Total Pageviews

Kenapa Bahaya Tidur Dalam Kereta Yang Tidak Bergerak + Pasang Aircond? Ini Sebabnya...

by - October 11, 2018
Bahaya Tidur Dalam Kereta Yang Ber-Aircond & Tidak Bergerak | Semalam viral berita 2 remaja yang disangka tidur di dalam kereta Myvi, rupa-rupanya telah meninggal dunia. Walaupun tidak diketahui lagi punca kematian, tapi ramai orang yang menganggap kemungkinan punca nya adalah kerana keracunan gas karbon monoksida. That's why bahaya tidur dalam kereta yang tidak bergerak + pasang penyaman udara (aircond).

Eh yeke?!
Kenapa Bahaya Tidur Dalam Kereta Yang Tidak Bergerak + Pasang Aircond? Ini Sebabnya...
Kenapa Bahaya Tidur Dalam Kereta Yang Tidak Bergerak + Pasang Aircond? | GAMBAR SEKADAR HIASAN
Selepas berita tu, ramai yang beri peringatan dan nasihat:

"Nak tidur dalam kereta pasang aircond boleh. Cuma kena turunkan sikit tingkap bagi ada peredaran udara dari luar."

"Kalau nak tidur dalam kereta kena buka tingkap sikit, sebab aircond tak circulate udara dalam kereta tak bergerak."

"Kes tadi petang tadi meninggal gara gara tersedut gas karbon aircond. Jadi hati hati kalau mahu tidur jangan kasi tutup rapat tu cermin kereta."

Seriusss! Serius saya baru tahu rupanya tak boleh tidur dalam kereta yang pasang ekon. Sebab sebelum ni saya pernah je tertidur dalam kereta dengan cermin tertutup rapat & aircond yang dipasang dengan kuat; sementara tunggu umi abi solat di masjid. Fuhh so scaryy bila ingatkan balik.

Tapi why?


Kenapa Bahaya Tidur Dalam Kereta Yang Tidak Bergerak & Pasang Aircond? Ini Sebabnya...

Kenapa Bahaya Tidur Dalam Kereta Yang Tidak Bergerak + Pasang Aircond? Ini Sebabnya...
Kenapa Bahaya Tidur Dalam Kereta Yang Tidak Bergerak + Pasang Aircond? | credit image: Astro Awani
NASIHAT DAN IKTIBAR DARI KEJADIAN INI

Bahaya Penggunaan Aircond Kereta..

Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate (beredar) di dalam kereta.

Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale (sedut). Sekiranya kita lama hentikan kereta, oksigen makin berkurang.

Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tak bangun & tidak keluar dari kereta, maka kita akan collapse atau tidak sedarkan diri.

Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tak sedarkan diri tu kita masih bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah tak dapat dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkan kematian

Apabila kereta bergerak ok sahaja kerana semasa kereta bergerak, oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin, bukan hanya oksigen yang sama circulate.

Jika nak rehat macam tu memang boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.

Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta adalah kurang. Itu adalah tanda yang kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas, tak salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab semata-mata kematian kerana karbon monoksida dari kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter & dilepaskan oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkan kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yang kenderaan lepaskan.

Sumber info: whatsapp

Semoga bermanfaat. Daa~ wassalam!

You May Also Like

2 comments

  1. Untuk panduan dan peringatan kita semua.

    ReplyDelete
  2. baru lepas baca berita ni, sha takpernah kot tidur dalam kereta

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p