Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball, Sosej, Olio, Goreng, etc - sayidahnapisahdotcom Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball, Sosej, Olio, Goreng, etc
LightBlog

Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball, Sosej, Olio, Goreng, etc

Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tudiaaa malam malam bagi 'koleksi resepi spaghetti simple' dah kenapa kan?! Saje menduga iman di dada kah? Dan betul ke simple? Iye iye je lah simple mudah bagai kau sayidah! Buat pun tak pernah. HAHAHA. I don't know simple ke tak cara memasak nya in real situation tapi kalau tengok dari resepi nya, macam senang kihkih.

Oh, kat rumah saya tak pernah buat spaghetti sebab most of us tak berapa gemar spaghetti. Termasuk lah saya. Saya tak suka spaghetti. Its not I HATE IT, nope. I just don't like the spaghetti itself. And its sos/ kuah. Tak tahu kenapa. Rasa macam tak kena dengan tekak den dan tak boleh 'terima'. Maybe one day saya akan jumpa orang yang boleh buat menu spaghetti yang kena dengan taste dan selera saya, saya akan makan dua pinggan dengan licinnya! Heh.

So, kalau tak suka kenapa nak share resepi spaghetti ni? Sebab.. lebih ramai yang suka spaghetti berbanding orang yang tak suka hahaha. That's why sharing is caring gituu kan. Lagipun, orang kata masak spaghetti ni mudah je. Orang kata laaaa. Saya tak kata ye ehem.


Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc


RESEPI SPAGHETTI CARBONARA SAUCE
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara Sos
Bahan-Bahan:

2 sudu kecil minyak zaiton
200g sosej dihiris nipis
3 biji cendawan butang dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
2 biji kuning telur
1/2 cawan krim pekat atau susu cair pun boleh
75 g keju pamesan yang prut

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkn sosej. Masukkan bawang putih dan cendawan butang kacau lebih kurang 5 minit sehingg sausage agak masak, angkat dan toss minyaknya.
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi.. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.
4. Kalau hendak cair adjust dengan krim atau stok ayam

SIAP!

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE WITH MEATBALL
(resepi spagehtti Azie Kitchen)

Spaghetti ala Bolognese dengan Meatball

1. Sementara menunggu daging cincang dan burger defrost, saya potong kecil kecil sayuran yang hendak digunakan mengikut apa yang ada sahaja.  Ada lebih, saya potong lebih.

2. Saya menggunakan burger daging Ramly untuk dibuat meatball. Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, defrost sekejap. Selepas itu, cubit kecil kecil dan bulat bulatkan untuk dijadikan meatball.
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
3. Seperti biasalah. panaskan non stick pan dan masukkan olive oil secukupnya. Lepas tu, kita saute dulu meatball bagi berwarna keperangan sikit sebelum dimasukkan daging cincang. Gorenglah dengan api perlahan sehingga daging masak.

4. Lepas daging dah masak, boleh lah masukkan bawang dan sayur sayuran. Kacau sekejap. Lepas tu, masukkan pula button mushroom dan bawang putih yang dicincang. 
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
5. Saya tadi berbelah bahagi samada nak guna ready made spaghetti sos Prego yang memang ada dalam simpanan atau ingin membuat sendiri. Kalau ada  masa, tak seronok guna ready made ni, hahaha. Jangan marah ya bagi yang sibuk.  Akhirnya decide to prepare own spaghetti sauce. Jadi bila gitu, tuangkan satu tin diced tomato.

6. Lepas tu, tuang pulak tomato puree. Jangan membazir, yang melekat kat tin tu, masukkan air dan kacau rata. Saya memang berjimat bila memasak kerana maklumlah harga barang barang mahal sekarang ni.  Lagi pulak, saya dari kecil memang berjimat bila menggunakan bahan dapur.  Kacau lah rata rata lagi.
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
5. Kalau nak ikut cara resepi yang saya berikan dulu, dah boleh tutup api dan sedia untuk di bake di dalam oven.  Selepas api ditutup, masukkan garam, mixed herbs, oregano, bay leave atau apa apa yang nak dimasukkan lah. Ada orang letak coarse black pepper juga. Lepas tu, kacau rata rata dan masukkan dalam oven.

Tapi saya malas nak menunggu depan oven dan membuka tutup oven dari masa ke semasa untuk mengacau ngacau sos tu. Jadi apa opsyennya? Hmm slow cooker lagi lah ... dah seronok masak spaghetti dengan slow cooker ini. Sekali sekala saya akan menceduk keluar lebihan minyak dari sos.
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
6. Dah siap masuk dalam slow cooker, saya mula mengeluarkan pasta yang dah masak. I pernah baca yang jangan sesekali membasuh pasta. Tapi ada juga yang tulis kalau tak terus dimakan, lalukan pasta di bawah air paip dan tuangkan 1 sudu besar minyak olive dan kacau rata.  Jadi ikut sukalah ilmu mana yang nak diikut ya ..

7. Sos dah siap, pasta pun dah siap.  Boleh lah dihidangkan. Taburkan parmesan cheese dan letakkan chopped fresh parsley.  Baru sedap bila menggunakan fresh parsley.  Haa lagi satu, parmesan cheese ni, lagi banyak lagi sedap.  Tapi kosnya lagi lah meningkat kerana aduhai mahal nya harga cheese ni.  Siapa yang ada nak keluar negara, nak borong cheese banyak banyak gitu..
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Mesti ada yang menyebutkan sebab nama resepi spaghetti tapi saya tak menggunakan spaghetti pun sebab tersalah beli.  Tapi apa apa pun, sama jer rasa sedapnya. Itu yang penting.


RESEPI SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM

Bahan-Bahan:

200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
6 biji black olive
6 biji green olive
15 biji jeruk capers
1 keping dada ayam, didadu*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis
(*disatukan dan perap sekejap)

Cara-Cara Memasaknya:

1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.

2. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata-rata. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan.
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
SPAGHETTI WITH HEINZ CREAM OF TOMATO SOUP

Bahan-Bahan:

500 gm spaghetti - rebus dengan air dan letak beberapa titis minyak zaitun, dah masak toskan.
500 gm daging lembu kisar (*akak guna 400 gm daging kisar + 100 gm daging fresh yg dicincang)
3 biji kentang - kupas, rebus dan kisar bersama airnya.
1 labu bawang besar - dadu
5 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar cili kisar
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
2 tin Heinz cream soup of Tomato (*yang ni paling sedap, tapi boleh tukar Kimball/lain)
4 cawan air
1 batang carrot - potong bulat
400 gm bunga kobis - potong kecil
1 biji green capsicum - dadu
1 tin cendawan butang - belah (ummi takda stok, guna hirisan cendawan kering - rendam)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh gula (optional)
Garam
Sedikit minyak zaitun untuk tumis

BAHAN SAMPINGAN:

Salad - hiris nipis
Tomato - hiris nipis
Daun sup dan bawang - hiris halus
Cili merah - hiris halus
Telur rebus - belah 2
Bawang goreng

CARA-CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. 2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging benar-benar masak.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kentang kisar. Kacau mesra dengan daging.
4. Masukkan cream soup of tomato dan air. Bila mendidih, masukkan semua sayuran dan garam. (*boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat).

Nota:
Letak spaghetti dalam mangkuk, sendukkan kuahnya dan letaklah bahan-bahan sampingan tadi. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
RESEPI FRIED SPAGHETTI - BAHRAIN STAIL
(Spaghetti Goreng)

Bahan-Bahan:

Spaghetti yang telah direbus
1 ulas bawang putih - ketuk
2-3 sudu besar cili kisar
10 ekor udang
1 mangkuk kecil isi ayam
2 biji telur - kocok sikit
2-3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sayur serba satu (lobak merah/zucchini/kubis - hiris nipis saiz sedikit besar, maz guna peeler)
Kicap pekat secukupnya
Sedikit gula dan garam
Sedikit minyak sayur

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak sayur, masukkan telur dan goreng buat macam telur dadar tapi sambil dikacau biar hancur sikit. Angkat dan ketepikan.

2. Dengan kuali yang sama masukkan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar sekejap.

3. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap. Masukkan semua bahan sos, kicap dan air secukupnya. Kacau sebati, masukkan sayuran dan perasa secukup rasa.

4. Masukkan spaghetti, sebatikan. Rasa apa yang kurang dan balik selalu hingga sedikit kering dan sayur sedikit lembut. Biar sejuk dulu baru spaghetti serap/sebati dengan bahan sos, kalau yang baru masak tu, spaghetti masih licin gitu, tak serap sos lagi. Memang sesuai kalau masak awal dan makan kemudian sikit.
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE WITH BLACK PEPPER SAUSAGE

Bahan-Bahan:

300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego
400 gm daging kisar
3 batang Ayamas Black Pepper sosej - dipotong bulat bulat kecil
1 labu bawang holand - didadu (bawang besar biasa pun boleh)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk oregano
1 helai bay leave
3 sudu besar minyak zaitun
Grated Parmesan cheese untuk tabur

Cara-Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk, tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging empuk.
3. Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, oregano dan juga bay leave.
4. Masukkan sosej dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
5. Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba. 
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Koleksi Resepi Spaghetti Simple | Carbonara, Bolognese Meatball/ Sosej, Olio, Goreng, etc
Yes i know. NAMPAK SEDAP KAN?! IYE SAYA MENGAKUINYA JUGA! tibee hahaa.

Tapi serius la? tengok resepi rasa macam senang je. campak campak, siap. masuk bahan ni, masuk bahan nun, eh eh udah settle. Mudah bangattt dong! haha. I mean.. look at those steps. ada yang dua step je haha.

Obviously.. Masakan spaghetti ni sesuai sangat untuk mereka mereka yang mahu cepat memasak dalam masa yang suntuk.

Sesiapa yang tergoda nak try masak pada hari esok, hujung minggu atau bulan depan... selamat mencuba!

Daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:

- KOLEKSI 20 RESEPI NASI GORENG MUDAH DAN SEDAP
- 10 RESEPI MENU MASAKAN DAGING
- 30 RESEPI MUDAH MENU SAHUR DAN RESEPI BERBUKA PUASA


Disclaimer: semua resepi dan gambar di atas bukan milik saya. Credit to the owner.

Tag: resepi spaghetti azie kitchen, resepi spaghetti bolognese homemade, resepi spaghetti bolognese simple, resepi spaghetti bolognese sedap, resepi spaghetti bolognese meatball, resepi spaghetti goreng, resepi spaghetti carbonara, resepi spaghetti bolognese kimball, resepi spaghetti meatball cheese, resepi spaghetti meatball bolognese, resepi spaghetti goreng meatball, resepi spaghetti meatball carbonara, resepi spaghetti meatball ikea, resepi meatball bolognese cheese, resepi meatball bolognese bakar, resepi spaghetti bolognese, spageti sosej, resepi spaghetti mudah dan sedap, cara masak spaghetti, resepi spaghetti simple, resepi spaghetti, resepi spaghetti carbonara, resepi spaghetti aglio olio, resepi spaghetti goreng, resepi spaghetti carbonara sedap, resepi spaghetti bolognese sedap, cara buat spaghetti sos, resepi spaghetti ayam,spaghetti with heinz cream of tomato soup, resepi fried spaghetti bahrain stail, resepi spaghetti bolognese with black pepper sausage, resepi spaghetti sosej, cara buat kuah sos spaghetti.


Post a Comment

2 Comments

  1. Ai looove spaghetti, macaroni n all kinds of pasta... semua telan, pastu sedih apsal berat badan susah nak turun. Hahahah...

    ReplyDelete
  2. sedapnya spaghetti.. lama tak buat..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p