TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Resepi Rumah Terbuka Aneka Menu Makanan Sedap Pergh Terangkat!

by - June 17, 2019
Resepi Rumah Terbuka Aneka Menu Makanan Sedap | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Yezzahh entri resepi rumah terbuka yang dinanti-nanti~! Raya kan sebulan? So selagi tak habis Raya, selagi tu lah rumah terbuka sentiasa terbuka untuk semua lebih lebih lagi pada hujung minggu hahaha. Yelah kan, open house time hari raya ni tujuannya untuk mengeratkan silaturrahim, mana yang jauh kita dekat dekatkan. Masa ni lah mana yang dah lama tak jumpa, buat reunion gathering berjemaah kann.

Tetamu datang rumah tapi tak tahu nak masak apa?

Nak buat rumah terbuka untuk jiran tetangga dan kawan terdekat tapi tak ada idea menu makanan yang sedap untuk dihidang?

Tiba-tiba hilang semua resepi bila saudara mara, sepupu sepapat beritahu secara mengejut nak mai rumah?

Sekali sekala nak masak makanan 'berat' lain daripada yang kebiasaan, yang tak pernah dicuba sebelum ni?

Masa limited dan nak jimat, tapi ada ke menu masakan yang mudah, senang, simple dan cepat; yang ramai orang suka?

Don't worryyy.. here we go~ pelbagai resepi menu rumah terbuka yang ada di bawah ini! Ada yang berkuah, goreng, pedas, makanan tradisional Melayu, makanan barat, makanan berasaskan nasi, bihun, mee dan sayur. Haa macam macam adaaa!


Aneka Resepi Rumah Terbuka Menu Makanan Sedap Pergh Terangkat!


1. RESEPI NASI LEMAK SAMBAL BILIS
(untuk 8 orang )
resepi nasi lemak
resepi rumah terbuka - nasi lemak
Cara masak nasi lemak:

5 cawan beras
Santan sederhana pekat dari kelapa fresh
Garam
Gula
1 inci halia diketuk
3 helai daun pandan disimpul

- Basuh bersih beras kemudian masukkan santan ikut beras yang anda guna.. masukkan garam, gula sikit, halia dan daun pandan biarkan dalam 15 minit sebelum dimasak. tujuan nya hasil nasi lembut
resepi nasi lemak sedap
Resepi nasi lemak sedap sambal ikan bilis!
BAHAN SAMBAL BILIH SEDAP

3 biji bawang besar dimayang
4 biji bawang besar di kisar
1 labu bawang putih dikisar
1- 2 cekak lada rebus dan kisar ikut kepedasan
Sedikit air asam jawa (saya guna pes asam jawa adabi)
Garam
Gula
Bilis goreng 1 mangkuk kecil
1 cawan @ lebih sikit minyak masak
Air (bila perlu sahaja)
resepi sambal ikan bilis
resepi sambal ikan bilis sedap
CARANYA

1. Panaskan minyak masak.. dan perlahankan api dapur tapi jangan perlahan sangat kira tahap sederhana ... Masukkan bawang besar yang dimayang tadi sehingga layu sahaja kemudian masukkan bawang kisar .. sebab apa hanya layu sahaja? nanti hasilnya bawang mayang tu dia akan hancur sendiri .. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar tadi tumis lagi hat ni kena lama tumis tau tak perlu isi air lagi.. biar dia pecah minyak.. kalau tak pecah korang tambah minyak lagi.. nampak ia agak kering tambah sikit air .. kacau nampak lagi kering tambah lagi sedikit air .. begitulah sehingga 2 jam atau lebih..
3. Last sekali baru masukkan gula dahulu kemudian air asam jawa, garam, bilis goreng dan nak masuk ajinomoto pun ikut suka korang...
4. Biasa sambal bilis ni sedikit manis baru ngam dengan nasi lemak.. dan kuah sambal ni jangan pekat sangat dan jangan cair sangat..

Kredit: tahrunnisa

2. RESEPI LONTONG GORENG
resepi lontong goreng
resepi rumah terbuka - resepi lontong goreng
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
10 tangkai cili kering
1 genggam ikan bilis
Kobis sikit je
1 biji telur
2 bungkus nasi impit nona (nak guna brand lain pun boleh)
Bawang goreng.
Daun sup
Daging @ayam
Kiub ayam

Blend bawang, bawang putih, cili kering dan ikan bilis pastu tumis dan letak kiub ayam macam buat nasi goreng pastu pecah telur then masuk nasi impit tadi bersama sayur kacau rata letak 2 sudu kicap manis.. last skali letaklah daun sup dan bawang goreng... Lebihan nasi impit tu kita tak membazir la atau buang bleh NGAP terus masuk perut..

Kredit: nur aina insyirah

3. RESEPI STEAMBOAT (SEAFOOD, SOSEJ, FISHBALL, SAYUR)

First time buat STEAMBOAT.. Pakai pes ADABI je.. Sedap bak hang! Kalah restoren Johnny's tau.. Jimat duit lepas ni.. :)

Boleh buat menu rumah terbuka nanti...
resepi steamboat
resepi rumah terbuka - resepi steamboat
resepi steamboat
bahan bahan steamboat
bahan steamboat sedap
bahan steamboat sedapnya!
cara masak steamboat
antara bahan steamboat
resepi steamboat homemade
sosej, fishball dan sayur sayuran masuk dalam steamboat
cara buat steamboat
meriah bahan steamboat atas meja!
resepi steamboat mudah
cara buat steamboat mudah di rumah
Resepi :
- 2 paket tomyam Adabi
- 1 paket asam pedas Adabi
- Serai
- Daun limau purut
- Bawang holand ( dihiris )
- Cili padi
- Bahan-bahan steamboat pilihan sendiri

Kredit : Rizsya Zwa

4. RESEPI NASI ARAB SUPER SIMPLE La'nina
(portion untuk 4 orang makan)
resepi nasi arab
resepi rumah terbuka - resepi nasi arab simple
Bahan-bahan untuk rebusan :

4 potong ayam (saya guna whole leg)
4 mangkuk air bersih
1 kiub ayam
1 biji tomato (potong 4)
1 labu bawang besar (potong 4)
2 biji lada hijau (potong 4)
1 batang kulit kayu manis
1/2 camca ketumbar biji
1 /2 camca jintan manis biji
1/2 camca lada hitam biji

Bahan-bahan untuk tumis:

1 1/2 mangkuk basmathi extra panjang
1/2 camca ketumbar
1 /2 camca jintan manis
1/2 camca lada hitam biji
1 helai daun pandan

Cara-cara :

1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit dan perasakan dengan garam, ajinamoto atau cukup rasa, terpulang pada anda. pastikan air rebusan ada rasa yang secukupnya, sebab nasi arab ni tak banyak lauk, jadi nasi kena cukup rasa lemak masinnya. Matikan api dan keluarkan ayam.

2. Lumur ayam dengan madu dan serbuk kunyit. Biarkan seketika.

3. Sementara itu, tumis kan daun pandan , ketumbar , jintan manis dan lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau . setelah naik bau , masukkan basmathi tadi dan tumis selama 1 minit . Matikan api .

4. Ambil periuk nasi, masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi diikuti dengan bahan rebusan pula. Susun ayam tadi di bahagian atas .
*untuk sukat air rebusan sila ikut jenis beras yang digunakan ye .

5. Masak nasi tersebut menggunakan rice cooker dan siap untuk dihidangkan dengan lauk yang anda suka contoh dalca atau sebagainya .

Kredit Resepi : lina kasmani

5. RESEPI NASI KERABU KELANTAN BIRU
resepi nasi kerabu
resepi rumah terbuka - resepi nasi kerabu
Bahan-bahan:

Nasi Biru:
1 cawan nasi
8 bunga telang
2 daun limau purut
1 serai

Sambal Ikan Kerisi:
1 Mackerel, keluarkan dagingnya
80 gram kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
4 bawang merah
1 cm halia, dikupas
1/4 sudu kecil serbuk lada putih

Sambal Kelapa:
3 biji cili kering, direndam dengan air panas untuk melembutkan
4 bawang merah, dikupas
300 ml santan
1 keping Asam Gelugur
1 batang serai
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil sos ikan bilis

Cara memasak nasi biru:
1. Cuci beras lalu toskan.
2. Rendam beras dengan air bunga telang selama 10 minit.
3. Masukkan daun limau purut dan serai, lalu masak beras seperti biasa.

Cara memasak sambal ikan kerisi:
1. Goreng kering kelapa parut di dalam kuali hingga kekuningan
2. Tumbuk halia dan bawang merah di dalam alu.
3. Masukkan kelapa parut dan bahan-bahan lainnya, tumbuk hingga gaul dengan baik.
4. Jika anda tidak mempunyai alu dan mortar, gunakan pengisar atau blender.

Cara memasak sambal kelapa:
1. Campur cili kering dan bawang merah ke dalam pengisar.
2. Masukkan santan ke dalam periuk lalu tambahkan campuran cili kering dan bawang merah, asam gelugur, dan serai.
3. Reneh perlahan-lahan, kacau senantiasa selama 10 minit sehinga memisahkan minyak.
4. Tambah gula, garam, dan sos ikan bilis
5. Hidangkan nasi biru, sambal kelapa, dan sambal ikan kerisi bersama ulam, keropok, telur masin, ikan goreng tepung, daging bakar dan ayam goreng.

6. RESEPI NASI BERIANI AYAM
resepi nasi beriani
resepi rumah terbuka - resepi nasi beriani
Bahan nasi:

4 cawan beras basmati - dicuci bersih, ditoskan (sebaiknya guna beras basmati Faiza)
1/4 cawan susu cair
6 cawan air biasa
1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia tua dikisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
>< 3 sudu besar minyak masak
1 pokok daun saderi - patah-patahkan
1 pokok daun bawang - patah-patahkan
1 tangkai daun pudina - patah-patahkan
1/4 cawan kismis - goreng dan toskan minyaknya
1/4 cawan gajus - goreng dan toskan minyaknya
segenggam bawang goreng
beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
2. Masukkan susu cair, air dan beras. Tambahkan sedikit garam. Kacau sebati.
3. Bila sudah mendidih kacau lagi dan tutup periuk.
4. Bila air nasi sudah kering buatkan lubang-lubang menggunakan chopstick dan titiskan beberapa titik pewarna kuning. Taburkan atasnya dengan gajus dan kismis yang digoreng tadi bersama daun saderi, daun bawang, bawang goreng dan daun pudina. Tutup periuk.
5. Agak-agak nasi hampir tanak, buka tudung periuk dan gaul sebati dengan bahan-bahan tadi.
6. Masak nasi hingga tanak dan sebelum dihidang buanglah segala macam dedaun tadi.

Bahan ayam masak beriani:

>< 1 kg ayam - potong ikut suka
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 biji bawang besar dadu kecil
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
1/2 inci halia muda tumbuk lumat
1 paket kecil rempah beriyani faiza
2 biji tomato dadu kecil
2 biji kentang potong 8
1 batang lobak merah potong ikut suka
rempah tumis 4 sekawan
1 pokok daun pudina - ambil daunnya
1/4 cawan yougart
air secukupnya
1 kiub ayam
garam secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit serbuk. Goreng separuh masak, ketepikan.
2. Dengan lebihan minyak tadi tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan tomato dan kacau sebati. Masak lagi.
4. Masukkan rempah beriyani dan kacau sebati. Bila naik bau masukkan yougart dan air.
5. Masukkan juga lobak dan kentang.
6. Bila lobak dan kentang mulai empuk masukkan kiub ayam dan ayam yang sudah digoreng tadi, kacau sebati. Tutup kuali dan perlahankan api supaya ayam dan lainnya masak dengan mesra.
7. Masukkan daun pudina, kacau lagi dan rasakan masinnya.
8. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.

Bahan acar mentah:

1/2 biji nenas - buang empulur, potong kecil
1 biji timun - buang empulur potong panjang
1 biji lobak merah - potong panjang halus
1 biji bawang merah - belah 4 dan hiris
2 batang lada merah - hiris
3 sb cuka - saya guna cuka kurma
garam
gula
sedikit air panas

Cara-caranya:

1. Masukkan lada merah dan bawang besar dalam mangkuk. Tambahkan garam, cuka kurma, garam dan gula. Masukkan juga air panas. Kacau sebati.
2. Masukkan nenas, timun dan lobak merah dan gaul merata dengan bahan-bahan tadi.
3. Rehatkan dahulu sebelum dihidang.

7. RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU
resepi nasi dagang
resepi rumah terbuka - resepi nasi dagang
Bahan-bahan untuk Nasi:-

4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia

Cara cara :

1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan

Resepi Gulai Ikan Aya:

Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Bahan-bahan gulai :

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Resepi Acar Timun:-
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang

- SEMUA dihiris memanjang

1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

8. RESEPI KUAH MI REBUS
resepi kuah mee rebus
resepi rumah terbuka - mi rebus
Resepi kuah mee rebus:
1) Rebus 4 biji bawang bombay, 5 ulas bawang putih, segenggam cili kering , 2 biji ubi keledek, 5 biji ubi kentang, 1/3 senduk kacang tanah goreng dan 1/3 senduk udang kering
2) rebus daging
3) Kisar semua bahan yang direbus tadi
4) Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah dikisar
5) Masukkan sesenduk sos tomato dan sos cili
6) Tambah air (air rebusan daging tadi)
7) Perasakan dengan gula dan garam secukupnya
bahan mee rebus
bahan mee rebus
resepi mi rebus sedap
resepi lengkap mee rebus
cara masak mi rebus
cara masak mee rebus
Kredit: somad musa

9. RESEPI NASI AYAM PALING SENANG
(untuk 10 orang makan)
resepi nasi ayam
resepi rumah terbuka - resepi nasi ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
*blend dan lumur pada ayam (ayam seekor jangan potong). perap jap 1/2 jam atau lebih.

Rebus ayam dalam air panas meggelegak 5-6 minit.. air dah panas baru masuk ayam.. kalau nak kulit cantik glowing wajib tutup periuk.

Angkat ayam dan sapu dengan:
5 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu madu
1 sudu minyak bijan
*pastu gantung jap ayam dalam 1/2 jam atau lebih bagi ayam kering jap.. nanti goreng kulit cantik dan tak la meletop-letop..

Cara goreng saya:
Jirus ayam dengan minyak yang betul-betul panas dan kulit ayam dah kering sikit, baru benamkan ayam dalam minyak panas.. dah siap goreng, sapukan ayam dengan madu bagi kilat.

NASI:

Beras 4 pot
*1biji bawang besar
*3ulas bawang putih
*1inci halia
(Semua * diblend)
Kiub ayam 2
Garam 2 sudu teh (sdt)

- Cairkan majerin 2 sudu.. tumis bahan blend dan daun pandan.. masuk kiub ayam dan garam.. serbuk kunyit hujung sudu teh. masuk air rebusan ayam.. dan masuk beras.
- Sukatan air 2 kali ganda dari masak nasi biasa.

SOS CILI:

Cili kering dah blend 1/2 senduk nasi
Cili merah besar 4 biji blend dengan 5ulas bwg putih
Sos cili 1/2 cawan
Gula lebih.. garam.. cuka

- Masak semua bahan tambah air sikit. Dah masak cili letak air tepung jagung agak-agak nak pekat mana

KICAP AYAM:

Bawang putih 5 ulas cincang
Sos tiram 1/2 cawan
Kicap manis 1/2 cawan
Gula lebih

- tumis bawang putih.minyak sikit je.. masuk kicap sos tiram gula dan tambah air.. pekatkan dengan air tepng jagung

Resepi sup macam biasa laaaa hehe.

Haaaa. Senang tak?
#sayapenjualnasiayam

Kredit FB : Sur Aida

10. RESEPI KUAH LONTONG KUNING
( untuk resepi 1 tong flask)
resepi kuah lontong
resepi rumah terbuka - resepi kuah lontong
Bahan-bahan:

Terung - 5 batang (potong serong)
Tauhu - 20 bji ( 1 biji potong 8 ) - di goreng
Tempe - 6 ketul ( potong nipis2) - digoreng
Suhuun - 3 pek kecik - rendam
Pucuk - 6 pek sederhana - rendam
Kacang panjang - 1/2kg - (potong serong)
Lobak merah - 6 batang ( potong memanjang)
Kobis - ikut suka nak banyak mana
Halia- seinci
Serbuk kunyit
Garam
Cili merah - 5 bji ( hiris nipis)
Bawang besar - 3 labu ( hiris nipis )
Santan sawit jenama khalis pek besar - 4 pek
Udang kering - segengam (rendam)
Bawah putih - 1 labu (hiris nipis)

Cara-cara masak
1) tumis bawang putih, bawang besar, halia, udang kering , cili merah sehingga layu dan tumis bsama kunyit..
2) masukkan semua sayur tumis sikit...
3 ) masukkan santan. Ikut pekat yang kita nak. Letak air sikit sikit dan garam.
4) bila sudah mngelegak masukkan suhun, tempe & tauhu ..
5.) Rasa secukupnya. Masukkan suhun dan pucuk. Masak shingga sayur empuk...

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahannya:
1) RM3 cili kering buang biji dan rebus bagi lembut *
2) RM2 bawang besar *
3) sedikit belacan kalau suka *
4) ikan bilis goreng garing dan ketepikan

Cara memasak
1) blend semua bahan-bahan bertanda * sampai hancur
2) panaskan minyak anggarkan dan tumis cili kering yg telah diblend tadi smpai garing dan pecah minyak
3) masukkan sedikit asam jawa, garam, gula dan juga ajinomoto kalau suka. biarkan hingga masak dan sedikit pekat dan perasalah sambal tersebut
4) biarkan sejuk sekejap baru masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi.

dah siap...

Sila share. tak payah minta izin. halal dunia dan akhirat.

11. RESEPI MEE KARI SIMPLE DARI KAKMAR
resepi mee kari
resepi rumah terbuka - resepi mee kari pekat
Bahan-bahan:

- 1/4 ekor ayam ( siap-siap suruh penjual ayam cincangkan. Balik basuh bersih-bersih)
- Udang
- Daging hiris nipis
- Kerang direbus ambil isinya - kalau nak
- Fishball dan fishcake - kalau nak tapi KakMar letak.
- 2 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 bungkus kecil rempah kari daging babas warna hijau ( KakMar bancuh dengan sesudu cili blend dan air)
- 3 tangkai daun kari
- 1 batang kayu manis
- Bunga lawang
- Santan pekat paket kecik. Anggaran sebijik KakMar beli kat pasar.
- Air
- Sedikit air asam jawa
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan lain:
Mee kuning - basuh dan stimkan
Taugeh - basuh je tak perlu celur sebab lebih rangup.
Kacang panjang - stim
Daun sup, daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Telur rebus
Tauhu kering - dipotong potong

Cara menyediakan kuah:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih & kayu manis.
2. Agak garing masukkan daun kari dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air dan cili blende.
3. Masak hingga naik minyak. Masukkan ayam, daging dan udang dan kacau sebentar.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Kemudian masukkan santan.
6. Tunggu mendidih masukkan tauhu kering dan kerang.
7. Kemudian tambahkan gula dan garam ikut perasa korang.

Selamat Mencuba!

12. RESEPI Bihun Sup Utara (Sup Tulang)
resepi bihun sup
resepi rumah terbuka - resepi bihun sup utara (sup tulang)
Bahan bahan:
1 peket bihun
1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi.. dah agak-agak lembut bihun terus bilas dengan air paip..dan kemudian ditapis..

Bahan-bahan Sup Tulang:
1 kilo tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci atau 3 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya menutupi daging..kalau lagi banyak air lebihkan ya bahan2 sup di atas..
Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..

**lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup.. kalau taknak buat pon tak apa..

Bahan-bahan Cabai Merah:

Cili kering yang telah siap di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili.. masak sampai pecah minyak.. masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka.. garam dan gula. boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun:
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Tauhu digoreng

Selamat mencuba :)

p/s: Bihun sup utara.. cabainya mesti merah.. bihunnya mesti kuning

13. RESEPI BIHUN SINGAPORE
resepi bihun singapore
resepi rumah terbuka - resepi bihun singapore
Bahan-bahan:

- Sebungkus bihun.. rendam dengn air paip.. saya rendam  1jam. bihun tu ikut taste brand masing-masing ye. (jangan sesekali dok pi rendam dengan air panas noo.. tu bihun hampa lembek kalau guna aiq panas.. guna aiq paip biasa saja..)

- Sayur-sayur pon ikut citarasa masing-masing.. (saya guna jagung kecik, caroot, taugeh..)
- Lada hitam.. saya blend kering 1 peket kecil tu..
- Sedikit udang..
- Sedikit isi ayam yang di potong kecil.
- Daun bawang/ daun sup..
- Sebiji bawang besar & 5 ulas bawang putih.. (ikut selera masing-masing banyak mana nak letak bawang putih..blend kedua-dua nya. saya letak air sikit je masa blend..)

Cara memasak:

- panaskan kuali. letak sedikit minyak..
- tumiskan bawang yang di blend.. sampai naik bau..
- masukkan serbuk lada hitam.. ikut hampa nak pedas mana noo.. takmau pedas boh sikit jala.. saya boh banyak sebab baru sedap.
- masukkan isi ayam & udang..kacau seketika..
- masokkan jagung kecil & karot..
- masokkan sedikit air paip.. air tapis (coway/cuckoo/etc) pon boleh. saya boh air dalam anggaran 1 cawan lebih sikit cmtu jer.. saya guna cawan teh tu yer.
- masukkan garam & pak aji.. saya guna pak aji.. kalau yang tak guna, tak pyah bubuh la noo.. boh gula la kut kan..dah letak suma perasa neh try rasa sikit masin ok ke terlebeh masin ka.. adjust la noo.. saya main agak ja bila bab-bab boh garam neh...
- dah ok rasa suma .. masuk la bihun yang dah disejat air tuu.. jangan tak sejat pulak air rendam bihun tadi.
- pastu goreng la sampi bihun tu lembut... api jangan kuat sangat.. sedang-sedang dah laa..
- last sekali masok taugeh dengan daun sup daun bawang.. kacau-kacau sikit tutup api..

Siap untuk dimakan hehe..hampa hias la dengan bawang goreng pastu tabur sikit daun sup daun bawang.. nak lagi sedap hampa buat la cabai kicap..

Selamat mencuba...tiap kali nak masak bihun singapore ni saya memang guna resepi neh ja..harap-harap hampa masak pon jadi la macam saya masak noo..

14. RESEPI NASI TOMATO
resepi nasi tomato
resepi rumah terbuka - resepi nasi tomato
Bahan-bahan:
7 cawan beras basmati basuh dan rendam selama 1/2 jam
10.5 cawan air biasa
1 tin susu cair
1 tin tomato puree
2 labu bawang holand
4 biji tomato
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
Sedikit minyak sapi
Sedikit minyak masak biasa
Gula dan garam
Akar daun ketumbar

Cara-cara:
Bahan tumis:
Panaskan minyak biasa + minyak sapi
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
Masukkan bawang holand , tomato dan akar daun ketumbar
Tumis hingga wangi dan sedikit garing
Masukkan susu dan tomato puree
Masak hingga mendidih tambah gula dan garam

Alih kan ke dapur elektrik untuk masak nasi
Masukkan 10.5 cawan air dan bahan yang telah ditumis sebentar tadi bersama 7 cawan beras yang telah direndam dan kacau sedikit
Tekan cook...masak seperti biasa
Bila masak, tabur bawang goreng dan daun ketumbar
Boleh jugak tabur kismis jika suka

*sila guna cawan sama sukat air dan beras
Nisbah 1 cawan beras =1.5 cawan air

Kredit Resepi : mas salleh via mahn

15. RESEPI MEE GORENG BASAH
resepi mee goreng basah
resepi rumah terbuka - resepi mee goreng basah
Bahan-bahan:

Mee kuning 1 bungkus | dibilas dan tos
Sotong 10 ekor | dibersihkan potong dan tos
Fish ball 1 paket | dibersihkan potong dan tos
Sayur sawi jepun 1 ikat | dibersihkan potong dan tos
Tomato 1 biji | dibersihkan dan dibelah enam
Cili kisar 4 sudu besar
Sos cili 5 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Sos ikan 1 sudu besar
Kicap pekat 1 sudu besar
Kicap manis 5 sudu besar
Kicap mee 2 sudu besar
Air putih 1 cawan kecil
Minyak masak 2 sudu besar untuk menumis

Bahan-bahan tumbuk:
Cili api 10 biji
Bawang putih 3 ulas

- tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat

Cara-cara memasak:

1. Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar
2. Dan tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil
4. Masak dan kacau kacau bagi sebati... masukkan sayur dan kacau-kacau lagi.. pastu masukkan mee kuning dan tomato... kacau-kacau bagi sebati dan masak.. siap!

p/s: masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sebab rasa kicap kicap tu semua dah cukup.

Kredit: Resepi Orang Kampung


16. RESEPI MEE REBUS PEKAT SIMPLE DAN CEPAT

"Assalamualaikum.. dah siap mee rebus kita.. dulu kita jual kat johor RM2.50 je tau sebungkus. teringat orang panggil gelaran makcik mee rebus walaupun masa tu muda lagi.. jual mee rebus ni dalam dewan kuliah cari pendapatan lebih masa tu.. harini mak kita rindu mee rebus ni.. kita buatkan untuk bonda tersayang.. #selamatMenjamuSelera #mengimbauKenanganZamanBelajar"
resepi mee rebus pekat
resepi rumah terbuka - resepi mee rebus pekat sinple
Bahan:
1. kentang + keledek (rebus)
2. cili kering
3. udang kering
(blender halus semua bahan 1,2,3)
sos cili
sos tiram
asam keping

Cara memasak:
- rebus semua sekali (tak perlu tumis, tambah air shaja)
- gula melaka, gula, garam (secukup rasa)
- dah menggelegak tambah air lagi, bancuh tepung ubi dengan air masukkan (pekatkan kuah)

Bahan lain:
mee (celur)
telur rebus
tauhu goreng
cucur tepung + daun bawang
bawang goreng
cili hijau besar
limau kasturi/nipis

Boleh juga tambah:
sawi rebus
tauge celur
fishcake goreng
cili padi

BACA JUGA:




You May Also Like

7 comments

  1. banyak betul pilihan ni. mana satu nak pilih ye

    ReplyDelete
  2. tengah fikir nak masak apa untuk jamuan sekolah anak ni...

    ReplyDelete
  3. Banyak menu boleh dipilih untuk dihidangkan kepada tetamu..

    ReplyDelete
  4. Banyak pilihan dan sedap pula. Rambang mata kalau Naim di sana . hehe

    ReplyDelete
  5. mmg standard menu rumah terbuka nii..hehee

    ReplyDelete
  6. Adoi tak menahan dengan semua menu yang Say kongsi..
    Semua sedap-sedap belaka..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p