"Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati!" - sayidahnapisahdotcom "Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati!"
LightBlog

"Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati!"

"Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati!"

Ditulis oleh: Dr. Izzat
(Women’s Health & Pregnancy Advocater)

Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan. Betul ke?

Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan. Saya nak cerita sikit.

Posisi tidur ibu mengandung ni macam-macam jenis. Yang biasa diamalkan adalah tido secara terlentang dengan perut yang besar tu kan?

Ada kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ni mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar. Makin besar rahim tu makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah (inferior vena cava).

Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuk la darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/ uri.

Dengan baring terlentang ni, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnya darah sampai ke organ organ penting.
posisi tidur ibu mengandung yang salah
posisi tidur ibu mengandung yang salah
posisi tidur ibu mengandung yang salah
posisi tidur ibu mengandung yang salah

Posisi tidur ibu mengandung yang betul dan tepat


Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri (left lateral).

Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung (ejection fraction) meningkat sebanyak 8 %.

Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung (ejection fraction) naik sebanyak 11% .

Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim (inferior vena cava) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung.

Telah disimpulkan bahawa ibu yang tidur terlentang, meningkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal secara tiba-tiba sebanyak 3.7 kali (tanpa ada faktor-faktor penyebab lain menyebabkan bayi mati secara tiba-tiba).
posisi tidur ibu mengandung yang betul
posisi tidur ibu mengandung yang betul
Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga (ataupun perut dah besar) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%. Banyak tu !

Kalau Allah dah kata, kehamilan tu takat tu ja, apa daya sekalipun baby tu akan meninggal gak kan?

Tapi ni adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan

Mak buyung, jangan tido terlentang. Tidur mengiring kiri okay?
posisi tidur ibu mengandung yang betul
posisi tidur ibu mengandung yang betul
Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

2 Comments

  1. Uishh ada ke yg tidur meniarap mcm tu? Lagipun ibu2 mengandung ni cakap mmg posisi mengiring tu yg paling selesa tidur. Ntah la. Ain takde pengalaman lagik haha

    ReplyDelete
  2. Ilmu ni..Terima kasih perkongsian..sangat penting terutama bagi wanita yang pertama kali hamil.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p