Total Pageviews

TIPS PERSIAPAN BALIK KAMPUNG - RAYA AIDILFITRI

by - June 09, 2018

TIPS PERSIAPAN BALIK KAMPUNG - RAYA

TIPS PERSIAPAN BALIK KAMPUNG - RAYA AIDILFITRI
TIPS PERSIAPAN BALIK KAMPUNG - RAYA [gambar sekadar hiasan // sumber Google]
Jangan kau pertikai apa bini kau buat.

Jangan ingat kemas beg tu senang.

Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.

Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.

Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.

Baju ni ada banyak jenis baju.

Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.

Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.

Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar.

Belum baju anak.
Uiii..tu lagi banyak jenis.

Baju raya.
Baju bila dah tengah hari.
Baju tidur.
Baju ganti kalau baju raya dah comot.
Baju kalau tido dalam aircond.
Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond.
Baju berlubang, baju takde lubang.

Tu kalau seorang anak.
Kalau ada 5? 6?

Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.

Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.

Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.

Iron pun dia bawak weh!

Kasut?
Ha..ada kasut raya.
Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh.
Hmmmmmm

Fuh...tu je..
Tu je?
Belummmmmm...

Kuih raya..kerepek raya..kek lapis..kek coklat...serunding..dodol...

Ha...mandi cemane mandi...
Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.

Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya.

Ha..ok...cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.

Eh...ada lagi!
Barang mekaaappppp...

Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah... Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu.

Charger handphone..charger charger..
Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.

Dan...dan...
Dia siap ada plan kontigensi.
Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.

Jarum jahit pun ada..benang..gunting...kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..

Haaaaa......
Ok.
Ada dah semua.
Fuhh...legaa....
Ok zip beg!

Suami kerjanya apa?
Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta.
Jangan cakap pape.

Angkat.susun.senyum.

#copypaste

Hahhaahhaa. Paling tak menahan part "nak meletup dah pun beg tu ha". Adehh siapa laa yang mengarang tulisan kelakar kat atas ni. Memahami betul. Agak agak perempuan ke lelaki yang menulis ni eh? Jeng jeng~ wallahualam.

Tapi dalam kelakar tu, ada betulnya juga kan. Macam pin kerongsang perempuan tu. Betul sangattt! Jangan ingat jenis kerongsang tu satu dua ketul je ye. Banyak ketul. Tu belum spare part kerongsang kot kot nanti hilang ke tercabut ke. Hahaha.

Macam macam ragam nak beraya, bestt hehe.

You May Also Like

8 comments

  1. Hahaha kelakaw betul orang yang buat ni KC. Tapi memang betul pun dia tulis tu. Akak sejak dah ada anak ni semua bila balik kampung je senak perut. Nak mikir banyak benda nak kena bawak. Tu dia lupa tulis pampers anak, kalau ada anak kecik la haha. Kalau boleh angkut rumah ni, dah lama dah angkut. Tak payah pening kepala nak bawak itu ini. Percayalah KC dalam bebanyak senarai tu ada yang tertinggal nanti. Ni pun akak tengah cari mood nak packing baju. Hahahahaha.

    ReplyDelete
  2. Perjuangan mencari lailatul qadr di teruskan malam ini. Selamat berjuang di malam 25 ramadhan.

    Selamat pulang ke kampung

    ReplyDelete
  3. Haha tapi memang betul pun.. cuba bagi lelaki buat sekali ! Mau ada yang tertinggal apa-apa tu

    ReplyDelete
  4. Mama singgah blog walking malam malam buta ni. Hehe. Balik kampung ingat orang yang tersayang

    ReplyDelete
  5. Walaupun nampak macam lawak tapi itulah hakikatnya. Mungkin sebab tu orang kata kalau perempuan balik kg satu almari nak dibawanya.

    ReplyDelete
  6. pin untuk kain longgar tu wajib ada hahahahaha xpun kain pin terputus, kena ada backup. hihi

    ReplyDelete
  7. fuhhhhhh.. dah mcm senarai semakan penuh. mcm2 ooo hehehe

    ReplyDelete
  8. Hahaha.. Setuju sangat.. Part kemas beg nak balik kg nie memang mencabar.. Yang paling penting, baju kena siap gosok.. Tak ada nya nak gosok gosok baju kat kg..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p