Ada orang tanya "result exam setiap semester perlu update kat JPA ke?" dan "dalam tempoh berapa lama kena update selepas dapat result?".
Untuk soalan ni, saya tak nak tipu. Tapi jawapan terus terangnya.. saya tak pernah pun update result semester saya di laman web JPA (Myself) sepanjang saya dapat biasiswa JPA di yupiyem dulu (3tahun) haha. Alhamdulillah walaupun tak pernah upload result sepanjang pengajian, saya tak pernah kena denda atau diberi email/surat amaran atau disekat duit biasiswa.
Time saya nak lapor diri tamat pengajian JPA haritu, baru lah saya upload semuaaa result saya sejak dari sem1-8. Pelan pengajian pun saya kemaskini time nak lapor diri tu.
Tapi .. saya tak nak la ajar bukan-bukan dekat adikadik atau abangabang atau kakakkakak pula kan. Atau sarankan "tak perlu lah upload result di myself ketika pengajian". Sebab kot kot la sekarang ni JPA lagi strict dan selalu pantau ke kan. So, terpulang la pada korang nak upload ke tak hahaha.
Cara-Cara Upload Result & Kemaskini Pelan Pengajian di Myself JPA
![]() |
Cara-Cara Upload Result & Kemaskini Pelan Pengajian di Myself JPA |
![]() |
log masuk Myself JPA |
Log masuk > Pengajian
1. Kemaskini Pelan Pengajian Pelajar
+ Masukkan maklumat kod subjek, nama subjek dan jam kredit.
+ Kalau nak masukkan maklumat subjek untuk semester baru, klik 'Tambah Semester Pelan Pengajian". Kemudian, klik 'Tambah Semester'. Dan seterus-seterusnya pun buat je steps dan cara yang sama.
![]() |
myself JPA |
![]() |
myself JPA |
![]() |
myself JPA |
![]() |
myself JPA |
2. Hantar Keputusan Peperiksaan
+ Yang salinan keputusan peperiksaan tu,
- format file yang diterima adalah format .jpg atau .pdf.
- Saiz file < 200KB.
- Kalau saiz file kita melebihi 200KB, sila ikut tutorial yang disediakan di situ untuk kecilkan fail result tersebut.
Boleh klik di bahagian 'Maklum Pembetulan Maklumat Akademik' & karang la kat situ apa yang awak tersalah. Then, Hantar Permohonan.
Sebarang pertanyaan lanjut , boleh hubungi pihak JPA : 03-8885 3408 / 3519 / 3438 atau email ldp@jpa.gov.my.
32 Comments
macam mana kalau terlupa isi satu subjek dekat bahagian pelan pengajian?
ReplyDeletekena contact pihak JPA. ada nombor contact kat MySelf.
Deletememang kena isi semua semester ke? ke kena isi start dari dapat jpa? i mean cthnya dpt tajaan dari sem 3, so kena isi jugak ke sem 1 ngn sem 2? hehe thanks.
ReplyDeleteeventho start dapat tajaan dari sem 3,tapi isi je result semua semester.
Deletelapor diri tu selepas graduation or sebelum boleh buat ea?
ReplyDeleteyeap. selepas konvo pun boleh. sebelum konvo nak upload dokumen lapor diri yang dah ada, boleh je. yang doc belum ada, lepas konvo upload (kemaskini).
DeletePelan pengajian tu mmg wajib buat ke? Saya tak pernah buat pun
ReplyDeletePelan pengajian tu mmg wajib buat ke? Saya tak pernah buat pun
ReplyDeletekalau nak buat sekaligus selepas habis belajar boleh je :) saya dulu pun time study tak pernah buat. semasa lapor diri, baru isi semua.
DeleteSalam,kalau yg result semester attach yg result full transkrip bole je kan?sbb result setiap sem x save 😪
ReplyDeletetu saya tak pasti pula hahaha.
Deletebukan result sem tu boleh ambil kat website pelajar U masing2?
Kalau result semester2 lepas lupa nk save,attach transkrip bole jugakkan utk update result ?
ReplyDeletetu saya tak pasti pula hahaha. boleh je kot.
Deletetapi.. bukan ke result setiap sem tu boleh ambil kat website pelajar U masing2?
Kalau tak update result, jpa sekat biasiswa ke? Untuk y pertama kali.
ReplyDeleteinshaaAllah tak.
Deletesesi tu maksudnya tahun ke? jadi kalau tahun 3 semester 1, sesi 3 sem 1? atau sesi 1 sem 5?
ReplyDeleteMaksud awak yang bahagian 'sesi keputusan pengajian' dan 'semester keputusan pengajian' tu eh?
DeleteIf i'm not mistaken... Kalau tahun 3 sem 1 = sesi 1 (tahun) semester 5.
Tahun pengajian tu.. Tahun semasa. Tahun sem tu lah
Deletemasih tak paham yang ni. macam mana eh? kalau tahun 2 semester 2?
DeleteHi, macam mana nak pilih sesi? saya ada baca comments yang lain tapi tak faham hahahaha. kalau sekarang saya nak update result untuk semester 2 nak kena letak sesi berapa? sebab saya tengok pilihan sesi sampai 3 je.
ReplyDeletecontoh klu sya punya.. sesi 1 2018/2019 (semester 1)
Deletesesi 2 2018/2019 (semester 2)
sesi 1 2019/2020 (semester 3)
sesi 2 2019/2020 (semester 4)
hye assalamualaikum saya daftar myself tapi tak boleh login... kira macam mana ye tu? sebab saya cuba faham kan tapi memang tak faham😅
ReplyDeletehye macam mana kita nak log in masuk dalam myself ni sebab saya cuba log in tak boleh... saya dah try fahamkan tapi masih tak faham ii jugak
ReplyDeleteTerima kasih kak, perkongsian yang bermanfaat.
ReplyDeletehi dekat pelan pengajian ni ada bahagian keputusan subject perlu letak gred atau lulus/gagal ye?
ReplyDeletehi saya nak tanya , saya semester dua ( mac 2021 - ogos 2021 ) , macam mana ye nak isi sesi keputusan pengajian ? 2020/2021 atau 2021/2022 dan 1 atau 2 ?
ReplyDeletesesi 2 , 2020/2021
DeleteHi, nak tanya macam mana nak buat ye klu tersilap upload slip exam mcm mana ye sbb xde button delete kat situ
ReplyDeleteHi, nak tanya kalau subjek minor kategori kene letak mana satu yea?
ReplyDeletesaya lambat submit 3 hari agak agak jpa block ke tak eh untuk duit masuk
ReplyDeletekat keputusan sebelah credit hour tu kena isi gred ke point kak seban saya tkde result online
ReplyDeleteYang bahagian keputusan tu kena pilih apa kalau uitm
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p