sumber:google |
Lelaki gay yang mempunyai niat untuk berubah,Alhamdulillah. Namun niat untuk berubah mesti disusuli dengan tindakan.
Di sini Cikgu cadangkan :
1. LAKUKAN SOLAT SUNAT TAUBAT.
Mohon pada Allah dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan lalu.
2. PERBAIKI HUBUNGAN DENGAN ALLAH.
Jaga solat ,puasa dan ibadah asas yang lain.
3. JAGA PEMAKAIAN.
Jauhi unsur pemakaian ala 'gay' ataupun wanita.
4. JAGA EMOSI.
Jika ada hati pada seseorang lelaki, cuba sedaya upaya jauhi dan buangkan.
5. JAGA PERGAULAN.
Keluar daripada kumpulan anda. Maaf, jika anda hendak berubah tapi masih dalam kelopok yang sama agak sukar. Kerana secara logik, segelas air panas diletakkan di dalam sebesen air sejuk, inshaaAllah air panas tadi bertukar sejuk.
6. CARI PASANGAN HIDUP( wanita )
Mulalah mencari pasangan hidup yang sesuai sekiranya umur anda sudah mencukupi. Ini sangat membantu.
-Cikgu Yaser Mohd Akhir
motivator Telaga Biru Training&Consultancy
Sumber : Gen-Q
9 Comments
Wah, cadangan kali ni mcm advance sikit. Hihi
ReplyDeletehehhee advance macam mana tu? :P
Deletewah gay.. harap ada sinar baru untuk mereka.
ReplyDeletesalam kenal sayidah :)
inshaaAllah amin :)
Deletesalam kenal juga PCL :D
alhamdulillah x gay
ReplyDeletealhamdulillahhh
Deletemasalah ni semakin serius sekarang..
ReplyDeletekann? takut juga
Delete"banyakkan ingat mati".
ReplyDeleteseperti dalam hadis nabi kesayangan kita, inilah nasihat yang terbaik...insya-Allah.
terima kasih atas idea dan pandangan penulis.
kita kena sama-sama banteras gejala songsang ni dengan berhikmah...takut nanti melarat pada anak cucu kita di kemudian hari...huhu...
#blogspot : rawatankanser2013
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p