CARA MENGURUSKAN URI - sayidahnapisahdotcom CARA MENGURUSKAN URI
LightBlog

CARA MENGURUSKAN URI

CARA MENGURUSKAN URI



CARA MENGURUSKAN URI
credit : https://jelitaselepasbersalin.wordpress.com


Cara bersihkan uri


1) Mulakan dengan baca Bismillahirrahmanirrahim

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-daraah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersbut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (untuk hilangkan bau hanyir darah) 

Nota: Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.

6) Perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya.

8) Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjkut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempta yang hendak ditanam.

Cara menanam uri


1) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti.

2) Baca Bismillahirrahmanirrahim dan sleawat semasa meletakkan uri dalam tanah dan timbus.

3) Tanam di tempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

4) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang-binatang lain.

5) Jangan di letak lilin, paku dan barangan yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat,.


Info ini diambil dari blog daddy cool dan diubah suai sedikit demi kesejahteraan negara. :p  

Semalam abangder tak tahu nak buat apa dengan uri anak nya yang baru lahir tu-Anna Sofea. Tu yang tanya kakak-kakak dan abang ipar, mereka pun beri tips di atas. Baru lah tahu macam mana prosedur yang betul menguruskan uri. Kalau tak, tak tahu juga ye macam mana. 

Tapi saya macam pernah dengar kat mana entah yang uri ni boleh dimanfaatkan di hospital? Simpan kat mana entah namanya tu. Ada ke? Ke saya yang salah dengar informasi. Hehhehehe wallahu'alam.

Apa itu uri?


Secara asasnya, uri atau tembuni atau dalam istilah biologi dikenali sebagai plasenta, merupakan organ yang melekat pada dinding rahim ibu yang sedang hamil. Fungsi utamanya adalah untuk membekalkan oksigen, membenarkan pertukaran gas respirasi berlaku serta membekalkan nutrien dan zat untuk tumbesaran daripada ibu kepada janin yang berada dalam kandungannya. Uri ini berada bersama-sama janin selama tempohnya berada dalam kandungan. Biasanya, uri akan dikeluarkan dari rahim ibu sejurus selepas kelahiran. Gambar di bawah menunjukkan dimana uri berada dalam tubuh ibu yang sedang hamil dan juga rupa bentuk uri yang dikeluarkan dari rahim ibu selepas kelahiran.


CARA MENGURUSKAN URI
credit : https://jelitaselepasbersalin.wordpress.com

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.


Semoga info ini bermanfaat bagi yang memerlukan. Amin! :)

Daaa~wassalam 


Post a Comment

10 Comments

  1. Thanks for tips dear.. bagus ni bagi ibu-ibu atau bapa yang baru dapat baby...

    ReplyDelete
  2. tepat skali...kena tanam dalam sket

    ReplyDelete
  3. kebersihan uri memangtak boleh di pandang ringan....

    ReplyDelete
  4. uri ni boleh la dianggap sebagai salah satu tubuh badan kita yang dah terpisah dari tubuh kita,
    jadi, menjadi hak kita untuk menguruskannya dengan sebaik yang mampu.
    sayangnya, banyaknya kepercayaan orang lama yang bercampur-campur sehingga menyalahi syariat Islam.
    semoga pos ini dapat membuka mata kita semua, insya-Allah.
    terima kasih tuan blog atas artikel ini.
    *****************************************
    [ Qurban + Aqiqah + Waqaf untuk Maahad Tahfiz ]
    Penyertaan dibuka sehingga : 14/09/2015
    mari sertai kami untuk program 'Qurban dan Aqiqah Amal bersama Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah' (MTSFAZ).
    program ini bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Maahad Tahfiz kami.
    sebahagian dari duit 'Qurban dan Aqiqah Amal' akan disumbang kepada Maahad Tahfiz yang berkaitan.
    p/s : Jika tuan/puan ingin melakukan WAQAF sahaja pun, digalakkan (dibuka sepanjang tahun).
    maklumat lanjut di blog MTSFAZ :- goo.gl/ixmeBH

    ReplyDelete
  5. yep betul! sekarang pun banyak orang jual bekas untuk tanam uri tu, siap letak garam siap2...pakej,...heeee..

    ReplyDelete
  6. ada juga buat seperti yang ditulis diatas , walaupun tidak kesemuanya

    ReplyDelete
  7. I read this piece of writing fully about the resemblance of
    most up-to-date and preceding technologies, it's awesome article.



    Check out my homepage

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p