Total Blog Pageviews

14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!

by - December 14, 2018
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Semalam ada terjumpa kat Facebook aneka resepi puri / resepi makanan bayi yang berusia 6 - 12 bulan. Saya nak share kat sini sebab cara membuat puree yang diberi adalah sangat sangat mudah, senang, ringkas dan padat! Boleh buat dalam masa beberapa minit sahaja! Plus, kebanyakan bahan nya adalah sayur dan buah which is good for baby! Masakan pula ada yang secara kukus. Bagus bagus. Berkhasiat!

Haaa.. siapa-siapa yang ada bayi 6 bulan, 7 bulan, 8 bulan dan ke atas atau anak buah ke.. boleh lah cuba resepi di bawah ini!


RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!

14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI LOBAK MERAH - TOMATO

Bahan-bahan:
2 biji tomato
1 batang lobak merah
3 sb (sudu besar) susu ibu/ air

Cara-cara:
1. Potong kecil lobak merah. Bersihkan lobak dan tomato
2. Kukus tomato dan lobak merah sehingga lembut
3. Masukkan tomato + lobak merah + susu ibu ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus
4. Sejukkan seketika dan hidang
resepi puri lobak merah tomato
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI MANGGA - EPAL

Bahan-bahan:
100g mangga masak (yang telah dipotong)
2 biji epal (dibuang kulit)

Cara-cara:
1. Potong kecil epal. Bersihkan
2. Kukus epal sehingga lembut
3. Masukkan epal + mangga ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus
4. Sejukkan seketika dan hidang
resepi puri mangga epal
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI STRAWBERI - BLUEBERI

Bahan-bahan:
1 cawan strawberi
1/4 cawan blueberi

Cara-cara:
1. Kukus buah sehingga lembut (jika mahu)
2. Kemudian kisar sehingga halus
3. Boleh juga dicampur dengan sedikit susu
4. Sejukkan seketika dan sedia dimakan
resepi puri strawberi blueberi
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI BETIK

Bahan-bahan:
Betik masak
Susu ibu / air (jika mahu)

Cara-cara:
1. Kisar atau lenyek betik dengan garfu
2. Boleh juga dicampur dengan sedikit susu
3. Sedia dimakan
resepi puri betik
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI BROKOLI

Bahan-bahan:
Brokoli
Susu ibu/ air

Cara-cara:
1. Potong kecil brokoli. Bersihkan.
2. Kukus brokoli sehingga lembut
3. Masukkan brokoli + susu ibu ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus
4. Sejukkan seketika dan hidang
resepi puri brokoli
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI LOBAK MERAH - AYAM

Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil stok ayam
Setengah batang lobak merah
3 sb (sudu besar) susu ibu/ air

Cara-cara:
1. Masak stok ayam tanpa bahan perasa seperti garam
2. Bersihkan lobak merah dan kukus sehingga lembut
3. Masukkan sup ayam + lobak merah + susu ibu ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus
4. Sejukkan seketika dan hidang
resepi puri lobak merah ayam
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI KENTANG - BROKOLI

Bahan-bahan:
1 biji kentang
2 potong brokoli
Susu ibu/ air

Cara-cara:
1. Rebus brokoli dan kentang bersama-sama kulit sehingga empuk berasingan
2. Kemudian kisar sehingga halus
3. Boleh juga dicampur dengan sedikit susu (jika mahu)
4. Sejukkan seketika dan sedia dimakan
resepi puri kentang brokoli
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI KURMA

Bahan-bahan:
Kurma
Susu ibu / air

Cara-cara:
1. Buang biji kurma
2. Rendamkan dalam air panas selama 5 minit untuk lembutkan
3. Kisar kurma + susu ibu ke dalam sehingga halus
4. Sejukkan seketika dan hidang
resepi puri kurma
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI LOBAK MERAH

Bahan-bahan:
Setengah batang lobak merah
3 sb (sudu besar) susu ibu/ air

Cara-cara:
1. Potong kecil lobak merah. Bersihkan.
2. Kukus lobak merah sehingga lembut
3. Masukkan lobak merah + susu ibu ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus
4. Sejukkan seketika dan hidang
resepi puri lobak merah
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI PEAR

Bahan-bahan:
1 biji pear
Susu ibu/ air

Cara-cara:
1. Kukus / rebus pear sehingga empuk
2. Kemudian kisar sehingga halus
3.  Boleh juga dicampur dengan sedikit susu
4. Sejukkan seketika dan sedia dimakan
resepi puri pear
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI PISANG

Bahan-bahan:
Pisang masak
Susu ibu / air (jika mahu)

Cara-cara:
1. Kupas dan potong kecil-kecil pisang
2. Masukkan pisang + susu ibu ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus
3. Hidangkan
resepi puri pisang
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI PISANG - STRAWBERI - PEACH

Bahan-bahan:
1 biji pisang
2 biji strawberi
1 biji peach ranum

Cara-cara:
1. Kisar semua buah di atas sehingga halus
2. Boleh juga dicampur dengan sedikit susu (jika mahu)
3. Sedia dimakan
resepi puri pisang strawberi peach
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI LOBAK MERAH - BROKOLI

Bahan-bahan:
100g brokoli
1 batang lobak merah
3 sb (sudu besar) susu ibu/ air

Cara-cara:
1. Potong kecil brokoli dan lobak merah. Bersihkan
2. Kukus brokoli dan lobak merah sehingga lembut
3. Masukkan brokoli + lobak merah + susu ibu ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
4. Sejukkan seketika dan hidang
resepi puri lobak merah brokoli
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
RESEPI PURI BUBUR NASI (PENGENALAN)

Bahan-bahan:
1/4 cawan beras
Air secukupnya

*untuk bayi berumur 9 bulan ke atas, bubur boleh dikisar bersama isi ikan (direbus/ stim) dan sayur (seperti lobak merah/ brokoli).

Cara-cara:
1. Bersihkan beras, masak bersama air di atas dapur
*boleh dikisar dahulu sebelum basuh
2. Masak sehingga nasi betul-betul kembang dan hancur
3. Sejukkan seketika dan hidang
*boleh juga dicampur dengan sedikit susu (jika mahu)
resepi bubur nasi bayi
14 RESEPI PURI (MAKANAN BAYI) 6 -12 BULAN SANGAT MUDAH DAN BERKHASIAT!
Selamat mencuba!

Moga bermanfaat! Jangan lupa share share dengan yang lain-lain :)

Daaa~ wassalam!

keyword: resepi puri, resepi puree, resepi puri mangga, resepi puri kentang, resepi puri pear, resepi puri buah, resepi puri sayur mudah dan sedap, resepi puri pisang, resepi puri kurma, resepi puree kurma, resepi puree brokoli, resepi puree epal, resepi puri mudah, resepi puri bayi 6 bulan, resepi puri bayi 7 bulan, resepi puri bayi 8 bulan, resepi makanan bayi 6 bulan, idea baby food sihat, koleksi resepi untuk bayi mudah dan berkhasiat, resepi makanan bayi 8 bulan ke atas, resepi makanan bayi 11 bulan, resepi makanan bayi 7 bulan, resepi puri bayi bersama susu ibu, resepi puri dengan air, resepi puri bubur nasi, resepi bubur nasi bayi,

You May Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p