Total Pageviews

Call JPJ tanya.. "bila kena renew lesen P?", "lesen penuh bila dapat?"

by - August 01, 2018
Setiap kali orang tanya saya soalan berkaitan dengan driving atau lesen memandu such as"boleh drive tak?", "ada lesen memandu ke tak?", "haritu ambil test JPJ kereta auto atau manual?", "bila last memandu?" sehingga lah soalan-soalan yang membuatkan saya kecut perut.. "best la ye rekod bersih sementara nak dapatkan lesen penuh ni kan?", "dah renew lesen P ke?", "bila expired date so that boleh tahu bila nak kena renew lesen P?", "bila nak pergi JPJ untuk dapatkan lesen penuh?", "ohhh belum renew lesen memandu ke?", "lesen belum tukar ke lesen CDL ke?".

Kenapa soalan soalan tu buatkan saya kecut perut? Sebab saya tak tahu bila kena renew lesen P! Adakah pada hari terakhir expired date di lesen P? Adakah sebelum sampai ke tarikh akhir expired date lesen P? Adakah selepas expired date? Atau renew pada harijadi (birthday) kita?
jpj lesen p
nak call JPJ tanya tentang renew lesen P
Bila saya tengok lesen P saya.. 'tempoh 23/02/2016 - 22/02/2018'. Expired date pada bulan 2 yang lepas. Adakah saya kena repeat test JPJ sebab lambat renew? Huwaa ~ I DON'T KNOW.

Bila tanya kakak, abang, abi.. semua tak sure. Semua tak pasti macam mana kekdah / konsep renew lesen P pada tahun 2018 sekarang.


Call JPJ tanya perkara berkaitan dengan renew lesen P


Last last.. Disebabkan tak tahan asyik selalu fikir pasal renew lesen P ni je, saya pun call lah pihak JPJ untuk leraikan kekusutan yang melanda. Dua soalan utama yang saya tanya adalah "bila kena renew lesen P?" & "bila boleh dapat lesen full?"

Saya tinggal di Seremban so, saya call JPJ Negeri Sembilan UTC di talian 06-6752150. Walaupun saya kena tunggu agak lama sebab talian sibuk, tapi ku gagah menunggu sehingga ada pegawai JPJ yang bertugas angkat call. Nasib baik la cik/puan tersebut menjawab soalan saya dengan penuh berhemah dan sopan. Sejuk hati.

Tak lama pun sesi soal jawab dengan beliau.. hanya beberapa minit sahaja.

"Bila kena renew lesen P?"

-- Rupa-rupanya.. kita boleh renew lesen P sejurus selepas tamat tempoh lesen P dan boleh renew bila bila masa sahaja asalkan tidak melebihi SATU TAHUN selepas expired date. So.. kalau tengok dah tamat tempoh di lesen P, jangan cuak & gelabah (macam saya). Masih boleh renew tapi jangan lengah lengah sangat. Takut terlebih 1 tahun pula.

Kalau lebih 1 tahun dari expired date lesen P baru terhegeh hegeh nak renew, takziah diucapkan. Lesen P anda dikira burn. Anda dianggap tidak pernah mengambil test JPJ. Anda kena ambil ujian lesen memandu lagi sekali. How awful is that! Nauzubillahi min zalik.
lesen memandu renew P
Lesen memandu - nak renew lesen P?
"Bila boleh tukar lesen P ke lesen kompeten penuh CDL? Apakah caranya?"

-- Bila kita renew lesen P tersebut, automatik ianya sudah ditukar ke lesen penuh. Dan saya pernah baca, ianya boleh dilakukan di pejabat JPJ sahaja. Pejabat pos atau tempat lain tidak boleh.

"Berapakah harga renew lesen 2018?"

-- Saya tak tahu pun nak renew lesen P kena bayar. Ceyhh patut saya dah jangka. Apa benda la yang free kat dunia sekarang ni kan. Nasib baik saya ada terbaca kat blog someone yang pesan jangan lupa bawa duit time renew nanti. How much? Pada tahun lepas (2017), harga renew lesen P adalah RM75. Tahun 2018? Wallahualam. Nanti lepas saya dah renew lesen P di JPJ UTC Seremban, saya update ye harga renew lesen terbaru pada tahun ni.

"Ada apa apa lagi ke nak bawa ketika renew lesen di JPJ?"

-- Yang saya baca..
1. IC (kad pengenalan) wajib bawa.
2. Satu gambar berukuran passport, background warna putih. Selain dari putih, automatik dia akan guna gambar dari IC.
3. Duit. seperti yang saya dah jelaskan tadi.
4. Lesen P.
renew lesen p
bahagian belakang lesen P
Semoga bermanfaat.. Daa~ wassalam! :)


You May Also Like

3 comments

  1. huishh ambik lesen D, saya ambik DA je hahahaha. pasal renew lesen ni saya dah berpengalaman sebab sebelum ni pernah ambik lesen motor hehehe jadi takde lah lesen P untuk kereta, dia sekalikan je dalam satu lesen

    ReplyDelete
  2. Berapa bayaran renew lesen p? Apa yg perlu dibawa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. kenapa tanya balik. semua tu dah diberitahu kat atas. sila baca hehehe

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p