Total Pageviews

Niat puasa ganti dan sunat serentak.. boleh atau tidak sebenarnya?

by - July 06, 2018
Niat puasa ganti dan sunat serentak | Pada bulan Syawal, ini lah antara isu ataupun persoalan yang dibincangkan atau ditanya oleh orang ramai terutamanya orang perempuan. Yelah kan, majoriti yang tak berpuasa penuh pada bulan Ramadhan adalah para wanita hehehe; atas sebab uzur haid, sakit, mengandung atau sebab menyusu bayi. So... boleh ke tak sebenarnya menggabungkan niat puasa ganti dan sunat serentak pada masa yang sama? Apa hukumnya?


Niat puasa ganti dan sunat serentak.. boleh atau tidak?

Jawapan bagi boleh ke tidak niat puasa ganti dan sunat (Syawal/isnin/khamis/Rejab/Syaaban/Syura/hari putih) sebenar-benarnya.. banyak pendapat. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh, ada yang lebih prefer puasa ganti/qadha dulu barulah puasa sunat Syawal. Maka, berpeganglah dengan salah satu pendapat yang kita yakini.
Niat puasa ganti dan sunat serentak.. boleh atau tidak sebenarnya?
Niat puasa ganti dan sunat serentak.. boleh atau tidak sebenarnya?

Hukum Puasa Qada’ Ramadhan Berserta Dengan Puasa Sunat Syawal - Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

Dalam hal ini, para ulama telah khilaf (maksud khilaf: tidak sependapat atas sesuatu perkara; keliru; pertentangan; berlawanan) kepada beberapa pendapat:.

PERTAMA: SAH

Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat.

Inilah pendapat:
Imam Ibn Hajar al-Haitami
Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162)
dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
Imam al-Barizi.
Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)
Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)

Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin

KEDUA: TIDAK SAH

Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ Ramadhan tidak kepada puasa sunat Syawal.

Inilah pendapat:
Imam al-Asnawi
Syeikh Ibn al-Solah
Abu Makhramah
Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)

Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.

TARJIH
(maksud tarjih: memilih pendapat yang dalilnya paling kuat di antara yang telah ada)

Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas.

Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa Ramadhan dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.

Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadhan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).

Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ Ramadhan dan puasa enam Syawal.

Sekian.
Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah  Persekutuan

Cara Lafaz Niat Puasa Sunat 6 Syawal & Puasa Ganti (Qada' / Qadha/ Qada) Yang Betul

Niat puasa ganti / puasa qada' (dalam bahasa rumi/terjemahan): 
"Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala"
ATAU
"Sahaja aku berpuasa esok hari qadha' fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala"

Niat puasa sunat enam syawal (dalam bahasa rumi/ terjemahan):
"Sahaja aku puasa sunat 6 di bulan Syawal kerana Allah Taala"
ATAU
"Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala"

Niat puasa qadha Ramadhan berserta dengan niat puasa enam Syawal (dalam bahasa rumi / terjemahan):
Sahaja aku berpuasa esok hari qadha/ganti fardhu Ramadhan berserta sunat Syawal kerana Allah Ta'ala.

Niat puasa ganti dan sunat serentak.. boleh atau tidak sebenarnya?
Niat puasa ganti dan sunat serentak
BACA JUGA:




You May Also Like

7 comments

  1. dulu ingatkan tak boleh sekali tu yang buat asing-asing, tapi selalu puasa sunat 6 hari tu tak sempat buat sebab dahulukan puasa qadha je.. hehehehee.. :)

    dah tahu ni, boleh lah 'sempatkan'.. InsyaAllah..

    ...

    ReplyDelete
  2. Salam sabtu dari Ibu Zaid. Asalkan niat tu kita faham dah cukup. Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. Nice sharing sis.. Akak kalu nak puasa sunat, akak akan gantikan dulu puasa qada sebabnya senang nanti tak perlukan masa yang lama untuk menggantikannya.. Anyway, tahniah diucapkan pada awak kerana awak terpilih untuk jadi pemenang 'Top Commentator' dalam jurnal akak.. Jemput singgah..

    http://www.shikinrazali.com/2018/07/top-commentor-jun-julai-2018.html

    ReplyDelete
  4. Selalu asingkan dua puasa ini.. Lebih nikmat.. kikiki..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p