Resepi Ketupat Palas Guna 6 Bahan & Cara Balut Daun Ketupat Palas! - sayidahnapisahdotcom Resepi Ketupat Palas Guna 6 Bahan & Cara Balut Daun Ketupat Palas!
LightBlog

Resepi Ketupat Palas Guna 6 Bahan & Cara Balut Daun Ketupat Palas!

Resepi Ketupat Palas Guna 6 Bahan & Cara Balut Daun Ketupat Palas! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa tak kenal ketupat kan? Kalau tak kenal memang nak kena cepuk haha. Ketupat ni ada banyak jenis (jagung, kacang mata hitam, dan lain lain), ikut style Negeri masing masing. Ada yang masak ketupat palas pahang, ada ketupat palas Utara, ada yang masak lemak versi Kelantan dan sebagainya. Tapi resepi ketupat palas yang saya nak share ni.. yang versi normal punya ye haha. Ketupat pulut biasa yang dibalut dengan daun palas; yang menggunakan bahan biasa-biasa sahaja.
resepi ketupat palas 6 bahan
resepi ketupat palas

RESEPI KETUPAT PALAS GUNA 6 BAHAN & CARA BALUT DAUN KETUPAT PALAS

Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam selama 1 jam. Toskan.
2 cawan santan pekat*
2 cawan santan cair*
2 sudu besar mentega*
1 sudu besar gula*
1 sudu besar garam*
Daun palas secukupnya, dibuka  lebih awal untuk memudahkan proses membalut

Cara penyediaan :

1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam periuk. Didihkan dengan api sederhana.
2. Masukkan beras pulut dan sentiasa dikacau supaya permukaan periuk tidak hangit.
3. Kacau hingga kering. Tutup tudung periuk.
4. Perlahankan api dan biarkan anggaran 3 - 5 minit. Kacau lagi dan tutupkan api.
5. Beras pulut memang separuh masak kerana selepas balut nanti, kita akan merebus lagi.
6. Balut dengan daun palas hingga habis.

#Sue tak sempat snap gambar waktu proses membalut, maklumlah sebelah tangan membalut, nak pegang kamera pun tak boleh. Di bawah ini nanti, Sue sertakan gambar ehsan dari Google cara untuk membalut daun ketupat palas.
resepi ketupat palas
resepi ketupat palas

Cara merebus ketupat palas:

Alas dasar periuk dengan daun palas dan beberapa helai daun pandan. Bertujuan untuk mengelakkan permukaan periuk menjadi hangit. Susun ketupat palas di atas daun tadi. Masukkan air hingga paras permukaan ketupat. Tutup tudung periuk dan rebus anggaran 30 - 40 minit. Angkat dan toskan.

Sedia dihidang bersama kari daging atau rendang. 
resepi ketupat palas pulut
resepi ketupat palas bersama rendang daging
*petua supaya ketupat ini tidak bertukar kekuningan, semasa proses merebus, jangan buka tudung periuk kerana asap dari api akan menukar warna asal pulut.


Cara Ikat Ketupat Daun Palas (11 Langkah sahaja):
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
Ketupat palas nak makan dengan apa?

Hmm.. Orang kata kalau nak sedap makan dengan kari daging. Nak makan dengan rendang dan serunding pun sodap. Ikut tekak masing masing.

Yang pasti.. saya tak sentuh sangat ketupat ni kalau ada dihidangkan. Saya lebih suka lemang instead of ketupat. Kenapa? Maybe sebab saya orang Perak? Ehh. Ada kaitan tak agak agak? Hentam jela labuu haha.

Okay itu sahaja. Till next time, daa~ wassalam! :)


Post a Comment

3 Comments

  1. Keluarga kak PC suka ketupat palas ni..makan dengan kari ayam atau rendang..yang ada kurang suka sebab tak tahandengan pulut..angin dan sejuk.

    ReplyDelete
  2. ray suke makan yg goreng sbb garing. tak kire nak makan jugak walaupun sakit gigi. haha

    ReplyDelete
  3. wahhh siap ada cara2 menganyam lagi! boleh cuba ni

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p