleh apply ni, time suami merajuk peluk kuat2 jangan lepas..nanti hilangla marah dia :P
    Singgah follow sini :)
    https://www.nurzariniismail.com/2018/03/kebaikan-dan-keburukan-kerap-tukar.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p