TOTAL PAGEVIEWS BLOG

Plan nak buka akaun ASB, ASBF & daftar Tabung Haji (TH)!

by - October 16, 2019
Plan nak buka akaun ASB, ASBF & daftar Tabung Haji (TH)! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Yewww udah lama tidak kita ketemu kan? Hahaha. Last update Rabu lepas muehehe. Al-maklumlah busy sikit dengan kerja lain (and officially, Ahad lepas, tamat menjadi babysitter yang berjaya hahaha). Okay back to the main topic.. yezzahh! Saya plan nak buka akaun ASB, ASBF (don't know yet which one to choose or open both) & daftar akaun Tabung Haji (TH)!


Plan nak buka akaun ASB, ASBF & daftar Tabung Haji (TH)!


Buka akaun EPF KWSP - DONE! Alhamdulillah..
Buat insurans takaful - DONE! Alhamdulillah..
Bayar PTPTN every month - DONE! Alhamdulillah..
Daftar Tabung Haji - .....................

Sebenarnya dah lamaaaaa, since dua tahun lepas, saya memang plan and dreaming to open tabung haji account. Kira macam wishlist la.

Memang la time sekolah rendah dulu pernah buat tapi dah lama gilos kot. Buku pun dah hilang ntah ke mana, duit tak masuk haha. Lenyap begitu saja.

At first saya memang rancang nak buka akaun TH je. Then, lama-lama saya confuse..

Daftar Tabung Haji vs buka akaun ASB?

buka akaun asb asbf daftar tabung haji
buka akaun asb asbf daftar tabung haji | GAMBAR SEKADAR HIASAN
Nak buka akaun ASB or register tabung haji?

Saya siap search Google untuk compare dua ni. Dan tanya pendapat orang lain juga. Which one is the best? Mana satu yang lebih baik? Which one yang perlu saya utamakan?

Ada yang suggest tabung haji. ada yang lebih prefer buka ASB because of the dividen is more higher (berdasarkan kes tahun lepas).

Ada yang tak memihak kepada mana mana tetapi menasihatkan "ikut niat". Ikut mana satu tujuan dan 'misi' nya. Nak menyimpan or... ?

Ada juga yang beri solution PALING SENANG.. "buat dua-dua". Hahaha.

Tak kurang juga ada yang mengusik.. "masuk akaun bank alang lah". kahkah sengal lah!

Then, bila ditimbang balikkk.. Baik buruk susah senang (acewahhh..), I choose to open both account! Saya siap simpan duit, starting from this year, untuk buka dua-dua tu. Alhamdulillah cukupp!

Sebenarnya agak lama haritu dah cukup tapi asyik tangguh tangguh + ada hal lain, tak terbuat sampai lah sekarang. This week memang saya nekad untuk cari masa, nak juga pergi buka akaun dua ketul tu!

Wish me luck! Hehehe.

Tapi... ada satu sikiittt lagi 'problem'. For ASB account, ada pecah dua pulaaa. Dalam dilema lagi....

Nak buka akaun ASB atau ASBF (ASB-Financing)?

Lepas satuuu, satu kan? hahahaha. Apa benda alah asbf ni? asb pun ada loan? Sijil? Sijil apa pula?

APAKAH SEMUA INI?!

Sabar sabar Sayidah *drama.

Disebabkan saya macam samar samar (SANGAT), saya pun tanya lah kakak ipar saya tentang benda asb bagai ni.

Memang serious blur!

Then, dalam conversation tu saya memang all out lah tanya macam macam, sehinggakan saya doa dalam hati "moga kak mira tabah menghadap, menjawab soalan-soalan ku ini aamin" hahaha!

Okayyy.. in case ada yang mungkin seperti saya.. zero tentang ASB or ASBF. boleh baca perbualan (sesi Q&A) antara saya dengan kak ipaq (kak mira) berkaitan ASB & ASBF di bawah ini...

Moga bermanfaat!

Me: Kak miraaa, kalau kc nak daftar ASB, kena bayar berapa ya?

She: Ermm ni kalau akak tak salah lah ye. Takde limit pun, rasa last dengar nak bukak RM10 je, pastu suka la hati nak simpan berapa dalam tu.

Me: Ohhh. akak ambil asb loan kan? Berapa K & akak kena bayar berapa for every month?

She: Ikut la nak amik berapa.. kalau 50K RM250++. Kalau 100K RM500++.

Cenggitu la..

Me: Kalau buat asb loan boleh ke keluarkan duit?

She: Tak boleh.. asb loan tu memang tuk dalam akaun je.

Keluarkan duit simpanan sendiri boleh la.

Me: Oh.. So boleh keluar (duit asb loan) bila dah sampai cukup K kita buat loan tu la ek?

Ohhh ada juga ya duit simpanan?

She: Boleh simpan duit dalam tu jugak, boleh sambil sambil buat loan..

so contoh, kc buka asb, dalam tu ada 10K, then saja nak loan RM20K.. so dalam asb ada 30K.. so nanti end year banyak sikit la dapat untung instead of ada RM10K je.

Loan ASB tu pulak.. contoh bila kc loan RM20K untuk 30 tahun. then bulan-bulan kc bayar kat bank la sampaiii 30 tahun haha. kalau nak stop or tambah bila-bila, ikut suka.

Me: Best juga kalau buat dua dua sekaligus macam tu hahaha.

Kalau nak stop (asb loan) tu, boleh keluarkan duit kita balik kan (with dividen)?

Kc macam nak buat asb simpanan & asb loan je. Dua-dua hehehe. At least kalau kecemasan boleh keluarkan duit.

She: Memang dua-dua boleh. Bukak akaun macam biasa je, simpan la duit. Time kecemasan, boleh keluarkan simpanan sendiri + dividen je, loan tak boleh.. so no problem.

Nak stop (asb loan) boleh.. dividen memang kita punya dah.

Contoh:
Kc dah bayar loan 5k dalam 4 tahun.. then nak stop, 5k + dividen tu kc punya. Takde terikat apa-apa dah.

Me: Yang untuk simpanan tu, every month suka hati kita nak masuk berapa RM & if tak masuk every month pun boleh kan?

Betui dak?

She: Ha'ah betui betui.

Ikut suka..

Me: Masuk online je kan?

She: Boleh...

Me: Tenkiu kak miraa for the explanation! *love.

Okay nanti kena belajar nak transfer macam mana hehe.

She: Tapi k mira pun tak pernah try online lagi hahaha.

Me: Oh yeke.. Habistu transfer camne?

She: Kak mira buat loan je, tak simpan situ hahaha.

Me: Ohh bukan kalau asb loan pun kena masukkan duit juga ke?

Aduiii blur balik kahkahhhh.

She: Masuk duit untuk simpanan tak kisah berapa.. loan tu pun ikut suka nak ambil berapa.

Yang bayaran semula loan tu, ke bank.. takde kaitan dengan akaun asb dah.

Umpama kc pinjam duit kat bank, letak dalam asb.. then bayar la kat bank bulan-bulan.
Bulan bulan tu memang kena bayar ke asb hahaha.

Me:  Hahahaha mungkin kena face to face dan buat gambar rajah baru faham. Kc macam faham tapi macam eh ehhh tak faham sangat pula haha.

Maybe kc kena pergi CIMB or Maybank sendiri minta mereka explain pasal ASB simpanan, loan semua.

Sebab dah lama kc plan nak buat ASB & tabung haji cuma tak terbuat lagi. Asyik tangguh-tangguh.

She: Tu la.. orang bank explain lagi detail siap ada paper terus tunjuk berapa nak pinjam kena bayar berapa semua. Senang kc nak decide.

Pergi buat esok.. lagi cepat lagi bagus.

Buka TH punya haji terus.

Me: Ohh TH ada banyak kategori juga ye? Haji pun bulan bulan tak kisah berapa amount nak masuk kan?

She: Tak kisah.

Tapi nak register haji rasanya dalam bank kena ada certain amount. Yang ni akak tak sure berapa.

Me: Umi kata 1.3K (RM1300).

Dulu laa. Sekarang tak tahu berapa. Akak dulu?

She: Oo yela tu rasanya. Tapi tu pun dulu la, RM1k++. Sekarang taktahu.

Time akak sekolah lagi hahaha.

Me: Okay takpee nanti kc cuba google. Kot kot ada yang latest or kc call je TH haha.

She: Hahaha baikk..

Teruskan kc!

Me: Tenkiuu kak miraa *flying kiss

She: Sesameee boleh tanya lagi, sudi jadi personal banker awak *flying kiss

HAAA gitchuw siap flying kiss lagi. Jangan jealous please haha.

Dan kebetulan.. kelmarin saya jumpa satu ni "nasihat kewangan untuk orang muda". Lepas baca tu, perghhh makin berkobar kobar dan makin bersemangat untuk buka akaun tabung haji & ASB ASBF hoyeahh (inshaaAllah)!

Saya share kan NASIHAT tersebut di sini. Bagi korang bersemangat sama untuk menyimpan dan do something now for our own future! InshaaAllah.

Ini nasihat kewangan untuk orang muda:

Ditulis oleh: el faris hanafi

1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka akaun TH. Buka RM1,300.

2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan (terpulang kepada komitmen masing-masing)
buka akaun asb asbf daftar tabung haji
buka akaun asb asbf daftar tabung haji | GAMBAR SEKADAR HIASAN
3. Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak part time boleh buat, ada Grab Food, Food Panda dan macam2.

4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.

5. Baca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Tapi kalau takde feel baca buku, pergi seminar kewangan. Sekarang ni dah banyak.

6. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu free.

7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanje kopi secawan. Kalau aku, belanja mamak jadilah.

8. Sedekah sekurang-kurang nya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.

9. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.

10. Pergi mohon PRS. Ada ramai ejen dekat luar sana yg boleh bantu.

11. Buat unit amanah, buat mana yg mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.

12. Kurangkan bakar duit sendiri, yakni MEROKOK. Kesihatan terjaga duit pun save.

13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan. Takyah terpengaruh dgn trend instafamous.

14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, jimat minyak.

15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.

16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam-macam apps dekat telefon pintar untuk pantau simpanan.

17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Bawak bekal pergi kerja. Jangan kedarah Maggie je, kesian perut.

18. Usahakan bayar PTPTN tu. Nama pon hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.

19. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah nak kutuk member niaga. Support dorang.

20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.

*DISCLAIMER: Nama pon nasihat, rasa bermanfaat & sesuai, boleh la ambil.
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
plan nak buka akaun asb asbf
NAK BUAT AKAUN ASBF? LIHAT KRITERIA, FAKTOR INI TERLEBIH DAHULU...

Ditulis oleh: Sabrina

PSA to all my friends yang berniat untuk buat ASBF. Boleh tengok faktor-faktor dekat bawah:

1. Interest rate 
Usually 4.9-5.5%. 4.85% is lucrative enough. Tapi selalunya yang rate rendah bila kita ambil 150k and above.

2. Takaful
Kalau plan nak buat short term dalam 2-5 tahun sahaja, tak perlu ambil.

Sebab apa? Sebab nanti the first 2-3 years kita hanya bayar kos takaful so bila kita tamatkan dalam 2-5 years tu surrender value kita sikit je. Rugi woiii. Macam Maybank, wajib amik takaful.

Few others bank optional (CIMB, Hong Leong, Affin juga rasanya).

3. Tenure contract
Paling bagus untuk 35 tahun. Kenapa? Sebab lagi lama lagi sikit bayaran bulanan so lagi kurang beban komitmen bulanan.

4. Lock in period
Selalunya kalau pinjaman islamik tiada lock in period. Lock in period ni maksudnya berapa lama kita punya perjanjian loan dgn bank sebelum kita boleh terminate.

Kalau terminate within the period,kene bayar penalti.

Okay, that's all. Choose your plan wisely! ;)

Tambahan, kene check BR tu fixed rate ataupun flexi rate. Means haritu BNM reduce OPR jadi BR akan turun juga (depends on bank). So yeah, new knowledge for me, Islamic semuanya flexi rate.

Oh shushh walaupun ada MBB Islamic, aku punya fixed rate lepas tanya officer yang uruskan loan sobsobb. screw my life. Why I never knew about all these sebelum ni. Banyak lagi kene belajar ni.
takaful asbf
takaful asbf
takaful asbf
takaful asbf
takaful asbf
takaful asbf
takaful asbf
takaful asbf
Moga bermanfaat untuk semua (dan saya sendiri)!

Sebarkan pada yang tak tahu yew. Sharing is caring, caring is loving gitchuww~

Okay itu saja, till next time. daa~ wassalam! :)

You May Also Like

3 comments

  1. Kak PC ada niat juga nak buka akaun ASB ni KC..sebab boleh buka di pejabat poskan kalau tak silap..hehehe..nak simpan biasa je taknak buat loan..

    ReplyDelete
  2. mak saya nasihat elakkan buat loan untuk saving. Apapun, ikut kemampuan.

    ReplyDelete
  3. sebaiknya elak buat loan tapi kita kena bijak merancang dan membahagi simpanan..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p