Episod Akhir Drama Korea Remember~sad ending
Drama Korea yang berjudul Remember yang ditayangkan pada setiap hari Khamis dan Jumaat di channel SBS One HD sudah pun tamat! Yeayyy! Den ingat ada 24 episod drama ni sebab dapat tahu dekat satu laman web tu yang total ada 24 episod. Rupa-rupanya 20 episod je! Nasib baik sempat tengok episod akhir drama ni sebelum balik ke asrama minggu depan hehe.
Sinopsis Ringkas Remember
Seo Jin
Woo(Yoo Seung Ho) memiliki penyakit Hyperthymesia yang menyebabkan dia boleh
mengingat setiap kejadian hidupnya secara detail dan sempurna. Untuk membuktikan
bahawa ayahnya tidak bersalah, Jin Woo kemudian menjadi pendakwa raya dan
bekerja keras untuk membuktikan bahawa ayahnya tidak bersalah. Tapi Jin Woo
mulai kehilangan ingatannya kerana terkena Alzheimer ( Alzheimer adalah jenis
demensia paling umum yang awalnya ditandai oleh lemah daya ingatan).
Drama Korea Remember credit to koreandrama.org |
Sebahagian
watak-watak penting Remember
Yoo Seung
Ho sebagai Jin Woo (hero)
Park Min
Young sebagai Lee In Ah (heroin)
Nam Goong
Min sebagai Nam Kyu Man
Park Sung
Woong sebagai Park Dong Ho
Han Jin
Hee sebagai Nam Il HoUhm Hyo Sup sebagai Pendakwa Raya Hong Moo Suk
Episod akhir Remember
Nam Kyu
Man bunuh diri di penjara. Part ni serius sedih. Sedih sebab sebelum dia bunuh diri tu,
dia ingat balik kata-kata Peguam Park yang kata ayahnya akan buang dia akhir
sekali. Rupa-rupanya memang betul ayah dia buang dia. Dia teringat juga hero
kata dia ni kelihatan sangat menyedihkan -kawan tak ada, sentiasa sunyi, dikelilingi
oleh orang yang tak boleh dipercayai. Tapi saya memang sedih tengok Nam Kyu Man
ni bunuh diri walaupun dia banyak buat jahat-dosa-salah-macam-setan tapi kesian
la last sekali sebab tak ada seorang pun yang menyebelahi & yang ada di
samping dia saat dia sedih.
Babak di
mana Nam Il Ho tahu anak dia,Nam Kyu Man bunuh diri pun adoiiii~sedihnyaa!
Yelaa ayah mana yang tak sayang anak kan. Walaupun dia kata dia dah buang anak
dia tu, tapi mestilah saying sebagai seorang ayah tu tetap ada. Expression time
ayah dia nangis serius buat kita rasa nak nangis sekali. Kita dapat rasa
kesedihan dan kekecewaan dia. Tapi saya tahan air mata! Malu nak nangis depan
umi abi kihkih.
Musang licik
– Pendakwa Raya Hong ! Dia ingat dia boleh terlepas selepas tolong polis tangkap
Nam Il Ho? Eeeii jahat betul dia ni. Bak kata heroin , peguam Hong lagi teruk
dari Nam Kyu Man dengan Nam Il Ho. Ini kerana muka dia yang tak tahu malu dan
tak rasa bersalah langsung mengkhianati Nam Kyu Man dan Nam Il Ho malah
membantu buat kejahatan di tempat lain pula. Padan muka akhirnya ditangkap
polis!
Sebelum
hero hilang ingatan sepenuhnya, hero sempat beritahu Peguam Park untuk
menunaikan janji kontrak yang mereka buat beberapa tahun yang lepas. Mula-mula saya
tak tahu apa yang hero suruh Peguam Park tunaikan. Lepas tu akhir sekali baru
tahu rupa-rupanya hero minta Peguam Park ambil alih firm guaman dia. Yela suatu
hari nanti pun dia akan hilang ingatan. Dan time babak hero completely lupa
Peguam Park perghhh soooo sad! Sedih sangat sampai Peguam Park pun nangis. Kakak
saya pun nangis part babak ni dia kata. Yela cuba bayangkan.. segala memori masam
manis yang kita dah bina dengan orang tu lepas tu pada satu hari dia completely
lupa kita ni siapa. Sedih dan sadis.
Okay ni
kira pengakhiran babak~ di mana heroin berjumpa dengan hero di tempat pokok
gantung kad. Ni kira tempat memori mereka bersama la. Kat sini jugak lah mereka
first kiss *utup mata* ngehngeh. Kira macam tempat ni saksi mereka meluahkan
cinta masing-masing la. Aceceyyy. Okay back to the story. Time heroin masuk
tempat tu, hero dah nak keluar dah masa tu. So, mereka berjalan bertembung sesame
sendiri. Heroin dah senyum-senyum dengan mata bersinar-sinar tengok hero ada kat
situ sekali. Masa ni umi,abi dan saya masing-masing sibuk teka “hero kenal dia!”,
“hero mesti lalu je ni, dia tak kenal heroin”, “hero dah tak ingat dah kat
heroin”, “cehh cehh cehh mesti dorang berhenti lepastu peluk, happy ending~”.
Hahahah macam-macam kami teka. Dan yang sebenarnya, tekaan abi betul.
Hero tu
just lalu je tepi heroin. Selisih tanpa bertegur ke ape, senyum pun tidak,
completely being stranger! Perghh masa tu heroin dengan dramaticuniq nya
tersentap. Dia berpaling ke belakang, memanggil hero. Tapi hero tanya “siapa
awak?”. Perghhh dengan background muzik sedih nya, heroin terpaku tergamam. Lepastu
hero mungkin rasa bersalah sebab tengok heroin tu macam nak nangis. Dia pun
kata dia minta maaf sangat-sangat sebab ingatannya yang tak berapa nak baik.
Pergh sian gila heroin masa tu. Walaupun benda ni dah dijangka akan berlaku,
tapi heroin still feel sentap dan overwhelmed dengan perasaan sedih la hero tak
ingat dia. Heroin pun balas “tak apa. Saya tersilap orang. Muka awak macam iras
seseorang yang saya kenal”. Lepastu hero pun berlalu pergi. Si heroin melangkah
ke pokok. Ambil satu kad. Dan isi kandungannya …
“I’m sure the pieces of my memory that I’ve lost are with you. Please cherish those memories forever. Wherever I am, I always wish for your happiness.”
Sejurus
selepas heroin baca je kad tu, heroin pun tersenyum-menangis dan berlari pergi
medapatkan hero. Dia panggil lagi sekali hero. Dia tanya “kenal tak rantai ni?”
*rantai tu ialah rantai yang hero pernah bagi kat dia*
Hero pun
jawab dia tak kenal.
Heroin
pun tersenyum. Dan ikut jalan di belakang hero sambil tersenyum.
-THE END-
Haa ye ye
saya tahu. Saya faham mesti ramai gilos tak puas hati dengan ending ni. Dah la
sad ending, lepas tu tak faham motif heroin tu senyum gembira last sekali.
Sepatutnya dia sedih la kan kan bila hero tak ingat dia? Kenapa dia senyum
pula? Tak paham argh~! Umi paling tak puas hati dengan heroin tu hahaha. Umi
banyak kali cakap “hishhh nape heroin ni senyum pula. Jadi, hero ni dia ingat
ke tak sebenarnya heroin? Kat kad kata ingat, tapi bila panggil tak ingat pula.
Ish”
Hahaha
sian umi. Saya pun tak faham sangat sebenarnya. So, saya tanya la geng EFG yang
tengok juga drama ni :Kak Niz. Kak niz pun beritahu la.. hero memang tak ingat
heroin dah. Tu bila heroin panggil, dia tak kenal heroin. Hero tu dah lepaskan
segala memori indah bersama heroin di dalam kad yang ditulisnya dan gantung di tempat
pokok. Si heroin senyum akhir sekali sebab si hero masih ingat memori mereka
bersama tetapi terpaksa lepaskannya kerana penyakit Alzheimer yang dihidapi
hero.
Haaa
gituu penjelasan dan maksud tersirattt sangat di sebalik ending Remember ni. Sabo jelah aku. Hahaha.
Okay tu
je. Nak tonton dan muat turun full episode drama korea Remember ni? Klik SINI.
Semoga
terhibur dan ni second time saya jumpa cerita Korea yang sad ending argh.
2 Comments
Dah lama tak layan drama korea. Last drama yang Syaza tengok pun She Was Pretty. Macam best drama ni :)
ReplyDeletetak sempat tengok sampai ending drama ni... sedihnya ending dia T_T
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p