Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2018/ 1439H Mengikut Negeri - sayidahnapisahdotcom Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2018/ 1439H Mengikut Negeri
LightBlog

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2018/ 1439H Mengikut Negeri

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2018 | ZAKAT sangat sinonim dengan umat Islam lebih lebih lagi ketika berada dalam bulan Ramadhan. Ianya wajib dibayar oleh setiap orang termasuk bayi dan warga emas. Aik macam mana baby nak bayar? Haa.. Itulah tugas dan tanggungjawab para ibu bapa atau adik beradik untuk bayarkan zakat fitrah ahli keluarga yang belum mampu atau tak mampu nak bayar sendiri.

Contoh macam saya sebelum sebelum ni.. time saya masih sekolah, umi/abi tolong bayarkan. Bila saya masuk matrik dan kemudian UPM, abang saya yang dah berkerja pula yang tolong bayarkan untuk saya. Kira wakil lah senang cerita. Tapi bermula tahun lepas (2017), saya berjinak jinak membayar zakat fitrah untuk diri sendiri memandangkan saya dah kerja, dah boleh jana pendapatan sendiri. Plus, saya bayar untuk umi abi sekali. Alhamdulillah~ berbakti dengan ibubapa selagi boleh dan selagi ada kudrat kan.

kadar zakat fitrah 2018
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sembilan pada tahun lepas (tahun 2017)

Bila pembayaran zakat fitrah boleh dibuat?

Bayaran zakat fitrah boleh dilakukan pada bila bila masa sepanjang bulan Ramadan. Nak bayar pada pagi 1 Syawal pun boleh juga tapi takut tak sempat pula kan. Dengan sibuk nak sembahyang raya, nak gosok baju raya, mandi sunat raya, nak merasa juadah raya lagi.. uishh mahu lupa terus tentang zakat haha. Makanya, bagi mengelakkan dari kejadian tersebut, lebih baik lah kita bayar awal awal. Untuk kesenangan pada masa yang akan datang.


Macam mana nak buat bayaran zakat fitrah?

Zakat fitrah boleh dibuat di mana-mana kaunter/ booth yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Tapi dengar-dengar, sekarang ni boleh bayar zakat secara Online. Cara-caranya wallahualam. Saya tak berapa arif dalam perkara tu. So, tak nak la explain lebih-lebih. Pada sesiapa yang berminat tu, boleh la cuba search lebih mendalam lagi bab tu ye hehe.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2018M/ 1439H

Sabah RM7.00
Sarawak RM7.00
Melaka RM6.70
Perak RM7.00
Kedah RM7.00
Pahang RM7.00
Johor RM7.00
Pulau Pinang RM7.00
N. Sembilan RM6.50
Perlis RM7.00
Wilayah Persekutuan RM7.00
Terengganu RM7.00
Kelantan RM7.00
Selangor RM7.00

kadar bayaran harga zakat fitrah 2018
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2018 Seluruh Negeri
kadar zakat fitrah mengikut negeri
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2018
Kadar zakat fitrah bagi Negeri Sembilan pada tahun ni still sama dengan tahun lepas iaitu RM6.50 (RM6.50 bersamaan 2.751 KG beras) & juga merupakan kadar zakat fitrah yang paling rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Yezzahh! Hahaha.

Saya belum bayar lagi untuk tahun ni. InshaaAllah nanti bila bila shopping raya kat mall ke terjumpa kaunter pembayaran zakat fitrah, haa syantik la tu. Sambil shopping, sambil sambil tu bayar zakat. Kill two birds with one stone gitchuww~

Oraitt.. Selamat menunaikan kewajipan yang satu ni! Daa~ wassalam!

BACA JUGA:



Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p