HUKUM SAMBUTAN HARI IBU MENGIKUT FATWA MALAYSIA - sayidahnapisahdotcom HUKUM SAMBUTAN HARI IBU MENGIKUT FATWA MALAYSIA
LightBlog

HUKUM SAMBUTAN HARI IBU MENGIKUT FATWA MALAYSIA

HUKUM SAMBUTAN HARI IBU MENGIKUT FATWA MALAYSIA



HUKUM SAMBUTAN HARI IBU MENGIKUT FATWA MALAYSIA

Selamat Hari Ibu



ISU:


Mohon pencerahan mengenai sambutan hari ibu bagi umat Islam. Apakah hukumnya?

PENJELASAN:

Prinsip yang dipegang dalam menilai sesuatu sambutan ialah selagi tiada perkara yang secara jelas bertentangan dengan prinsip agama sama ada dari segi kepercayaannya atau amalan dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam sambutan tersebut, maka ia adalah harus.


Dalam konteks Hari Ibu, ianya adalah sambutan yang bertujuan untuk mengingati sumbangan dan pengorbanan golongan ibu dan ia lazimnya diisi dengan ucapan dan pemberian hadiah kepada para ibu.

Adapun pandangan yang mengatakan bahawa Hari Ibu berasal dari perayaan agama Kristian yang diambil dari tradisi penyembahan ibu kepada dewa-dewa di zaman Yunani Kuno, ciri-ciri tersebut tidak lagi wujud dalam sambutan Hari Ibu yang ada sekarang.


Walaubagaimanapun, dalam Islam, semangat memuliakan dan menghormati ibu seharusnya ditanamkan pada setiap masa dan ketika dalam diri semua masyarakat. Ini kerana nilai penghormatan terhadap ibu adalah nilai teras yang ditekankan oleh al-Qur’an bersama-sama dengan tauhid sepertimana yang terkandung dalam ayat “Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua Ibu Bapa” (al-Nisa’ 4:36 dan juga Isra’ 23-24)


Nilai ini juga dikaitkan dengan sikap syukur kepada Allah seperti mana yang terdapat dalam ayat, “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang Ibu Bapanya, Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang Ibubapamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu.” (Surah Luqman: 14) Sementara hadis nabi menyebut “Keridhaan Allah ada pada keridhaan orang tua dan kemurkaan Rabb (Allah) ada pada kemurkaan orang tua”(Hadis riwayat Tirmizi).
Wallahu a'lam.

Post a Comment

9 Comments

  1. terima kasih atas penjelasan ttg hukumnya..hargailah ibu kita .. dia tiada gantinya..tak mampu nk balas semua jasanya

    ReplyDelete
  2. promosi hari ibu lebih hebat dari fatwa.... bila dah dijelaskan begitu... terpulang kepada penerimaan individu... bagi kita setiap hari adalah hari ibu semenjak kita menjadi ibu... hehehe

    ReplyDelete
  3. hari ibu bila kc? x ingat lak... ingat hari lahir ibu kita je...

    ReplyDelete
  4. bergantung pada niat kita menyambutnye yer KC..

    ReplyDelete
  5. salam..
    sebarang apa perkara tak jelas kite rujuk semula sunnah nabi..secara ilmiah... sambutan ni ada sejarah nya.. tuan puan boleh google.. patut atau tak patut kita raikan...
    boleh ke sy sambut krismas sebab niat sy nk jaga hati mak mertua sy yg bukan beragama islam?

    History of Mother's Day. Celebrations of mothers and motherhood can be traced back to the ancient Greeks and Romans, who held festivals in honor of the mother goddesses Rhea and Cybele, but the clearest modern precedent for Mother's Day is the early Christian festival known as “Mothering Sunday.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.

      1) ye saya tahu tentang sejarah tu. mengikut fatwa, "Adapun pandangan yang mengatakan bahawa Hari Ibu berasal dari perayaan agama Kristian yang diambil dari tradisi penyembahan ibu kepada dewa-dewa di zaman Yunani Kuno, ciri-ciri tersebut tidak lagi wujud dalam sambutan Hari Ibu yang ada sekarang."

      2) yang tentang sambut Krismas tu. kalau setakat encik balik ke rumah mak mertua encik bersama isteri dengan niat nak berjumpa(ziarah) mak mertua dan sanak saudara belah isteri.. itu tidak salah. yang salah, bila encik pergi gereja sekali, baca doa, sambut sekali Krismas. itu iye salah di sisi agama kerana encik MERAIKAN dan membuat AKTIVITI yang melanggar syariat agama Islam. tapi kalau encik NIAT encik balik rumah mak mertua pada hari krismas untuk melawat n ziarah, itu tidak salah. ini yang saya tahu la. jika salah, maafkan saya.

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p