TOTAL PAGEVIEWS BLOG

ASB patuh syariah atau tidak? Apa Hukum Pelaburan ASB, ASN? - Mufti, JAKIM

by - October 18, 2019
ASB patuh syariah atau tidak? Apa Hukum Pelaburan ASB, ASN? - Mufti, JAKIM | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Orang lama dah tahu tapi saya tahun 2019 (berazam nak buka akaun ASB sebelum 2020 yeahhh! aamiin) baru 'sedar' tentang kepentingan melabur dalam ASB/ ASBF. Menyimpan duit dalam tabung haji atau ASB is better than simpan dalam bank. Yela kan, anak 'muda' macam saya ni mana lah nak tahu sangat pasal ASB bagai ni. Tidak diberi pendedahan cenggitu + orang lain pun tak cerita tentang kebaikan, manfaatnya. And maybeee, ada yang masih ragu ragu "ASB patuh syariah atau tidak?".

Apa hukum pelaburan ASB, ASN (ASNB) dari segi pandangan Islam?
Harus, halal atau haram?
Apa kata mufti wilayah?
Mufti negeri negeri lain?

Its okay. Saya ada jawapan bagi semuaaa persoalan itu.
Apa Hukum Pelaburan ASB ASN
ASB patuh syariah atau tidak? Apa Hukum Pelaburan ASB, ASN?
Tapi sebelum tu, moh le kita baca dulu kenapa dan mengapa wujudnya perbezaan pendapat tentang hukum ASB? Sebab ada unsur riba' kah?

Apa history di sebaliknya? Apa sejarah dulu dulu yang perlu kita faham?


MENGAPA BERBEZA PENDAPAT HUKUM ASB

Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) adalah satu bentuk pelaburan yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya Bumiputera.

ASB dikategorikan sebagai pelaburan selamat dengan dividen tahunan antara 7 hingga 9 peratus manakala ASN berisiko sederhana. Namun, isu yang sering dibincangkan ialah mengenai hukum pelaburan ASB dan ASN.

Perbezaan pendapat tentang pelaburan ASB ialah kerana PNB memegang 70% saham dalam Maybank, di mana Maybank menawarkan produk syariah dan juga konvensional. Produk konvensional Maybank mengandungi unsur riba’ dah hukumnya Haram.

Maka isu yang timbul ialah mengenai percampuran pelaburan Halal dan Haram dalam ASB (keliru hukum asb haram atau harus).

Sesuatu syarikat itu diiktiraf patuh Syariah sepenuhnya apabila pendapatannya diperoleh daripada lebih 80% sumber yang Halal. Had toleransi yang ditetapkan oleh Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk sumber Haram sekadar 20% sahaja.

Atas dasar ini, pelaburan ASB masih tidak menepati sasaran menepati syariah menurut Suruhanjaya Sekuriti.

Sumber: www.hibahharta.com
Apa Hukum Pelaburan ASB ASN
ASB patuh syariah atau tidak? Apa Hukum Pelaburan ASB, ASN?
Tapi jangan risau...

Pada tahun 2017, kesemua fatwa majlis negeri dan kebangsaan sepakat mengharuskan ASB.

Saya ada baca satu artikel ni di laman web 'Hibah Harta' berkaitan hukum pelaburan ASB dan ASN menurut pandangan JAKIM (pada tahun 2014 dahulu).

Lets!

JAKIM

FAQ JAKIM PELABURAN ASB DAN ASN

DISCLAIMER:
Q&A (Soalan & Jawapan) JAKIM di bawah ini adalah pada tahun 2014. Saya sengaja share di sini untuk kita lebih faham tentang kisah perbezaan pendapat mengenai hukum pelaburan ASB & ASN di sisi syariat Islam pada tahun dulu duluu.

BACA SEHINGGA HABIS ye :)

Soalan dan jawapan yang berikut adalah rumusan daripada brosur yang diedarkan oleh JAKIM.

Isu perbezaan pendapat seperti yang disebutkan diterangkan secara lebih terperinci.

1) Apakah perbezaan pandangan di antara Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai hukum pelaburan ASB?

> Perbezaan peranan badan autoriti: JAKIM ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja sebagai pengeluar dan penyelaras hukum dalam semua perkara melibatkan umat Islam. Suruhanjaya Sekuriti mengklasifikasikan sesuatu sekuriti itu patuh Syariah atau tidak berdasarkan garis panduannya.

> Metodologi: JAKIM mengambil kira aspek lain juga seperti kepentingan umum, keperluan dan Maqasid dan Siasah Syar’iyyah. Suruhanjaya Sekuriti menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melihat tanda aras aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan.

2) Suruhanjaya Sekuriti menerusi suratnya bertarikh 12 Februari 2009 kepada sebuah bank tempatan memutuskan ASB dan ASN tidak mematuhi garis panduannya patuh syariahnya.

> PNB tidak pernah memohon pengesahan patuh syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti. Ini kerana PNB dan dana unit amanah ASNB telah ditubuhka lebih awal daripada Suruhanjaya Sekuriti dengan mandat daripada Kerajaan untuk mengembangkan ekonomi Bumiputera.

3) Mengapa PNB tidak memohon?

> PNB mengambil pendekatan menyeluruh dengan mengambil kira kepentingan ummah. Sehubungan itu, PNB mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

> PNB telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah untuk urusan pelaburan unit amanah seperti yang disarankan oleh JK Fatwa Kebangsaan.

4) Mengapa syarikat pengurus amanah lain mendapatkan pengesahan patuh syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti?

> Syarikat berkenaan ialah syarikat swasta yang ingin memasarkan tabung mereka kepada umat Islam.

> Ia penting untuk mendapatkan keyakinan mereka melabur, walaupun ada tabung tersebut diuruskan atau dimiliki hampir sepenuhnya oleh orang bukan Islam.

5) Pendekatan JK Fatwa Kebangsaan yang memutuskan hukum harus ASB?

> JK Fatwa Kebangsaan melihat kekukuhan ekonomi umat sebagai satu masalah daruriyyah yang perlu diberi perhatian.

> Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan yang lebih besar.

> PNB tidak melabur dalam sektor yang berkait langsung dengan perkara yang Haram qat’ie seperti arak, judi dan pelacuran. Percampuran adalah dalam sektor kewangan di mana yang Halal lebih banyak daripada Haram.

> Menurut Hanafi, Maliki, Shafi’i dan Hanbali, pendekatan mengharuskan pelaburan saham syarikat yang bercampur aktiviti Halal Haram adalah berasas.

6) Keputusan JK Fatwa Kebangsaan tidak mengikut syarak?

> Keputusan dicapai berpandukan Ijtihad Jama’i dan konsensus ahli JK yang terdiri daripada Mufti dan pakar dalam bidang akidah, fiqh, hadith, tafsir, muamalat dan sains. Keputusan dibuat berdasarkan kajian pakar ekonomi Islam.

7) PNB sengaja melabur dalam sektor tidak patuh syariah?

> Fokus pelaburan PNB adalah dalam sektor strategik seperti perbankan, perkhidmatan kewangan, automotif, dan hartanah. Sektor ini berkepentingan kepada negara terutamanya kepada Bumiputera Islam. Risiko dan pulangan juga dinilai.

8) Etika dan Falsafah PNB dalam aspek pelaburan yang dilaksanakan?

> Tidak melabur dalam syarikat yang menjalankan aktiviti utama bertentangan Syariah seperti arak, judi, babi, dan pelacuran.

> Setakat Mei 2014, daripada 107 syarikat tersenarai di Bursa yang dilabur oleh PNB dan unit amanah di bawah pengurusannya, 76.6% syarikat patuh Syariah mengikut Suruhanjaya Sekuriti. Selebihnya syarikat yang berkaitan perbankan dan kewangan, dan syarikat yang tidak memenuhi syarat lain seperti:

>> Tahap percampuran melibatkan unsur ‘umum balwa’ iaitu perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar dielakkan. Contohnya syarikat MAHB yang menguruskan kesemua lapangan terbang.

>> Tahap percampuran sumbangan terima sewaan daripada aktiviti tidak patuh Syariah. Contohnya sewaan bangunan daripada premis cawangan bank.

>> Tahap percampuran yang umumnya selaras Syariah dan ada maslahah kepada awam, tetapi terdapat unsur lain yang menjejaskan status Syariah aktivitinya. Contohnya Maybank.

9) Mengapa perlu kekalkan ekuiti Maybank?

> Mengekalkan kepentingan strategik Bumiputera dalam ekonomi negara. Maybank adalah bank terbesar di Malaysia. Tiada bank berasaskan Islam yang mempunyai saiz sebesar Maybank dan boleh menggantikannya setakat ini.

> Transaksi harian unit amanah ASNB sangat besar dan hanya bank yang berkapasiti tinggi yang mampu mengendalikannya. Ketika ini, Maybank dan dua bank lain yang menjadi ejen transaksi jual beli harian operasi  ASNB.

10) Berapa banyak dana unit amanah yang diuruskan oleh ASNB dan secara majoritinya di manakah ASNB melabur?

> ASNB menguruskan 10 dana unit amanah, antaranya ASB dan ASN. Sehingga April 2014, terdapat 11.9 juta pelabur. Purata peratusan dividen antara 2006-2011 yang diterima oleh orang Islam ialah 83%. 5 dana unit amanah dikhususkan untuk Bumiputera sahaja iaitu ASN, ASB, ASN 2, ASD, dan ASB 2.

> PNB melabur dalam automotif, perbankan, perkhidmatan kewangan, makanan/minuman, perladangan, minyak dan gas, farmaseutikal, penjagaan kesihatan, pengangkutan, hartanah, teknologi maklumat, infrastruktur, dan telekomunikasi.

11) Langkah yang diambil PNB ke arah kesempurnaan Syariah?

> Peratusan pendapatan patuh Syariah bagi semua dana ASNB meningkat. ASB: 53% (2007) kepada 80% (2009), ASN: 60% (2007) kepada 75% (2009).

> Selain dana unit amanah ASNB, PNB mempunyai 5 dana unit amanah patuh Syariah iaitu AMB Dana Yakin, AMB Dana Ikhlas, AMB Dana Arif, AMB Dana Nabeel, an AMB Dana Aqeel.

> Menurut Asian Bankers Research, Maybank Islamic adalah institusi perbankan komersial Islam terbesar di Malaysia dan seluruh rantau Asia Pasifik.

12) Mengapa ada perbezaan hukum ASB yang dikeluarkan oleh JK Fatwa Kebangsaan dengan Selangor dan Pulau Pinang?

> Mengikut undang-undang, kuasa untuk mengeluarkan fatwa terletak di bawah bidang kuasa negeri.

> Perlaksanaan fungsi JK Fatwa Kebangsaan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri, iaitu jika isu yang berlaku menyentuh kepentingan nasional, maka pandangan JK Fatwa Kebangsaan perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum fatwa dikeluarkan oleh negeri kerana matlamatnya ialah untuk menyelaraskan hukum yang dikeluarkan di Malaysia.

> Setakat ini (2014) 8 negeri mengharuskan ASB dan ASB kecuali Selangor dan Pulau Pinang. Negeri yang belum mengeluarkan fatwa ialah Johor, Melaka, Perlis dan Sabah. Mereka merujuk dan menggunakan keputusan JK Fatwa Kebangsaan yang diputuskan pada tahun 2008.

Sumber: http://www.hibahharta.com/

Kesepakatan syariah dalam pelaburan ASB (Berita Harian, September 2017)

"Kesepakatan fatwa keharusan pelaburan ASN dan ASB telah dicapai semua majlis fatwa negeri.

Majlis fatwa Selangor menimbang semula fatwa mereka dan mencapai persetujuan untuk mengharuskan pelaburan itu pada 27 April 2017. Majlis fatwa Pulau Pinang capai persetujuan sama pada mesyuarat 15 Ogos 2017.

Oleh itu, kekeliruan masyarakat dalam perkara ini sepatutnya tidak timbul lagi."
Apa Hukum Pelaburan ASB ASN
ASB patuh syariah atau tidak? Apa Hukum Pelaburan ASB, ASN?
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

AL-KAFI #428 : KEDUDUKAN ASB ISLAMIC FINANCE
(4 NOVEMBER 2016 M/ 4 SAFAR 1438H)

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz.. maaf mengganggu.. apa hukum pelaburan asb financing islamic ni. Ada yang kata harus dan ada yag kata haram. Jika bertembung antara 2 pendapat, pendapat mana yang lebih baik untuk ikut ya? Jzkk respon.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam hal ini, kami cenderung untuk menyatakan keharusannya berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya.

Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Wallahua’lam.

Sumber:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1322-al-kafi-428-kedudukan-asb-islamic-finance

MUFTI PULAU PINANG

Pelaburan ASN, ASB serta dividen atau bonus yang diterima

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.4/2017 yang bersidang pada 14-15 Ogos 2017 telah membincangkan "Pelaburan Dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) Serta Dividen atau Bonus Yang Diterima."

Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

1.  Berdasarkan taklimat dan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB), mesyuarat mendapati bahawa:

i. Saiz pelaburan PNB sangat besar sehingga industri kewangan dan pasaran modal Islam masih tidak mencukupi untuk      menampungnya. Justeru, PNB terpaksa mewujudkan saringan maqasid syariah, melakukan beberapa inisiatif penambahbaikan dan menstrukturkan pelaburannya bagi mencapai matlamat dan memastikan ia patuh syariah;

ii. Objektif keseluruhan PNB boleh dikaitkan kepada maqasid syariah untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat bumiputera yang majoritinya beragama Islam. Hasil daripada pelaburan-pelaburan saham yang dibuat secara keseluruhan adalah memelihara salah satu daripada lima maslahah utama syarak yang dikenali sebagai daruriyyat yang lima iaitu melindungi agama, nyawa, akal, keturunan dan harta;

iii. Maslahah yang dibawa oleh PNB kepada umat Islam dan bumiputera adalah untuk menjaga kepentingan negara seperti kestabilan politik dan ekonomi, keperluan kepakaran dalam industri-industri yang kritikal dan menjaga aset-aset strategik negara. Di samping itu, kepentingan hasil daripada pelaburan-pelaburan saham iaitu jumlah pendapatan daripada pelaburan tersebut juga merupakan kepentingan yang perlu dijaga. Ini kerana jumlah pendapatan pelaburan tersebut disalurkan semula kepada umat Islam dan bumiputera sebagai dividen;

iv. Dalam konteks PNB, pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat bukan sahaja dapat melindungi salah satu daripada lima asas utama ini, bahkan ia dapat melindungi beberapa elemen yang berkepentingan untuk menyokong lima asas tersebut;

v. PNB telah hampir memaksimakan pelaburan dalam sekuriti pelaburan dan sekuriti pendapatan tetap patuh syariah dengan jumlah pelaburan PNB iaitu RM33 bilion yang hampir menyamai jumlah modal berbayar bank-bank patuh syariah. Manakala dua pertiga iaitu 66 peratus pelaburan ekuiti PNB adalah patuh syariah mengikut Suruhanjaya Sekuriti; 

vi. PNB juga telah melaksanakan perubahan inisiatif-inisiatif penambahbaikan lain seperti akad yang jelas akan digunapakai di dalam pelaburan, ke arah penyelesaian isu sekuriti pendapatan tetap (fixed income securities) dan pasaran wang, meningkatkan perniagaan patuh syariah (shariah compliant) di dalam Syarikat Kumpulan Maybank dan menasihati para pelabur yang beragama Islam untuk membayar zakat sekiranya cukup haul dan nisab.

2.   Prinsip sesuatu hukum itu berubah mengikut illahnya. Menurut Dr. Muhammad Sidqy al-Burnu di dalam "Mausu'ah al Qawa'id al Fiqhiyyah" (3/195):

 " الحكم يدور مع علته وجودا وعدما : إذا وجدت العلة أو السبب ثبت الحكم بها، فإذا زالت العلة أو السبب، زال الحكم بزوالها ، وانتهى بانتهائها؛ لأن الحكم يدور مع علته وسببه وجوداً وعدماً".

"Hukum berubah mengikut perubahan illah (sebab) : Apabila wujud illah atau sebab sabitlah hukum baginya sebaliknya hukum akan berubah apabila tiada illah atau sebab, terhenti dengan terhentinya illah atau sebab, kerana hukum itu mengikut kewujudan serta ketiadaan illahnya...”

3.     Sehubungan dengan itu, setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

4.     Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pada 16 Jun 1999 dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 30 Disember 2009 mengenai Hukum Umat Islam Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) adalah dibatalkan.

Sumber:
http://mufti.penang.gov.my/index.php/efatwa-2/324-pelaburan-asn-asb-serta-dividen-atau-bonus-yang-diterima

Moga semua dah jelas mengenai hukum ASB, ASN, ASNB dan sewaktu dengannya ni haha. Moga tiada orang was was lagi lepas nii aamin.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

keywords: asb patuh syariah, asb patut syariah atau tidak, hukum asb mufti wilayah, asb patuh syariah 2019, asb patuh syariah 2020, adakah asb patuh syariah, pelaburan asb patuh syariah, asb financing patuh syariah, asb loan patuh syariah, keliru hukum asb haram atau harus, fatwa asb selangor, hukum asb 2019, hukum asb 2020, hukum pinjaman asb, hukum asb 2019, hukum asb financing 2019, hukum pelaburan asb jakim, hukum pelaburan asb mufti wilayah, hukum asb asn mufti, kedudukan asb di sisi syariat islam, boleh ke melabur asb dalam islam,

You May Also Like

12 comments

  1. Abw kie masih menyimpan dlm asb sbb dividennya lebih tinggi drp th

    ReplyDelete
  2. Bumiputera kena ada akaun ni,supaya dapat bersaing dalam ekonomi:)

    ReplyDelete
  3. Abw kie masih menyimpan dlm asb sbb dividennya lebih tinggi drp th..

    ReplyDelete
  4. Hukumnya harus. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian.. saya pun plan nak buka akaun asb ni.. tapi masih tengah buat research dulu.. heheheee

    ReplyDelete
  6. Ain pun tahun depan bru start nak bukak, since dah ada income tetap huhuhu hopefully belum terlambat lah kan :')

    ReplyDelete
  7. Nice sharing. Baru nad tau pasal asb ni. Sebab dari kecil parents dah bukakan account

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ni, walaupun dah tahu hukumnya harus tapi elok juga kita baca sendiri huraian dari Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukan main dengar cakap orang kan :)

    Bagi kak ain, orang Islam yang berkemampuan elok join ASB ni tapi jangan bergantung sepenuhnya. Kena ada simpanan tetap juga. Jadi kena pandai agihkan pendapatan untuk simpanan dan pelaburan. Jangan lupa tolak siap2 zakat dan cukai. :)

    ...

    ReplyDelete
  9. thanks sharing.. isu ASB memng sensitif tapi in the end
    terpulang pada individu. hukum dah keluar Harus jadi boleh buat timbang tara sendiri..

    ReplyDelete
  10. ilmu baru ni. baru tau. tq share,

    btw jemput join >> http://www.zianaeunos.com/2019/10/segmen-jom-tukar-link-bloglist.html

    ReplyDelete
  11. terima kasih perkongsian yang baik macam ni. Akak pun dah mula buka akaun asb utk anak-anak juga, simpanan untuk mereka.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p